3 tahun lalu, saya ditawarkan menulis sebagai ghostwriter untuk salah sebuah organisasi sedangkan saya belum ada apa-apa pengalaman. Dengan menulis dan mempelajari cara menulis dari pengasas organisasi tersebut, Alhamdulillah saya dapat berkecimpung dalam kerjaya tersebut pada masa itu.
Sewaktu itu, saya baru sahaja berhenti kerja dengan alasan untuk memulakan bisnes. Tetapi, perlu himpun sedikit modal dulu. Jadi, saya gunakan kerjaya menulis ini sebagai cara buat duit setiap hari. Apabila menulis dengan organisasi tersebut, bayaran penulisan dikira mengikut bilangan artikel yang ditulis.
Lama kelamaan, permintaan artikel semakin tinggi dan akhirnya mereka membayar gaji saya secara basic bulanan. Maksudnya, berapa pun artikel yang ditulis, ada basic gaji yang diberi. Ada kelebihan dibayar secara basic iaitu, tetap akan ada duit gaji setiap bulan. Itu kelebihannya. Tapi dari segi kekurangan, masa kita terhad untuk jumlah pendapatan sebegitu sahaja.
Contohnya, jika anda menulis 40 artikel sebulan dan dibayar RM 2,000? Apakah itu berbaloi. Bergantung kepada berapa patah perkataan artikel tersebut pula. Tapi andai kata jumlah itu terlalu banyak dan anda hanya buat duit sedikit, itu adalah kekurangannya. Setakat ni, paling sikit saya tulis adalah artikel yang jumlah 200 patah perkataan.
Hampir setahun selepas itu, tidak banyak lagi permintaan, syarikat itu membayar saya secara freelance pula mengikut kerja yang diberi. Alhamdulillah secara tidak saya sedari, jika digabungkan dengan projek penulisan atau syarikat yang lain, jumlah pendapatan dari hasil menulis sahaja sudah mencecah RM 4,000 - RM 5,000.
Lantas saya teringat akan sebuah buku yang ditulis oleh Aqif Azizan iaitu Rahsia Penulis yang menceritakan bagaimana buat duit RM 1,000 sebulan dengan menulis. Hari ini, daripada jumlah RM 1,000, RM 2,000, RM 3,000 dan akhirnya saya berjaya buat duit RM 5,000. Itupun setelah diaplikasi apa yang diajar dalam buku tersebut hanya dua bulan. Ditambah pula dengan usaha gigih siang dan malam (Maklumlah, waktu tu dah tak bekerja).
Apabila pernah buat duit sebanyak 5K sebulan hanya dengan menulis, itu akan membuatkan kita berusaha lebih gigih lagi dan teruskan cara yang pernah digunakan. Jika tidak istiqamah, mungkin pendapatan kita pada bulan seterusnya adalah berbeza dari bulan ini.
Tapi selepas setahun menulis, saya sedar bahawa menjadi Freelance adalah sangat menyeronokkan. Kita mampu dapatkan berapa jumlah pendapatan kita berdasarkan usaha dan kerajinan kita, tetapi rahsia utama adalah pandai dan bijak mencari peluang!
Menjadi penulis freelance atau ghostwriter juga tidak membolehkan kita hanya duduk diam dan menunggu bulan jatuh ke riba. Kalau nak menanti hanya duduk saja, memang tak masyukkk dan tak masuklah.
Alhamdulillah, after 3 years, semuanya berjalan lancar dan go really well. Kalau dulu, kita fokus buat duit dengan menulis untuk RM 1,000 sebulan, tapi kini dah tahu banyak cara dan dah boleh buat lebih dari tu.
Nanti rina akan kongsikan Tips dan Cara Cari Peluang Untuk Dapatkan Job as Freelance Writer pula. Kalau nak tahu langkah pertama nak mula dan buat duit dengan hanya menulis, baca ebook feveret rina di bawah ini:
2 ulasan:
seronok juga jadi penulis freelance kan sis rina
yea suka sgt :D
Catat Ulasan