Setiap Nabi yang diutuskan pasti mempunyai musuh dan penentang. Sudah menjadi lumrah bahawa kebenaran pasti tidak disukai. Namun, ramai yang jahiliah ketika itu dimana mereka tidak tahu dan tidak percaya akan kebenaran.
Rasulullah SAW juga tidak terkecuali daripada musuh. Berikut adalah 5 orang kuat menentang Rasulullah s.a.w ketika Islam bermula. Semoga semua ini menjadi iktibar buat anda.
1. Abu Jahal
Nama sebenarnya adalah Amr bin Hisyam bin Mughirah. Dia adalah pembesar Quraisy dari suku Kinanah. Di awal permulaan Islam dia telah membunuh Sumayyah dengan tombak. Abu Jahal selalu mencerca dan menyakiti Nabi SAW. Dia jugalah yang mencadangkan untuk membunuh nabi di malam sebelum hijrah.
2. Abu Lahab
Nama sebenar Abu Lahab adalah Abdul Uzza bin Abdul Muthalib. Dia digelar Lahab dengab maksud menyala-nyala. Oleh kerana kelancangannya dengan Nabi SAW, Allah SAW menurunkan surah khusus mencela Abu Lahab. Ancaman azab neraka ditujukan kepada Abu Lahab dan isterinya.
3. Abu Sufyan Bin Harb
Nama sebenarnya adalah Sakhar bin Harb bin Umaiah. Dia termasuk musuh nombor satu ketika awal Islam. Antara peperangan yang sempat dipimpin oleh Abu Sufyan adalah peperangan Uhud dan Khandak.
Dia juga pernah menyertai bersama beberapa pemuka Quraisy untuk meminta Abu Talib menyerahkan Nabi Muhammad SAW. Setelah peristiwa penaklukan Mekah dia mendapat hidayah untuk memeluk Islam.
4. Umaiyah Bin Khalaf
Umayyah bin Khalaf bin Safwan merupakan ketua kaum Bani Jumah. Dialah yang telah menyiksa Bilal Bin Rabbah kerana telah memeluk Islam. Isk isk! sungguh menyayat hati. Beliau menyiksa Bilal kerana Bilal adalah hambanya ketika itu.
Namun tahukah anda, Umayyah mati dengan ngeri sekali ketika perang Badar? Allah SWT telah menurunkan ayat Al Quran mencela dan mengancam Umayyah dengan neraka.
5. Ubay Bin Khalaf
Ubay Bin Khalaf gemar mengejek dan menghina Nabi Muhammad SAW dengan kata-katanya. Sehinggakan Allah menurunkan Surah Humazah untuk mecelanya.
Rasulullah melempar tombak dan terkena leher Ubay ketika perang umUhud. Akibatnya dia mati ketika pulang dari peperangan Uhud.
Demikianlah beberapa musuh diawal penyebaran Islam. Seberapa hebatnya asakan daripada musuh-musuh Islam, namun orang-orang mukmin tidak pernah mengalah menyebarkan agama ini. Pertolongan Allahlah yang mengagalkan usaha jahat mereka.
Allah SWT berfirman:
"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)."
(QS. As-Saff 61: Ayat 8)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan