Pengalaman Menikmati Sushi Mentai, Setapak KL - RINA KIFLI

Isnin, 23 Disember 2019

Pengalaman Menikmati Sushi Mentai, Setapak KL

Sempena my becoming befday sebelum masuknya bulan 12 2019 yang lalu, hubby tanya tempat mana yang aku nak makan. Aduh, soalan ni punya payah nak jawab. Last sekali, dia bagi pilihan ABC dan D. Maka, jawapan aku A iaitu Sushi Mentai. Untuk pengetahuan korang, aku ni memang tak gemar makan sushi sangat tau. Sebab aku terbaca artikel kata sushi ni tak elok untuk perut, ada ulat lah apa la pergh hahahah.

Tapi aku juga tak lepas dari nafsu makan yang membuak-buak. Jadi aku pun makan juga sushi. 



Sushi mentai ni ramai melayu makan. Masuk-masuk je memang banyak Islam dan melayu. Tapi mengikut sumbernya, kedainya tak daftar dengan JAKIM yang mengatakan dia halal, cuma clarification dibuat oleh pihaknya dimana makanan atau ingredient dan juga perkakas semuanya tidak menggunakan bahan yang tidak halal sama sekali. Maksudnya dia halal. Kalau korang tak yakin juga selagi tak semak kat website JAKIM, so tak payah masuklah kalau ragu-ragu ok.

For me, memang yakin sini halal. Sebabnya memang banyak kawan-kawan dah makan sini dan kita sendiri dah tanya dengan kedai dan sebagainya. Ok back to our story. 

Menu Sushi Mentai

Kredit to Yingvannie.com


Terdapat banyak pilihan makanan kat sini yang boleh korang pilih, Sama ada nak yang set, ala cart atau pun nak makan sushi yang lalu lalang sebelah korang. Kami suka makan sushi yang lalu lalang kat sebelah kami. 


Pinggan kuning RM 1.80 untuk 1 sushi. Pinggan merah RM 2.80 untuk 1 sushi. Bila dia lalu kat tepi korang, kalau berkenan, amik dan makan je k. Bab bayar tu kemudian, nanti sebelum bayar, korang kira berapa pinggan kuning n merah yang korang makan. 

Masyaallah. Ini feveret rina ni. Tak kisah la apa benda, tapi rina tetap nak panggil yang ni telur ikan. HIHI. yang oren-oren ni. Sos dia pun memang sedappp sangat baq hang!


So pilihan hati rina adalah yang itu, dengan salmon. Tapi yang lain-lain pun rina memang makan je. Makan puas-puas, jangan hiraukan orang lain. Semua datang situ nampak kusyuk je makan. 

 

Inilah dia hasilnya, setelah siap makan sushi mentai kat setapak ni. Makan banyak ni pun dah kenyang. Itu rina dan huby makan. ok la kan. So total semua tu dekat RM 30 lebih je.

Ok kejap, belum habis lagi, ni ha, nak payung gambar sebelum makan. Hihi. bukan selalu nak payung gambar pun kan!


Kalau nak tahu sushi setapak ni 3 minit je dari rumah hehe. Tapi nak datang sini tu macam nak ke mana je kan. Okey lah bye. Assalamualaikum.




2 ulasan:

Kekanda Hawa berkata...

lama dh tak makan sushi.. sedap tu

Rina Kifli berkata...

sedap. rasa nak lagi. tapi tidak mahu makan byk sangat. tak baik hahaha.