Hujung bulan 8 tahun 2019 lalu, Rina, suami, mama dan mak mertua pergi ke kelantan. Nak pi kenduri kawan baik universiti kat Jeli. Alang-alang tu, rina ada google pasal tempat beli belah kat kelantan ni. Tengok pasar siti khadijah macam best je, so kami decide mai sini.
Memang seronok bila tengok meriah dan padat. Bab nak cari parking kat Pasar Siti Khadijah ni pun seronok juga kalau ada rezeki, masuk jela parking kan. Ha, naseb baik ada parking time kami pusing situ. Jadi, tak adalah makan masa nak menanti parking.
Macam semua tahu, rina ni excited bila bab shoping dekat pasar-pasar ni, tak berapa suka sangat mall-mall, tapi kalau dapat pasar-pasar memang seronok rasa nak bershoping tu. Serious bila mai sini, hati rina jadi kosong terus, tak pikiaq apa dah. Dok pikiaq ada duit, nak cuci mata dan shoping je, heheh.
Sebelum tu, mai kita selfie dulu la. Macam biasa, kena senyum dulu. Hat mana tak reti bergambar pun, kena bergambar dulu. hehe. Selepas semua ok, kami pun masuk. Mula-mula nampak bahagian buah-buahan dulu. Mak oihhhh banyaknya buah-buah yang jarang rina nampak pun dijual kat sini.
Dalam banyak-banyak buah tu, rina beli buah epal beby, asam jawa, manggis tu 4 kilo rina beli sebab murah sangat dia bagi. Dah tu feveret pulak, memang beli banyak lah. Makan puas-puas atas kereta pulak time nak balik penang. Oh ya, kami beli buah-buahan ni sewaktu nak balik.. Mula-mula, kami pusing-pusing dulu bahagian tu, kalau beli awal-awal berat pulak nak angkat sekali nanti.
Jadi lepas tengok buah tu, kami naik atas dulu. Kat atas ni ada baju-baju, kain, emas, aksesori, telekung, baju kelawar dan macam-macam lagi. Wishlist rina bulan ni nak beli telekung baru, hehe jadi rina beli 1 telekung kat Pasar Siti Khadijah tu. Mama pun sama, nak beli telekung baru juga.
Macam mertua ni dia suka beli kain pasang dan rajin upah buat baju baru. Dia dah beli kain siap-siap untuk buat baju raya tahun 2020 nanti. hehe. Macam suami ni dia tak reti nak shopping apa. Lelaki memang macam tu. Lagipun kat Pasar Siti Khadijah ni mostly barang orang perempuan yang suka.
Tak lupa juga beli periuk belanga untuk makcik yang kirim. Selain tu, rina ada beli beberapa helai baju kelawar, blouse dan baju lain juga di pasar siti khadijah ni. Kiranya harga tu sebenarnya standard je macam harga kita beli kat tempat lain, tapi ada juga harga yang amat murah dan berbaloi sangat-sangat untuk kita beli, malah menguntungkan.
LUNCH / MAKAN TENGAHARI DALAM PASAR SITI KHADIJAH
Lepas puas membeli baju, perut pun sudah berkeroncong, jadi kami naik tingkat 2 ke 3 macam tu sebelah hujung sikit jalan, ada foodcourt. Macam-macam makanan kat sini, memang seronok tengok makanan banyak-banyak ni. Lauk pauk yang menggoda seperti ikan bakar, ayam bakar, ketam goreng, gulai sotong besar dan lain-lain lagi.
Tapi suami punya selera time tu nak makan megi kerabu, kami yang lain-lain ni makan nasi dan lauk pauk. Tak puas lagi, lepas abes megi kerabu, suami makan nasi berlauk juga. Ha, memang sedap la.
Selesai makan, kami pun turun ke bawah dan membeli belah di pasar basah pula. Suami dah bawa barang-barang lain masuk dalam kereta dulu. Kami pulak mai beli-beli di bahagian sayur-sayur pula di tingkat bawah hujung sebelah buah sana, dalam pasar siti khadijah.
Bahagian sayur-sayuran dalam pasar siti khadijah ni, banyak sangat sayur, sayur hijau, ulam-ulam dan rempah-rempah yang boleh korang temui. setakat halia dan ibu kunyit pun corak dan design dia tu kemain lagi cantik. hehe.
Ada la juga beberapa barang yang kami beli macam asam keping, buah keranjit, macam-macam lagi lah. Saja lah, nak penuhkan kereta balik ke Penang heheheh.
JUALAN MAKANAN DI PASAR SITI KHADIJAH
Sudut yang paling hujung sekali adalah jualan makanan di Pasar Siti Khadijah. Macam-macam makanan yang boleh didapatkan di sini seperti kuih-muih, agar-agar, kuih tradisional, keropok lekor dan keropok losong (basah atau yang telah digoreng), kacang, buah apa tah... dan macam-macam lagi. heheh.
Rina beli banyak juga kuih kononnya nak makan dalam kereta kan. Kuih pun yang jarang rina jumpa la, macam kuih tahi itik, jala emas dan macam-macam lagi. Rasa macam tak lalu nak makan sangat sebab tak pernah makan tapi sebab pakcik yang jual tu tua, dan dia suka sangat bercerita pasal kuih tradisional ni, rina rasa nak beli jugak. Sekurang-kurangnya kena cuba makan kan. Memang sedapp kedua dua kuih ni sedap!
Kalau nak tahu, orang kelantan ni memang pandai dan kreatif dalam berbisnes sebenarnya. Tengok saja kuih mereka pun dah tahu. Rina pun tak terfikir nak buat agar-agar dalam plastik ais krim tu sedangkan plastik tu banyak kat rumah. Ada juga yang jual air RM1 dalam plastik panjang. Air dia pun pekat sangat. Sedap aihhhh dah la murah. Rina beli air kopi ais, milo ais, sirap dan juga anggur. Semua tu kami minum dalam kereta. Buat bekalan.
Tak lupa juga kami beli keropok-keropok kering, keropok lekor basah, keropok losong basah. Suami pun akhirnya membeli barang feveret hehe. iaitu Pencukur misai/bulu hidung elektronik sebab dapat murah kat sini. Murah sangat-sangat set elektrik tu. Kat luar seratus lebih, sini dapat puluhan ringgit sebab promosi warga tua. Jadi nak beli pun guna nama mak Rina sebab mama pun ada kat situ time tu. Dapatlah murah. hehe.
Itulah dia pengalaman rina dan family ke Pasar Siti Khadijah. Bukan takat membeli belah, kiranya dok mencuci mata jugakla tengok barang-barang kat sini. Selepas selesai beli belah, kami pun ke pasir Mas, nak jumpa sistur Rina pula time tu iaitu Sishawa. Jengjengjenggg. Tak sabar tau! Hati tu dah rasa berkobar-kobar macam nak jumpa kekasih. Makkk oiiii.
2 ulasan:
Hahaha... cam nak jumpa kekasih lama kan?? giler punya debor .. kah3
hahaha first time mmg sumpah rasa macam tu kahkah. nebes tak pasal2.
Catat Ulasan