Teringat zaman rina kurus dulu. Masyallah. Skirt, jeans, pineform, pergghhh semua baju boleh aku rembat dan gayakan. Ish ish. Kini, nak pakai seluar jeans pun daku rasa serba salah terhadap tubuh badan sendiri. Dulu 5 tahun berturut-turut rina kekalkan 48 KG. Sehinggalah masuk alam pekerjaan melonjak sehingga 78 KG. Hamik kau!
Kebanyakan daripada kita sentiasa bermimpi untuk mempunyai badan yang sempurna, tanpa lemak yang tidak diingini di sekitar paha, pinggang ataupun di bahagian muka kita. Dan bagi anda yang kurus di luar sana, anda biasanya bertuah dan senang untuk memilih pakaian dengan bermacam-macam rekaan di luar sana.
Jom ikuti Rina membincangkan cara berfesyen dan cara memilih pakaian sesuai untuk wanita kurus. Mudahnya jadi wanita yang kurus, bolehje selalu kelihatan menarik tanpa menaikkan berat badan untuk berfesyen. Kalau yang gemuk pun, kena tahu juga cara pakaian sesuai untuk wanita gemuk.
Apa-apa pun, jom kita lihat cara memilih pakaian sesuai untuk wanita kurus!
1 - Elakkan Memilih Pakaian Yang bercorak Garisan Menegak
Jika garis-garis menegak adalah pilihan terbaik bagi mereka yang berukuran besar, maka bagi wanita yang kurus itu adalah pilihan yang salah. Jalur menegak akan menampakkan badan anda menjadi lebih kurus dan langsing dan ianya akan membuat anda kelihatan sangat-sangat kurus.
Haa.. Jadi anda kena pilih pakaian yang bercorak mendatar supaya ianya nampak lebih cantik dan sedikit berisi. Kiranya corak yang bertentangan. Jika kurus, ambil corak bunga besar ke apa yang besar-besar okey!
2 - Katakan Tidak Kepada Kasut Bertumit Tinggi
Seperti dalam hal jalur menegak, kasut tumit tinggi juga akan memberikan kesan yang sama. Dengan melihat lebih tinggi daripada anda sebenarnya, anda akan kelihatan seperti garis geometri lurus atau pembaris tanpa lengkung. Kehkeh. Jadi anda harus mengelakkan mengenakan kasut yang bertumit tinggi.
3 - Pilih Warna Cerah
Jangan ragu untuk memilih mana-mana warna yang anda suka kecuali warna yang gelap. Hitam, coklat, kelabu atau sebarang warna gelap akan membuatkan anda kelihatan lebih langsing.
Jadi, anda perlu pilih mana-mana warna yang terdapat pada warna pelangi. Jika anda mahu melihat lebih berisi, pakai pakaian yang berwarna neutral dan bermain dengan kontra warna. Berikan kebebasan kepada imaginasi anda dan anda mungkin akan membuat pilihan yang betul.
4 - Pakai Sweater Yang Lebih Longgar
Sweater longgar akan membuat anda berasa lebih yakin. Dan untuk lebih cantik, kenakan juga dengan skirt atau seluar yang saiznya ketat sedikit. Hasilnya pasti menakjubkan.
Tapi sweater kan panas, jadi cukuplah anda gayakan baju berlengan panjang tetapi mempunyai corak.
5 - Jangan Gunakan Tali Pinggang
Kita semua tahu bahawa memakai tali pinggang di bahagian tengah pinggang membuatkan seseorang kelihatan lebih langsing, jadi ini pasti bukan aksesori yang sesuai untuk anda pakai.
6 - Gunakan Selendang
Selendang bukan sahaja aksesori fesyen yang menakjubkan yang menambah keanggunan dan kewanitaan kepada rupa wanita, tetapi ia juga membuat seorang wanita kurus menjadi sangat cantik apabila memakainya.
Semua orang tahu kuasa aksesori kecil ini kan. Selendang akan menjadikan leher anda kelihatan lebih pendek dan sangat cantik.
Kesimpulannya, bagi para wanita yang kurus, anda bebas untuk memilih gaya pakaian anda. Apa yang penting adalah kena pandai memilih tona warna, corak dan juga elakkan memakai ataupun memilih warna yang gelap seperti saya katakan tadi. Jadi, selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan