Cara Memilih Pakaian Sesuai Untuk Wanita Tinggi [MUDAH & PANTAS] - RINA KIFLI

Ahad, 1 Disember 2019

Cara Memilih Pakaian Sesuai Untuk Wanita Tinggi [MUDAH & PANTAS]

Waktu Rina sekolah rendah dan menengah, rina tergolong dalam golongan yang rendah.
Tapi tak tahu macam mana sejak masuk universiti rina rasa rina jadi tinggi. Opss okey salah satu
sebab hari-hari pakai heels waktu study. Tapi sejak tinggal heels dah rasa lebih tinggi daripada biasa..
Opss tak juga, baru teringan kawan-kawan rina kebanyakan yang rendah. No wonderla rina rasa
macam rina tinggi.

Yang pasti sejak masuk alam kerja ni serius rina tinggi walaupun kasut tutup tak ada tapak tu yang
dipakai hari-hari. Tahlah, mungkin ada sesuatu kot yang membuatkan rina terasa lebih tinggi dari
biasa ni. Mungkin hormon, atau sebab bersukan..atau sebab banyak berjalan mungkin?

Image result for wanita tinggi hijab
Imej via [tribunnews]

Apapun waktu rina tinggi, terasa sesuatu yang sukar bab pakaian ni. Kenapa tah, waktu tu rina rasa
pakai baju apapun macam nampak tinggi ja. Pasti silap gaya ni. Aduhhh. Lama kelamaan lepas tu baru
rina tercari-cari apakah pakaian yang sesuai untuk wanita tinggi.

Adakah anda pun terasa diri tinggi dan sukar untuk mencari cara berpakaian yang sesuai? Mari kita lihat
bagaimana cara untuk berpakaian yang sesuai apabila anda mempunyai badan yang tinggi.
Disini terdapat beberapa cara berpakaian yang sesuai untuk wanita tinggi yang boleh anda ambil contoh.
Mungkin sedikit sebanyak ia akan membantu anda.



1. Mengenakan Kain Yang Labuh


Seorang wanita yang mempunyai badan yang tinggi perlu memakai kain yang labuh untuk
menyesuaikan dengan penampilan mereka. Jika mereka memakai kain yang labuhnya hanya 3 per 4
daripada ketinggiannya, ia akan menampakkan satu gaya yang tidak kena dengan bentuk badan anda
dan kaki anda akan kelihatan lebih panjang. Jadi, ingat… anda kena pakai kain yang labuh tau?

Sejak itu, rina pun pakai skirt yang labuh labuh gitu. Oh ya, time tu dah kurangkan pakai heels!




2. Elakkan Memilih Baju Yang Berlengan Pendek



Untuk baju pula, anda haruslah mengelakkan daripada memakai baju yang berlengan pendek. Apabila tubuh anda yang tinggi mengenakan baju yang berlengan pendek, ia akan menampakkan seolah-olah anda memakai pakaian yang singkat. Jadi, anda haruslah memakai baju yang berlengan 3 per 4 panjang barulah sesuai dengan ketinggian badan anda.

Jika baju anda berlengan panjang pula, anda kena lipat sedikit lengan baju anda untuk menampakkan saiz badan serta gaya yang ideal untuk ketinggian anda. Maksudnya, jangan terlalu panjang sehingga menampakkan lengan anda panjang dan tidak kena pula dengan baju tersebut.

Related image
Imej via [aliexpress]



3. Memilih Warna Yang Sesuai



Elakkan dari memilih warna baju dan kain yang monochromatic iaitu warna yang sama. Biasanya, baju
dan kain berwarna sama ini akan menampakkan anda punya ketinggian akan jadi lebih tinggi. Jadi, untuk
kain, dicadangkan memilih warna yang gelap dan baju pula bercorak yang cerah. Mempunyai bentuk
badan yang tinggi ni biasanya bab-bab corak pada baju, apa-apa corak pun tidak mengapa, asalkan
coraknya bukan garisan menegak.



4. Mengenakan Aksesori Yang Besar



Untuk anda yang mempunyai ketinggian yang tinggi, disarankan memilih aksesori serta perhiasan yang
besar-besar untuk menyesuaikan dengan penampilan anda yang tinggi.

Jika anda bertubuh tinggi dan mengenakan aksesori yang kecil, ianya akan kelihatan seolah-olah anda
memakai aksesori kepunyaan adik anda yang kecil. Hehe..kelakar kan? Jadi, elakkan daripada memakai
aksesori serta beg yang kecil.



5. Elakkan Memakai Kasut Yang Bertumit Tinggi



Biasanya jika anda yang berbadan tinggi, kasut yang perlu anda pakai adalah kasut yang bertapak rata dan rendah. Jadi, elakkan dari memilih kasut yang bertumit tinggi ya? Nanti orang gelar zirafah pula. Aduh, sis tidak sanggup digelar sebegitu rupa.

Oh ya, dulu pernah zaman sis sekolah, ada seorang kawan ni memang tinggi yakmat lah, dia mengenakan kasut sekolah pun memang tinggi mengalahkan semua guru lelaki pula tu, tapi apabila sudah dewasa dan terjumpa semula. Dia berfesyen yang sesuai dan pandai mengenakan pakaian yang sesuai untuk wanita tinggi, terus nampak dia tak berapa tinggi. Cantik sangat. Ni semua sebab si dia pandai memilih gaya pakaian! Hebatkan!

pakaian wanita tinggi
Imej via [murah.netpriceupdate]

Kesimpulannya, wanita yang memiliki badan yang tinggi akan kelihatan cantik jika mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan ketinggian mereka. Selain itu, memakai pakaian yang lebih longgar juga dapat memberikan penampilan yang sesuai juga. Jika anda tidak pernah mencuba cara ini, bolehlah mencubanya hari ini dan lihatlah hasilnya. Pasti ia memberikan hasil yang cantik dan anggun.

Tiada ulasan: