5 Kelebihan Jadi Penulis Bebas. Nombor 5 Paling Tak Sangka! - RINA KIFLI

Rabu, 4 Disember 2019

5 Kelebihan Jadi Penulis Bebas. Nombor 5 Paling Tak Sangka!

Alhamdulillah sudah hampir 3 tahun Rin berkecimpung dalam bidang penulisan. Bermula sebab rin berhenti kerja dan memikirkan bab bisnes. Tapi rezeki datang dari minat dahulu iaitu dengan menjadi penulis bebas. Penulis bebas totally very different berbanding blogger.

Penulis bebas bermaksud kita menulis untuk apa sahaja medium, projek penulisan, jenis penulisan dan sebagainya. Tak semestinya menulis blog dan artikel semata-mata ya. Boleh jadi kita kena tulis skrip, journal, laporan dan banyak lagi. Bermulanya sebab rin memang minat menulis dari 18 tahun lagi. Tu pun terhegeh-hegeh dok tulis novel dulu. Cumanya belum tahu kat mana kelebihan diri ini.

Akhirnya, bukan jadi penulis novel tapi rezeki lebih kepada menjadi seorang penulis bebas. Ya, korang bayangkan situasi rin yang dulu kerja offis, buat sales kad kredit (Maybank), update sales dan jaga team (as a team leader). Kenapa tah, rasa tak berapa nak aman.

Akhirnya rin temui jawapan yang tepat bila rin dah kerja sendiri di rumah. Rupanya aku ni berjiwa seni untuk menjadi seorang penulis. Ya. Jiwa penulis ni lain sikit. Bila kita kenal diri dan minat, alhamdulillah kita akan berjaya buat apa yang kita suka.

So, mula-mula tu memang perlu merangkak belajar satu demi satu, tapi guesss what.. rin belajar semua sendiri. Secara Online. Menjadi penulis bebas! gituw. Sehinggalah start dapat job penulisan dan projek penulisan itu ini. Bermula dari puluhan ringgit, ratusan dan alhamdulillah 4 angka (buat masa sekarang). Masih lagi meningkatkan ilmu untuk lebih baik. Insyallah.



Banyaknya Kelebihan Jadi Penulis Bebas. Kalau Ramai Tahu, Semua Pakat Nak Jadi Jugak!

Terdapat banyak kelebihan menjadi penulis bebas. Kerjaya sebagai penulis bebas ini memudahkan anda menjana wang dengan cepat dan juga merupakan kerjaya yang baik sebenarnya. Pada masa kini, pelbagai syarikat memberikan offer atau upah yang agak tinggi dan sesuai untuk penulis bebas.

Bukan itu sahaja, banyak lagi kelebihan jadi penulis bebas. Jom kita lihat kelebihan jadi penulis bebas satu demi satu. Mana tahu, lepas ni anda pula nak usaha jadi penulis bebas kan :D



1 - Tidak Perlu Tergesa-gesa Di Awal Pagi

Masyaallah, aura dia tu. Hehe. Rasa nak tidur lagi pagi tu. Tapi tidak, banyak perkara boleh baut pagi tu. Kiranya kita bangun awal, siapkan bekfes suami dan family. Tapi kita tak penat nak ke kerja lepas tu. Pergghh memang heaven kan!

Penulis bebas biasanya tidak terikat dengan waktu bekerja di pejabat. Jadi nak buat kerja bila-bila masa pun tak apa, janji tugas yang di berikan selesai tepat pada waktunya. Kalau anda nak buat kerja tengah malam pun tiada masalah, asalkan cukup waktu tidur tau? 

So, citer dia, kita boleh masuk kerja pukul 10 pagi, 5 pagi, 12 tengahari, terpulang kepada diri kita sendiri. Macam sis, akan start kerja masuk office dalam rumah ni lepas zuhur sampai 5 petang dan rehat, solat, makan, kemudian lepas isyak masuk buat kerja sampai 11 pm. Itu kalau suami kerja petang dan balik malam.



2 - Tidak Perlu Memakai Pakaian Formal


Biasanya kita tengok para pekerja sepenuh masa ni akan mengenakan pakaian sama hari-hari, betul tak? Ada yang jenis pakai baju atau uniform sama warna je hari-hari. Kadang-kadang naik jemu jugak kan? '

Jadi kelebihan para penulis bebas dari segi pakaian ni, nak pakai macam mana pun kira ok. Pakai baju singlet dengan kain pelikat pun tiada siapa nak marah.. hehehe...Kalau macam perempuan ni, pakai singlet dengan kain batik je la!

Image result for writer freelance


3 - Tidak Perlu Menderita Mendapat Rakan Sekerja Yang Cerewet Dan Sebagainya


Seorang penulis bebas biasanya dapat memilih rakan sekerja, rakan kongsi dan rakan sekerjanya dengan sendiri. Dan kerana tidak ada bos atau penyelia untuk menarik perhatian, anda boleh mengelakkan dari memilih rakan sekerja yang berfikiran tidak sehaluan dengan anda.

Lega kan! Kawan kita pun ramai sebenarnya bila kerja dirumah ni. Semua friend di blog, facebook semua tu boleh je jadi kawan!



4 - Dibayar Berdasarkan Kerja


Biasanya penulis bebas ini akan bekerja mengikut kerjanya dan bukan secara bulanan. Jadi penulis bebas ni takkan terikat dengan sesebuah syarikat itu sepenuh masa. Bila kerja selesai, kita boleh rehat dan mendapat bayaran atas kerja kita itu.

So, tak perlu risau bab komitmen masa nak kena pi kerja, pi meeting dan sebagainya. kita amik job, siapkan dan hantar. Kemudian tunggu je payment masuk.

Image result for writer freelance 

5 - Waktu Kerja Ikut Suka Hati


Sama seperti nombor 1 tadi. Kita sendiri pilih bila masa nak mula kerja tu. Sama ada kita membuat keputusan untuk bekerja 2 jam pada hari Isnin dan bekerja 18 hari Jumaat, itu adalah pilihan kita. Biasanya segelintir penulis bebas suka bekerja pada saat-saat akhir.. Dan ada juga jenis siapkan kerja seawal mungkin. Maklum lah waktu kerja ikut suka hati sendiri je kan?

Tapi bagi sis sendiri, setiap awal minggu dah mula kerja sebab lebih cepat siap, lebih banyak payment. Pernah juga pecah rekod dalam masa 3 hari je dah boleh earn RM 900. Alhamdulillah, masih lagi berusaha ke arah itu dan lebih baik. Aamiin.



Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan menjadi penulis bebas. Jadi, jangan pandang rendah kepada penulis bebas ni tau. Silap-silap dia punya skill penulisan lebih ‘feel’ daripada penulis yang sepenuh masa atau blogger.

Oh ya, sis sendiri adalah penulis bebas dan sekarang memasuki dunia blogger secara serius ni. Jangan nak pelik pula, sis suka menulis. Untuk sebarang projek penulisan, penulisan artikel dan lain-lain, boleh emel atau whatsapp sis.

Jika nak lihat contoh artikel untuk client atau di website client hasil sis, boleh hubungi terus :)

Baca juga

6 Jenis Penulisan Freelance Writer Patut Tahu!


Tiada ulasan: