Tak pernah dengar suara, tak pernah jalan seiringan, tak pernah ada di zamannya, tak pernah meraguinya, tetapi dialah kekasih kita.. Itulah Al-Amin, Rasulullah SAW.
“ Beruntunglah sesiapa yang melihatku lantas beriman kepadaku dan beruntunglah (diulang perkataan beruntung sebanyak 7 kali) sesiapa yang tidak pernah melihatku tetapi mereka tetap beriman kepadaku.”
-Sabda Rasulullah SAW (HR Bukhari)
Kami bergambar depan Kiswah Pintu Kaabah, Sedangkan sebelum tu macam-macam kami dipertontonkan ketika berada di Pameran Artifak Rasulullah SAW di PWTC 2019 ini.
Sebak melihat Janggut, Rambut, Darah Bekam Rasulullah SAW depan mata sendiri. Beribu tahun lamanya, namun masih terpelihara. Yang tua, berkerusi roda, yang muda turut menangis melihatnya.
Jika ada ibu bapa di sini, bawa mereka. Biar mereka saksikan. Mereka juga rindu Rasulullah SAW. Terharu rina lihat ibu bapa tua yang hanya berkerusi roda dan uzur, semua datang sini nak tengok barangan Rasulullah SAW.
Air Mata mula bergenang tatkala melihat Tapak Kaki Nabi Muhammad SAW yang sebenar-benarnya. Begitu besar dari kita, sangat gagah orangnya. Allahuakhbar. Dengan perwatakannya yang terpuji tiada tandingannya.
Ya, sayu hati melihat lebih 40 artifak Asli Rasulullah SAW di Pameran Artifak Rasulullah SAW 2019 bertempat di PWTC td.
Barang peninggalan Nabi Muhammad SAW dari Jordan, Turki, India, Syiria, Mekah dan Madinah semua boleh dilihat di Pameran ini. Allahummasollialasaidinamuhammad, waalaalihiwasahbihiwasallam. Alhamdulillah Allah izinkan, last minit kawan ajak ke sana, sempat kami pergi sana.
Pertama sekali, kami nampak kiswah kaabah, permaidani Taman Raudhah, memang speechless beb, speechless. Rasa jauh sangat kita hari ini dengan zaman Rasulullah SAW.
Seterusnya, kami melihat sendiri Kunci Makam Ashabul Kahfi yang kisahnya tercatat dalam Surah Al-Kahfi (Ayat 9 - 26) pun dah rasa lain macam.. Selalu kita hanya mendengar kisah Ashabul Kahfi sahaja. Bila tengok kuncinya, terkenang kisahnya kembali.
Barang lain yang kami lihat adalah...
Cop Mohor Rasulullah SAW, Pedang Amr Al-Aas, Bekas air zamzam Rasulullah, Karung air yang sering nabi gunakan, Beras sekecil-kecil yang dicatatkan surah Al-Ikhlas (kami tengok guna teropong disediakan) dan lain-lain lagi di sini.
Sebelum ini, saya pernah menulis artikel berkaitan kisah Al-Fatih yang telah menakluki Constantinopel, kali ini dapat lihat sendiri pedangnya. Oh, itu sangat terkesan. Dapat membayangkan sedikit sebanyak perjuangannya berdasarkan kisahnya.
Barang lain yang kami lihat adalah...
Cop Mohor Rasulullah SAW, Pedang Amr Al-Aas, Bekas air zamzam Rasulullah, Karung air yang sering nabi gunakan, Beras sekecil-kecil yang dicatatkan surah Al-Ikhlas (kami tengok guna teropong disediakan) dan lain-lain lagi di sini.
Sebelum ini, saya pernah menulis artikel berkaitan kisah Al-Fatih yang telah menakluki Constantinopel, kali ini dapat lihat sendiri pedangnya. Oh, itu sangat terkesan. Dapat membayangkan sedikit sebanyak perjuangannya berdasarkan kisahnya.
Malah pedang Ali Bin Abi Thalib dan pejuang lainnya turut dapat kita saksikan. Sejarah Islam sangat menarik untuk dihayati.
Cukup terkesan lagi melihat semua ini:
Antara lain-lain artifak dapat disaksikan di sini adalah:
- Tongkat Rasulullah SAW
- Serban Rasulullah SAW
- Pedang Muaz bin Jabal
- Pedang Sultan Al-Fatih
- Kiswah Kaabah Merah
- Kiswah Kaabah hijau
- kunci Makam Saiditina Fatimah
- Artifak peninggalan Kerajaan Uthmaniah (kunci, baju perang, tandu, al-Quran Emas kiswah Kaabah, Kiswah Pintu Taubat di mana semua artifak ini merupakan koleksi dari Tanah Arabah seperti Mekah dan Madinah serta negara Yemen dan Turki)
- Busur atau anak panah yg digunakan Rasulullah SAW ketika berperang serta bekas busur yang dihiasi dengan emas dan perak.
- Permaidani di Taman Raudhah
Banyak lagi..
Tapi lebih sebak sekali bila melihat penutup Makam Rasulullah SAW, berwarna hijau, amat harum sekali baunya.
Semua 40 artifak yang dipamerkan termasuk darah bekam Nabi berusia 1400 tahun adalah ASLI – Ia telah dinilai oleh pakar etnologi, Prof Dr Abd Manan Embong.
Yang nak Melihat Sendiri, Boleh datang ke sini:
Yang nak Melihat Sendiri, Boleh datang ke sini:
Tarikh : 22 Julai – 4 Ogos 2019
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi : Dewan Tun Razak, Tgkat 4, PWTC
DAH TERLEPAS? JANGAN RISAU, TIAP TAHUN AKAN BUAT LAGI PAMERAN NI! KORANG LIKE PAGE DIA UTK TAHU TARIKH2 TAHUN DEPAN PULA.
Harga Tiket
Harga tiket:
Dewasa: RM20
Student: RM10
Kanak-kanak : RM5
RIN Sempat Beli ni.. Boleh lekat kat rumah.. tanda kita ingat nabi selalu.. senang nak ajar-ajar anak nanti..
Dalam pameran ini tidak dibenarkan ambil gambar, jadi saya kongsikan apa yang boleh dikongsikan. Semoga bermanfaat.
Lebih baik pergi sendiri dan lihat. Bukannya gambaran menjadi tatapan, tetapi penghayatan sebenar apabila melihat secara real. Kita akan lebih kenal Rasulullah SAW dan terasa sangat dekat dengannya.
Share jika bermanfaat utk lebih ramai yg tahu dan mendapat kebaikan.
Sebarkan ajaran Baginda sepertimana sabdanya yang bermaksud: “Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat.” (Riwayat al-Bukhari)
Like Page Pameran Artifak Rasulullah SAW
Follow IG @pameranartifak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan