Hi semua,
I nak bagitau, dalam 2 bulan lalu I pergi ke subway area Setapak KL dengan sengaja bawa fon yang penuh bateri. Maklumlah hari tersebut memang I nak selidik amat macam mana Subway buat sandwich untuk pelanggan-pelanggannya.
Kenapa I teruja sangat nak tahu cara Subway buat sandwich ni? Sebab I tengah survey atau mendapatkan idea bagaimana I nak buat sandwich exclusive untuk projek Sandwich Ashrin Food tender yang dilancarkan baru-baru ini di mesin makanan. Sebelum dilancarkan tulah i pergi Subway ni untuk selidik.
Kat sini, I tengok dari mula staff Subway buat sandwich sampailah bungkus sandwich tersebut. Ramai orang-orang kita main makan je sandwich subway. Yeah memang sedap tapi rugi weyh kalau tak tengok cara diorang buat. Amat simple, mudah dan cepat, boleh korang buat sendiri untuk anak-anak dan suami di rumah.
Pemilihan Roti Subway
Mula-mula sekali, pilih roti. Ya, mereka akan tanya kita nak roti apa. Untuk pengetahuan u alls, mereka sediakan 5 jenis roti iaitu wheat, honey oat, italian, parmesan oregano dan hearty italian. Okey dalam banyak-banyak roti tu pasti akan ada yang abes stok sebab selalu i nak beli banyak jenis roti yang berbeza memang tak dapat semua, salah satu pasti akan habis stok dulu. Terutamanya Parmesan Oregano tu. So kita makan roti yang ada jelah. Next choice was a honey oat bread.
Pemilihan Inti Sandwich Subway
Sebelum memilih inti, roti subway yang kita pilih tadi dipotong dua pada bahagian tengah. Get ready untuk dimasukkan inti.. So korang minat yang mana? Banyak jenis inti dia, memang terliur lah nak pilih ni.. Ada chicken, beef, meatball, turkey slice, chicken slice dan lain-lain lagi. I memilih untuk makan turkey slice subway. Perghhh sedap tuh.
Lalu diletakkan inti tersebut dengan susunan yang padu dan padat mengikut saiz roti. Kiranya ia dimasukkan ngam ngam gitu. Usai diletakkan inti, bersedialah untuk memilih sayur-sayurnya. Ecewah, macam nerves je kan, padahal nak beli subway je pun haha. Jom tengok sayur apa yang menarik nak letak ni.
Pemilihan Sayur-Sayuran Sandwich Subway
Sebenarnya sayur-sayuran yang digunakan untuk sandwich subway ni sama je macam sayur-sayuran yang kita boleh makan dengan sandwich lain selain subway, cuma kesedapannya adalah jenis sayuran yang masuk rasa masam manis pahit semua ada. Tu yang sedap tu. Semua rasa ada tau. Jadi untuk sayur-sayuran ni, kalau nak sedap letak jela semua, cuma jangan letak cili tu, hanya akan rasa pedas. Lagipun sos dia pun nanti ada juga yang pedas-pedas, so better elakkan cili merah tu okey.
Antara sayur-sayuran yang bakal dimakan dalam sandwich subway adalah cili benggala atau capcasium, cendawan hitam tu, timun, cili jeruk, tomato, lobak jeruk, salad, bawang dan banyak lagi. Ada orang tak suka bawang dan sayur-sayur yang pelbagai, so dia letak salad je. Oh tidak. sayur la sedap weyh!
Pemilihan Sos Sandwich Subway
Inti sudah, sayur pun sudah. Sekarang masa untuk kita amati sos di dalam sandwich subway. So banyak sangat pilihan sos dia. Korang suka sos apa? Kalau nak manis masam-masam, better take sweet onion. Tapi kalau nak sedap-sedap dan memang puas makan, letak BBQ sos dan Thousand Island sos gitu. Apapun, husband minta campurkan semua sos, jadi kitorang semua campur. Sekali balik rumah semua nak masuk tandas.
Sejak tu, i belajar makan subway ni tak perlu campur semua sos, jadi sis memilih sos mustard, onion sweet, thousand island dan bbq. Yang sos biasa pedas-pedas dan mayonis i sangat bosan. Hahah. Taukeh sandwich makan sandwich orang lain, tapi taknak mayonis sebab dah jemu tengok mayonis hari-hari. Its ok, nasib baik subway memang banyak pilihan. Sedaplah tekak i nieh melantak.
Apabila sudah siap buat sandwich subway, staff pun bungkus sandwich tu comel-comel dan mudah dibawa pulang. eh eh terliur sungguh tau tulis entry ni. Rasa sekarang juga nak pi beli subway tu. Aduh aduh aduh.
Yang penting sekarang korang tahu kan macam mana staff subway buat sandwich subway ni. Mudah, simple, cepat dan paling penting senang je tengok kan. Kita pula pilih-pilih je nak apa. Bayar-bayar, dapat sandwich dan makan!
Thanks Subway sebab menceriakan hari I. I suka sangat konsep subway ni sebab mudah, cepat, teratur. And yes, I banyak belajar handle sandwich biz yang sekecil-kecil tu dari Subway juga. Semoga Ashrin Food bakal maju jaya macam subway satu hari nanti biarpun konsep sandwich bajet. Aamiin.
2 ulasan:
Saya pun jenis mintak sayur semua.. Sos pun camour semua kecuali sos 🍅.. Hehhehe
tula..sedap sangt.. feveret sy ni.
Catat Ulasan