PENGALAMAN 1ST TIME BERMULA MEMAKAI NIQAB - RINA KIFLI

Khamis, 17 Oktober 2019

PENGALAMAN 1ST TIME BERMULA MEMAKAI NIQAB


Assalamualaikum Semua reader. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menyambung menulis di sini. Dek kerana kekangan masa untuk berblogging, Rina dah terfikir banyak topik yang nak diceritakan. Mostly pasal peribadi sebabnya dah lama sangat rina hilang arah dari blogging, sehingga nak dapatkan mood blogging tu rina kena ingat blog lama dulu. Dulu lebih suka tulis pengalaman, kisah hidup dan lain-lain. Insyallah Rina nak menulis balik seperti dahulu dan kini.

Tak semestinya kisah hidup, informasi pembaca yang meliputi niche blog ini juga bakal dikongsikan. Insyallah.

Malam ini (12.08 AM) tergerak hati rina nak bercerita tentang pengalaman pertama mula pakai niqab atau purdah ni. Ada orang kata bahasa melayu kita sebut purdah, bahasa arab kita sebut niqab. Ada pula yang kata purdah ni tak tutup dahi, niqab ni tutup dahi.

Tak kisahla apapun panggilannya, yang penting kita aware pasal aurat okey? 

Tak Terfikir Nak Berpurdah Pun

Sebenarnya rina sendiri tak terfikir nak berpurdah tapi pada pertengahan 2018, Rina ambil keputusan nak berpurdah secara langsung sebelum masuknya bulan Ramadhan tahun 2018.  Suatu hari selepas solat zuhur, rina ada tertidur sekejap selama 5 minit. Dalam tidur tu macam-macam otak dan minda ni berjalan, mungkin termimpi atau terfikir atau berkhayal yang rina sendiri pun tak faham. Apa yang dilihat dan dirasai hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Mungkin tak dapat diceritakan di sini tentang mimpi tersebut.

Cuma lepas bangun dari tidur tu, Rina rasa ada sesuatu yang perlu rina buat iaitu perubahan. Mungkin hidup rina sebelum tu dah cukup lengkap tapi ada juga kurangnya dan rasa kosongnya. Taktahu apa. Kalau nak ikutkan amalan, belum ada amalan yang cukup dalam dunia ini. Belum ada rasa puas hati untuk setiap yang dilakukan, apa yang ada hanyalah rasa kehinaan dan kekurangan yang banyak ya amat.

Waktu tu pula bila bangun tidur selepas zuhur tu, berpeluh-peluh, menangis dan cuba ingat kembali mimpi yang dialami. Memang Allah SWT maha berkuasa, menjadi setiap sesuatu dengan berhikmah, Allah SWT Maha Esa dan Paling Berkuasa. Selawat keampunan tatkala mengingati segala yang telah terjadi.

Mungkin mimpi ini adalah petanda dan penunjuk apa dah jadi pada diri ketika itu yang hanya mementingkan dunia semata. Yang sangat jahil, lupa akan pinjaman yang diberikan Allah serta lupa akan wasiat Rasulullah SAW terhadap kaum-kaum wanita muslim. 


Terasa hina, banyak dosa dan perlu buat perubahan di dunia ini...


Jadi, apabila buat keputusan nak pakai purdah, niat rina pada masa itu adalah untuk tutup keaiban, menjadi lebih baik dan tutup dosa-dosa sebabnya Rina susah sangat nak elak diri dari tak buat dosa masa tu. Dosa tak pakai stokin, dosa tak pakai handsock, dosa tak pakai seluar longgar, asik pakai jeans ketat, dosa tudung yang macam chipsmore.  Orang suka pandang dan rina pandang balik walaupun pandangan tajam.  Astagfirullahaladzim. Jahil sungguh jahil.  

Kata orang ilmu perlu penuh di dada untuk berpurdah sedangkan Rina tidak? Purdah adalah satu cebisan kain yang akan digunakan untuk menutup sebahagian wajah kita, pasti ada tujuannya iaitu tidak mahu dipandang. Memang penting untuk menjadi orang yang berilmu, tetapi purdah adalah milik semua wanita Islam dan merupakan sunnah kita.  Dalam masa yang sama memakai, cari dan pelajarilah ilmu Islam dengan lebih mendalam lagi supaya kita tidak berlebihan dan tidak berkurangan ilmu. Ilmu takkan pernah habis, belajarlah sehingga ke negara china sekalipun.

Apabila terasa diri ini hina, terasa ingin jauh dari semua orang. Ingin pergi jauh tapi apakan daya. Timbul satu perasaan nak hilangkan diri daripada semua orang, semua sosial media dan lain-lain ketika itu. Tapi rina sedar, kerja hakiki rina melibatkan semua orang dan media sosial, mana mungkin boleh pergi dari semua itu. 

Perasaan hina ini juga timbul entah dari mana? selama ini tak pernah dirasakan sehingga begini. Apabila slow talk dengan suami, katanya sangat bagus dengan keputusan ini. Semoga dapat melindungi diri dan menjadi wanita solehah, tidak dipandang, tidak memandang malah lebih tundukkan pandangan dan sentiasa fokus pada kejayaan dan kebahagian akhirat. Kalau boleh, biarlah akhirat lebih daripada dunia kerana akhirat adalah kehidupan kekal abadi. 

Kawan-Kawan Purdah Dan Gaya Baru


Ya, rina akui rina ada kawan dengan 3 orang rakan yang berpurdah. Seorang secara online, 2 orang lagi selalu juga keluar lepak bersama. Kalau keluar pun, 3 3 bawa suami bersama. Kiranya kawan2 suami dan rina juga. Bila difikirkan sebelum ni, rina memang suka tengok orang pakai purdah ni tapi sedikit janggal dengan mereka sebab tak biasa. taktau apa reaksi mereka dengan rina dan sebagainya sebab tak nampak wajah kan. Cuma, rina suka kawan dengan mereka. tu saja.

Apabila mula-mula berpurdah tu, mereka ucap tahniah dan alhamdulillah, terharu rina dengar. Mereka suka sebab ia sunnah. Buat dapat pahala, tak buat tak dapat dosa. Ya, hukum pemakaian purdah adalah perkara pertama yang perlu kita pelajari. Bagi rina, rina pakai atas niat sunat.  Jika perlu untuk buka (atas urusan rasmi dan lain-lain), rina akan buka sebab dalam islam pun ada waktu yang kita perlu, kita buka.

Selepas memahami hukum pemakaian, barulah rina belajar cara memakai dengan betul dan cara makan ketika pakai purdah. Semuanya belajar dari cik youtube sahaja dan ada juga yang rina tanya kawan-kawan.

Tak dinafikan, apabila keluar dengan kawan-kawan dan saudara mara juga keluarga, mula-mula kita pun segan. Sebab tak biasa berpurdah tapi kita memang taknak buka sebab kita memang nak berpurdah. Itu pendirian yang akan ada apabila kita sudah berpurdah. Kalau keluarga, mak sendiri, sedara mara bertanya atau mengata, ia adalah normal. Laluilah dengan baik-baik, insyallah semuanya akan baik-baik belaka.


PENGALAMAN 1ST TIME BERMULA MEMAKAI NIQAB

Kalau nak diceritakan perasaan, akan terasa diri ini terlalu hina, dina, malu. Sebab semakin pakai purdah, semakin rasa kekurangan diri. Itu apa yang sis alami. Bila nak buat perubahan yang baik, kita perlu ada sokongan. Alhamdulillah suami support sis nak berniqab. Dia tolong pilihkan niqab online, bawa ke kedai tudung labuh dan sentiasa bagi nasihat dan pujuk bila rin down.

Apabila bertemu dengan orang, sis banyak belajar terima orang seadanya. Mereka mungkin tak biasa dengan kita, takut, atau terasa pelik dengan kita. Adakala mereka memandang je kita, ya, sebab mereka tak biasa dengan orang berpurdah. Sis tiada masalah sebab dulu pun sis seperti mereka asyik tengok orang berpurdah. Kita senyum je kepada mereka, biarpun mereka tak nampak, tapi lama-lama akan ada aura senyuman tu sampai ecewah.

Sebenarnya tak susah pun berniqab, cuma mula-mula ja rasa lain sebab tak biasa kan. Lama-lama alhamdulillah ok. Dari segi pernafasan pula, jangan la pakai ketat-ketat sebab susah nafas. Bila kita pakai dengan betul, semuanya ok dan selesa sahaja.  Nak cari niqab pun, carilah kain yang tidak panas dan tidak berat. Sis suka kain jenis aritachi. Ini haritu sis dapat dari Qibtiyyah Exclusive.  



Banyak cabaran berpurdah ni tapi insyallah sis kongsikan dalam entry lain, jangan lupa baca ya! Jom follow blog rinazul untuk baca entry-entry yang akan datang. Tata. Assalamualaikum.

Tiada ulasan: