Formula Tarik Rezeki, Perkongsian Dari Cikgu Shiikin - RINA KIFLI

Selasa, 1 Oktober 2019

Formula Tarik Rezeki, Perkongsian Dari Cikgu Shiikin

Perkongsian Formula Tarik Rezeki ini dikongsikan oleh Noorasyiikin Ishak yang turut dikenali sebagai Cikgu Shiikin Semoga kita semua berjaya mengikuti formula tarik rezeki ini. Insyallah.

Formula Menjemput Rezeki

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


1. DHUHA.
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT..

2. TAHAJJUD.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..

3. AL QURAN.
Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..

4. ZIKIR 
Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari..

5. SOLAT BERJEMAAH
Terutamanya lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih..

6. SILATURRAHIM.
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..

7. BERSEDEKAH.
Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali..

8. SOLAT AWAL WAKTU
Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat..

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH.
Jangan mengharapkan manusia di luar sana..
Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

10. TAWAKAL DAN USAHA
:
4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur"
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.
Semoga bermanfaat. ðŸ˜˜

Lain-lain:
Apabila semuanya diusahakan, sedikit demi sedikit kehidupan kita akan berubah. Saya juga mahu berubah menjadi lebih baik dan lebih baik.

Tiada ulasan: