Gambar Sekadar Hiasan |
Dulu ada kawan selalu cakap, "Aku kerja KFC parttime tapi selalu duduk ngan KFC, kadang-kadang balik rumah, dan siap mandi tapi badan tetap bau KFC". Kitorang apa lagi, ketawa je la yang mampu. Takkan nak menangis pula kan.
Itu 3 tahun yang lalu kawan cerita. Sekarang dia pun dah kerja pejabat, tak kerja kfc lagi. Selepas kawen rezeki melimpah ruah dapat kerja baru.
Sekarang ni bukan masalah badan dia bau KFC atau tak. Tapi Rina teringat momen dia cerita tu, sebab rina macam tak percaya. Betul ke bau KFC tu memang boleh lekat kat badan. Erm.. So dipendekkan cerita..
Pernah satu hari tu, dia balik kerja malam, dia hantar kfc kat kami untuk merasa, lebih pada hari tu. So waktu dia datang tu, berkepam kepam bau kfc. Masyallah sedapnya bau kfc tapi bau tu kat badan dia.. Bukan kat kfc tu. hehe. Jadi, lama-lama memang terbukti badan dia pun bau kfc biarpun dah mandi kat rumah ke apa. sabar jela.
Teringat kembali semua kisah ni setelah sesuatu berlaku pada diri sendiri ini. Macam u all tahu, rina ada bisnes sandwich yang hampir hari-hari akan provide masa yang sesuai untuk siapkan order. Ada satu hari tu, buat sandwich menu baru yang menggunakan chicken slice. Subhanallah, dekat 3 jam je buat, tapi lepas tu rina pergi mandi. Lepas-lepas je mandi, terasa macam bau chicken slice kat badan haha. Tatau la kenapa.
Sampai 2 hari la juga macam rasa loya je bau chicken slice lama-lama ni. Naseb baik hari ketiga dah tak dak bau tu. Alahai. Benda ni mengingatkan kisah kawan kerja kfc, badan bau KFC walaupun dah balik mandi tu.
Saja la nak berkongsi kat sini. Jangan marah. Layan aje.
Rina,
Saja sembang suka-suka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan