Siapa yang suka ambil tahu bab perihal wanita ni kalau bukan lelaki? Wanita sendiri tak kisah bagaimana dengan dirinya tetapi lelaki yang lebih banyak ingin kenali wanita bukan? Mana tidaknya, perangai wanita ni susah nak difahamkan. Ada kalanya taktau kita kawen dengan wanita atau kanak-kanak. Dah umur 27 tahun pun, perangai macam kanak-kanak juga. Itulah kata-kata seorang lelaki yang masih lagi taktahu bagaimana perihal wanita sebenarnya.
Oh ya, sis rinazul ni perempuan tau! Sis tulis entry ini untuk memperkenalkan perihal wanita kepada semua lelaki di luar sana. Manalah tahu, ada yang masih konfius perempuan ni apa dan macam mana sebenarnya. Ehek ehek (tersedak). Mengata pasal diri sendiri yang juga perempuan!
Alkisahnya begini, sebelum kahwin, pasti korang risau nak pilih pasangan hidup kan. Kalau dah ada girlfriend, pasti susah juga nak fahami perangai masing-masing. No worries, sebagai wanita pun kami fahami dan akan cuba fahami perasaan korang-korang yang lelaki ni okey!
Bagi yang dah kawen pula, alahai, jangan merungut pasal perangai isteri memasing ok. Isteri ni pembawa rezeki, selagi dia bersama korang, jaga lah sebaiknya. So demi mengatasi masalah rumah tangga sebab perihal wanita, korang kena fahami perangai wanita ok.
Jom sis bantu korang fahamkan perangai wanita dengan lebih baik lagi. Perihal wanita ini adalah daripada pengalaman sendiri, pengalaman orang lain dan sumber-sumber kajian.
Perihal wanita #1
Wanita sukakan pujian walaupun dia seorang yang ego, garang dan apapun perangainya, tapi dia sangat suka pujian. Dia takkan tunjuk, dia diam-diam je. Korang yang kena puji dia untuk mula ambil hatinya.
Perihal wanita #2
Wanita akan bersedih jika lelaki tidak melayannya, hanya berdiam diri, tidak fokus apa yang dicakapkannya, Kalau boleh nak merajuk sangat-sangat tapi selalunya wanita yang rendahkan egonya untuk tidak fikirkan perkara itu lagi.
Perihal wanita #3
Wanita suka sangat teringin makan itu ini, Ya kami akan order apa yang kami nak banyak pun takpa. Tapi tolong faham, kami order sebab teringin nak rasa ja, tak mungkin dapat habiskan semua tu. Jadi tolonglah faham untuk habiskan makanan tu ok. Bazir kan amalan syaitan!
Perihal wanita #4
Bukan wanita aje, mak wanita tu pun mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka. Ambil berat, tanya khabar, tanya dah makan ke belum dan lain-lain lagi. jangan tanya soalan annoying pula.
Perihal wanita #5
Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan mereka makan!
Perihal wanita #6
Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka, semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. Ini memang. Benci sangat.
Perihal wanita #7
Wanita akan terfikirkan juga bekas teman lelakinya, tetapi lelaki yang menjaganya sepenuh hati sekarang yang tetap teristimewa di hatinya.
Perihal wanita #8
Jika wanita sudah beri beribu alasan denganmu, berhentilah. Sebab mereka memang tak berminat dengan anda.
Perihal wanita #9
Sebenarnya tak susah ambil hati wanita, cuma perlu jujur, setia dan menjaganya sepenuh hati dan jiwa raga sahaja. Tak semestinya perlu duit sahaja untuk tambat hati wanita.
Perihal wanita #10
Senjata wanita yang utama adalah air mata. Lelaki sering lemah bila lihat air mata wanita. Tetapi sungguh, wanita memang mudah keluarkan air mata bila hati sedikit tersentuh.
Perihal wanita #11
Wanita lebih selesa bersahabat, Jangan terus nak bercinta bila baru berkenalan. Sabar dulu.
Perihal wanita #12
Wanita juga perlukan masa untuk bertenang jika bergaduh atau kamu telah kecewakannya. Beri ruang kepada mereka. sambil itu, fikirlah cara untuk memujuk mereka semula.
Perihal wanita #13
Wanita amat pandai berlakon. Mereka akan buat tidak berminat dan bersikap acuh tak acuh. Sebaliknya di belakang lelaki, mereka amat berminat, gembira dan excited sekali!
Perihal wanita #14
Jangan beranggapan itu dan ini. Jika dengan wanita, terus terang tanya sahaja dengan mereka. Mereka juga pasti akan berterus terang dengan anda berbanding anda beranggapan sahaja.
Perihal wanita #15
Walaupun wanita tak berkata dia sedih tetapi dia diamkan diri, ketahuilah bahawa dia sedang menangis di dalam hatinya.
Perihal wanita #16
Lelaki wajib minta maaf jika menyakiti hati wanita. Jika tidak, perempuan akan fikirkan hal masalah itu selama-lamanya. Sungguh.
Perihal wanita #17
Walau seteruk mana pun lelaki itu, wanita tetap terima seadaanya dan sukar cari perkara yang dibencinya terhadap lelaki itu bila hati dah sayang.
Perihal wanita #18
Jika sudah cinta dan sayang, keluar dengan orang lain pun wanita tetap akan ingatkan anda di hatinya.
Perihal wanita #19
Wanita lemah jika lelaki merenungnya terlalu lama. Hatinya sudah pun cair dan malu.
Perihal wanita #20
Wanita akan cepat putus asa jika cintanya ditolak. Jangan tolak cinta mereka dengan kasar. Jadikan alasan yang munasabah apabila ingin tolak cinta mereka.
Perihal wanita #21
Wanita sering meluahkan perasaan mereka dengan pelbagai cara. Antara adalah puisi, tulisan, muzik, nyanyian dan lain-lain lagi. Lelaki kena faham apa yang disampaikan oleh wanita.
Perihal wanita #22
Jangan sesekali sakitkan hati wanita dengan memberitahu hal-hal tak baik kepada mereka seperti mereka tidak berguna dan sebagainya. Amat sukar untuk mereka terima dan maafkan anda nanti.
Perihal wanita #23
Sekuntum senyuman besar ertinya kepada seorang wanita. Jangan senyum sembarangan kepada wanita lain. Wanita anda konfirm cemburu!
Perihal wanita #24
Jika seorang wanita sering menghubungimu dan mengingatimu, mereka betul mempunyai hati terhadap anda.
Perihal wanita #25
Ucapan hai atau selamat pagi daripada anda akan mempengaruhi keceriaan wanita sepanjang hari.
Perihal wanita #26
Cinta bermaksud bekerjasama dalam bersama susah senang, susah duka, jujur, setia, ikhlas dan tidak ada sebarang kompromi atau pengkhianatan.
Perihal wanita #27
Wanita idamkan lelaki yang mencintai mereka sepenuh hati dan takkan pandang orang lain langsung selamanya.
Perihal wanita #28
Wanita teringin sangat nak dapat hadiah bunga dari orang tersayang. Tapi mereka takkan cakap. Eh lelaki, korang ni tak faham-faham lagi ke? sekali sekala, bagila hadiah bunga hidup tu buat surprise.. apa da..
Perihal wanita #29
Jangan main api dengan wanita, sekali dah beri kepercayaan dan mereka percayakan anda, jagalah. Bila dah hilang kepercayaan wanita terhadap anda, belum pasti mereka akan percaya anda lagi!
Perihal wanita #30
Hati wanita sangat sensitif seperti tisu yang mudah basah bila terkena air. Berhati-hatilah dalam berbicara dengan wanita.
Perihal wanita berikutnya pula adalah dari sumber Blog zahrinzeffrin:
Perihal wanita #31
Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!
Perihal wanita #32
Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!
Perihal wanita #33
Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!
Perihal wanita #34
Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempua bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!
Perihal wanita #35
Wanita memang pemurah...sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!
Perihal wanita #36
Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu...tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, mera h sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!
Perihal wanita #37
Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!
Perihal wanita #38
Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per...per...!
Perihal wanita #39
Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah-tengok muka sendiri!
Perihal wanita #40
Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!
Perihal wanita #41
Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat.
Perihal wanita #42
Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!
Perihal wanita #43
Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!
Perihal wanita #44
Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
Perihal wanita #45
Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
Perihal wanita #46
Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!
Perihal wanita #47
Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
Perihal wanita #48
Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
Perihal wanita #49
Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...
Perihal wanita #50
Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
Perihal wanita #51
Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja!
Perihal wanita #52
Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang- kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!
Perihal wanita #53
Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.
Perihal wanita #54
Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!
Banyaknya perihal wanita. Sampai pening kepala dibuatnya. Tak apalah. Sis pun seorang wanita, jadi korang layankan ajelah okeyh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan