Sebenarnya set up SOHO ini adalah wishlist rina pada tahun ini, tak kiralah awal tahun hinggalah akhir tahun. Alhamdulillah sekarang dalam proses sebab tunggu rumah renovate. Tapi planning dia dah kena siapkan awal-awal lagi. Tambah-tambah rina ni orang bersikap 'merah' iaitu teliti, suka merancang, suka fakta dan lain-lain lagi. Jadi dipendekkan cerita, rina akan ada sebuah SOHO (Small Office Home Office). YAY.
TUJUAN SOHO (SMALL OFFICE HOME OFFICE)
Rata-rata orang yang ada Soho ni pastinya ada satu tujuan yang sama tetapi berbeza. Of coz lah nak fokus bekerja di rumah dengan adanya pejabat atau ruang workstation. Apatah lagi jika ada bisnes sendiri, semuanya akan lebih teratur. Kalau kat luar negara, ramai yang bekerja di Soho sahaja dan ia sangat normal dalam kalangan masyarakat.
Even company yang besar sekalipun ada yang bermula daripada Soho. Tetapi ingat, Soho ini adalah lokasi atau tempat yang anda cipta dirumah untuk menguruskan perniagaan dan pekerjaan anda supaya lebih strategik dan efektif. Jadi, anda harus gunakannya dengan baik dan biarlah ada 'function'.

KEMUDAHAN SOHO
Apa kemudah Soho (Small office home office) ni? Banyak kemudahannya yang bakal memanfaatkan anda kelak. Bukan sahaja jimat wang, tenaga dan masa, tetapi urusan pekerjaan dan perniagaan anda juga akan menjadi lebih sistematik, pantas dan cekap. Harapnya akan bertambah maju. Amin. Insyallah itu sudah pasti.
PERALATAN YANG PERLU ADA DI SOHO (SMALL OFFICE HOME OFFICE)
Jika bercakap tentang peralatan yang perlu ada di Soho, mudah sahaja. Peralatan pejabat dan perkakas yang akan digunakan semasa bekerja amat penting. Pasti anda tak nak sebarang gangguan dan kekurangan kan?
Macam Rina, rina suka semua lengkap, rina tak suka buat kerja separuh jalan, kena keluar untuk print dan sebagainya. Maksudnya semua tu perlulah kita sediakan di Soho kita. Jom lihat apa yang releven untuk kita letakkan di Soho!

#1 Meja Dan Kerusi
Sudah pasti perlu ada meja dan kerusi, tetapi jenis meja dan kerusi tu penting. Tengok ruang pejabat juga, janganlah guna meja yang sebesar gedabak kalau bilik Soho tu kecik je. Gunalah yang sederhana dan janganlah kecik sangat sampai nak muat nak letak tangan pun. huhu.
Okey, jenis kerusi pula pastikan boleh bersandar, tidak mudah jatuh, sangat selesa bila duduk, supaya punggung tidak keras membatu juga huhu. Nanti sakit belakang dan punggung pula!
Okey, jenis kerusi pula pastikan boleh bersandar, tidak mudah jatuh, sangat selesa bila duduk, supaya punggung tidak keras membatu juga huhu. Nanti sakit belakang dan punggung pula!
#2 Laptop Atau PC
Ini mestilah wajib ada, sebab ia adalah medium yang kita gunakan secara online. Iaitu internet dan laptop. Letakkan laptop di atas meja dengan posisi yang betul supaya selesa anda gunakan apabila bekerja nanti. Jika ada tetikus, pastikan ia lengkap dengan pelapiknya untuk memudahkan anda.
#3 Stationary / Alat Tulis
Walaupun anda bekerja secara online, jangan ingat gaya manual sudah tak penting lagi! Sebenarnya gaya manual seperti menulis, mencatat nota, pesanan, buat kira-kira semuanya masih lagi berfungsi dan relevan ya. Sila letakkan pen dan alat tulis juga di workstation atau Soho anda. Anda akan tahu kegunaannya nanti. Percayalah.
#4 Printer Plus Photostat
Buat masa sekarang, anda tidak gunakannya. Apabila bisnes dan job berkembang nanti pasti anda gunakannya. Contohnya adalah saya.
Dulu saya rasa benda tu tak penting, tapi lepas banyak tender dan bekerjasama dengan client lain untuk Ashrin Food, banyak juga urusan melibatkan dokumentasi diperlukan. Lagipun, saya sangat suka bab dokumentasi ni. So, ada printer rasa seronok dan macam-macam planning nak buat.

#5 Rak Buku Atau Tempat Letak Kertas
Rak buku wajib ada sebenarnya. Tambah-tambah jika kita ada juga menyimpan rekod atau database dan juga bahan marketing secara online. Kat mana lagi kita nak simpan semua benda tu kalau bukan di rak buku atau kertas.
Takkan nak letak atas meja macam tu je atau letak dalam kotak n storage box je kan. Sangat tak professional dan susah nak cari nanti.
Takkan nak letak atas meja macam tu je atau letak dalam kotak n storage box je kan. Sangat tak professional dan susah nak cari nanti.
#6 Jam
Sebenarnya jam di laptop dan telefon dah ada. Tapi cuba bayangkan jika laptop tengah tutup dan fon tengah charge. Nak rabat tengok jugak ka? Macam jenuhkan.
Tambah-tambah kalau ada tetamu atau client di Soho kita yang tanya jam, macam tak best kan? kalau ada jam dinding atau jam yang kita letak di rak atau meja, sekurangnya itu memudahkan diorang untuk terus lihat.

#7 Frame Gambar Atau Poster
Perlu ke letak frame gambar? Tak kisah, jika anda nak hias atau suka someting yang menarik atau pembakar semangat, sila letak. Tapi jika anda suka kekemasan, letak poster jenama perniagaan anda pun best juga. Terpulang pada citarasa masing-masing. Tak salah pun.
#8 Pokok Bunga / Daun
Ya, ini rin memang tak sabar nak pi beli. Rin nak guna pokok kaktus kecik tu letak di meja laptop sebab haritu ada orang komen di FB rin yang pokok kaktus ni dapat tarik sinar radioaktif dari laptop kita..
So kita tak terdedah sangat sinarnya. ecewah. Jadi takdelah nak migrain sangat sebab lama-lama dengan laptop atau apa.
So kita tak terdedah sangat sinarnya. ecewah. Jadi takdelah nak migrain sangat sebab lama-lama dengan laptop atau apa.
#9 Lampu Malam / Lampu Meja
#9 Lampu Malam / Lampu Meja
Lampu malam ini adalah lampu meja yang boleh digunakan pada malam hari. Tapi rasanya kalau tak ada nak buat kerja apa pada malam-malam, tak perlu ada pun takpa. Dulu rin selalu buat kerja malam, sekarang tidak lagi.
Rin dah limitkan masa bekerja 8 pagi sehingga 6 petang sahaja (ikut waktu bekerja office) walaupun kerja di rumah. Tapi kalau malam-malam korang nak buat kerja juga dan taknak silau atau apa, gunalah lampu meja.

#10 Meja Menghadap Tingkap Atau Tepi Tingkap
Ya, letakkan posisi meja mengadap tingkap atau di tepi tingkap. Jangan sesekali meja membelakangkan tingkap. Sebenarnya tiada masalah kalau tingkap di belakang kerusi anda duduk, tapi tak ke nanti ada hantu kat luar tingkap tu dibelakang anda? Hahah gurau je. Cuma rasa tak selesa jela kan. Letak meja tepi tingkap atau depan tingkap ok!
#11 Sediakan Kerusi Atau Sofa Bed Yang Lain
Untuk orang lain yang masuk ke Soho anda, sediakan sofa, sofa bed atau kerusi lain untuk mereka duduk. Anda juga boleh relax-relax di situ. Tidaklah ia semata-mata kerusi anda sahaja. Tetapi sekiranya bilik terlalu kecil dan sekadar anda buat kerja sahaja tanpa langsung ingin berehat dan ada orang lain datang, biarlah kerusi anda seketui je kat dalam tu hihi.
#12 Whiteboard Atau Sticky Note
Whiteboard atau sticky note diperlukan untuk anda catatkan list to do setiap pagi sebelum mula bekerja atau setiap petang untuk kerja keesokan harinya. Ya, catatkan apa yang perlu anda buat hari ini. Kerja apa dan apa. Ia akan membantu anda siapkan kerja dan lancarkan perancangan anda setiap hari.
#13 Snack, Gula-Gula Dan Air
Ramai cakap letak snack dalam pejabat, tapi Rin langsung tak setuju. Kenapa? Sebab rin pernah kerja di call center yang ada ruang pejabat sendiri. Masyaallah kerja asyik nak mengunyah je sampai malas buat kerja dan tak berapa nak fokus.
Setakat gula-gula untuk maniskan mulut (mudah dibuka) dan air masak cukuplah letak di Soho atau Office kita tu. Understand?!
Setakat gula-gula untuk maniskan mulut (mudah dibuka) dan air masak cukuplah letak di Soho atau Office kita tu. Understand?!
#14 Tong Sampah
Ramai yang terlupa pasal tong sampah. Dalam bilik tidur pun Rin letak tong sampah kecil di sebalik pintu untuk buang sampah macam kertas, plastik, tisu dan lain-lain lagi.
Kalau small office, home office lagilah penting ada tong sampah , itupun kalau korang ada kertas, plastik, plastik bekas gula-gula dan lain-lain lagi. Utamakan kebersihan, ok?
Kalau small office, home office lagilah penting ada tong sampah , itupun kalau korang ada kertas, plastik, plastik bekas gula-gula dan lain-lain lagi. Utamakan kebersihan, ok?
#15 Kalender
Kenapa perlu letak kalender di Soho? Eh, banyak kegunaannya, tapi pilihlah kalender yang simple, kecil dan boleh berdiri. Yang gantung tu nampak macam semak je kan. Kalender ni berfungsi untuk anda plan dan pastikan target bulanan, mingguan anda berjalan lancar.
Cara susunan atau hias Soho bergantung kepada anda, tetapi pastikan ia kemas dan tidak terlalu padat. Pengcahayaan dan warna juga penting memandangkan ia akan mempengaruhi mood anda. Warna kelabu atau warna gelap mungkin menjadikan anda cepat mengantuk, warna cerah, pastel dan putih membuatkan anda segar dan mudah bekerja!
Rin masih lagi memikirkan sudut ruangan dan posisi meja kerusi serta warna cat untuk Soho Rin nanti. Lagi 2 bulan lepas rumah siap renovate, baru rin akan siapkan Soho idaman rin 😘 Cheers!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan