Ramai pemilik bisnes atau founder yang masih kurang jelas bagaimana cara untuk mula marketkan produk dan diri mereka di media sosial. Sebenarnya, menjadi bisnes owner tidak semudah yang anda sangkakan. Anda boleh mula marketkan produk dan diri anda dengan cara yang betul dan konsep yang betul.
Paling penting, ketahui niat dan matlamat anda dengan jelas supaya anda dapat merancang yang terbaik untuk orang ramai. Pendek kata, founder bukan semata-mata harus berusaha menjual produk, tetapi haruslah beri manfaat kepada pelanggan dan orang ramai.
Oleh itu, apakah langkah pertama founder perlu buat untuk marketkan produk dan diri mereka? Tak perlu risau, ikuti satu persatu langkah, semua akan menjadi mudah. Wajarlah untuk anda sediakan bahan-bahan atau membuat persiapan dahulu. Kemudian bolehlah anda marketkan produk dan diri anda dengan mudah di media sosial.
Tips perkongsian ini adalah dari Khairul Hakimin Muhammad, jom lihat 5 langkah founder perlu buat untuk marketkan diri dan produk mereka di media sosial.
1. Susunan Content - Susun content mengikut positioning diri. Content perlu dipelbagaikan dan perlu mengikut susunan yang baik dan teratur.
2. Content Iklan dan Pencarian Ejen - Susun iklan untuk buat sales dan cari ejen / distributor. Ambil sedikit masa untuk menghasilkan content bagi sales dan pencarian ejen.
3. Content Manfaat - Bangunkan content membina untuk dibaca dan memberi manfaat kepada orang lain. Sama ada tips, panduan dan info, tiada masalah untuk anda berkongsi.
4. Coretan Inspirasi - Founder patut mahir dari sudut menulis hal inspirasi dan pelajaran bermakna buat audien.
5. Perihal Peribadi - Sesekali up tentang kehidupan seharian, ia akan menambah percaya kewujudan sebenar empunya diri.
Perkara yang patut anda elakkan sebagai founder adalah:
1. Sibuknya menjaja kesilapan ejen.
2. Lekas marah apabila disoal dan ditanya. Peneraju bisnes, jiwanya lebih tenang menghadapi berbagai soalan di media sosial.
3. Menggunakan media sosial untuk bantai produk orang lain terutama pesaing.
4. Beriya-iya tunjuk kekayaan.
5. Tidak menjaga bahasa semasa menulis di media sosial.
Kalian adalah founder dan jadilah founder yang ada jiwa bisnes yang besar. Diri kalian menjadi cermin kepada apa yang kalian kerjakan.
Begitulah.
Jangan sesekali putus asa, terus pandang ke depan, usaha dan naiki kejayaan anda satu persatu. Insyallah anda akan tiba di puncak kejayaan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan