Rina tertarik satu post yang ditulis oleh dia berkaitan 'Kenapa OKU Cepat Meninggal?' dan beberapa post advice atau nasihat yang dituju khas kepada rakan-rakan OKU yang lain. Rajinnya dia bagi motivasi dan semangat untuk mereka yang perlukan.
Usai membaca postingnya, sajalah Rina throwback semula macam mana boleh kenal dengan dia. Yang pasti, kami telah berkawan lama di media sosial sejak sekolah menengah lagi, cuma zaman dulu tak ada facebook. Zaman sekarang dah ada facebook. Zaman dulu guna fon nokia puluh sen tu. Hehe. Maklumlah generasi 90-an.
Berbalik kepada kisah kawan di facebook ini, dia lebih dikenali dengan nickname 'Michael Norzaidi' atau nama sebenarnya Shakirin Norzaidi. Dari dulu sampai sekarang, Rina panggil dia Shakirin sahaja sebab dah terbiasa.
Rina masih ingat waktu chat zaman sekolah dahulu, dia dah cerita kepada Rina tentang dirinya. Hanya berkerusi roda keluar rumah, di rumah ada cara lain untuk dia bergerak.
Sehinggalah apabila kami yang sebaya ni sudah dewasa, Rina ada bertanya khabar dia. Alhamdulillah sihat dan masih sama seperti dahulu. Maklumlah lama tak contact beberapa tahun dan bila dikira-kira balik, sudah hampir 11 tahun kami bersahabat.
Rina salute dan sanjung sangat sebab dia sangat positif, penuh inspirasi dan motivasi. Kenapa? Tak ramai orang OKU atau kurang upaya yang boleh positif dan kuat sebegitu.
Nak tahu kisah Michael Norzaidi? Ini sedikit perkongsian kehidupan peribadi dari Beliau.
Saya dilahirkan pramatang seberat 0.95 kg dan merupakan "top 50 dalam dunia - bayi terkecil di dunia setakat ini yang lahir pramatang" (mengikut sumber Guiness World Record) yang survive hidup sampai sekarang.
Sekiranya didaftarkan dengan Malaysia Book Of Record, mungkin Beliau dikategorikan sebagai bayi pramatang terkecil di Malaysia yang masih survive hidup sehingga hari ini.
saya mula2 lahir mmg struggle pada awal kelahiran untuk hidup
Zushazrinamcm mana
doktor jangkakan hidup dalam masa 3 hari
tapi alhamdulillah dgn kuasa Allah sampai sekarang boleh bertahan
Beliau dilahirkan dirumah ketika itu namun dibawa ke hospital dan ditahan di wad bayi pramatang. Ramai jururawat tidak percaya dengan berat beliau 0.95kg ketika itu. Ia terlalu kecil dan ringan. Kurangnya bernafas sewaktu itu menyebabkan beliau terpaksa dibawa berulang alik ke Hospital Kota Bharu.
Kata Shakirin, Sejak lahir lagi, Doktor telah mengesahkan bahawa dia mempunyai implikasi saraf di bahagian otak. Masalah saraf otak dimana ia tidak dapat memberi arahan sepenuhnya kepada tubuh badan iaitu kaki. Beliau telah menjalani rawatan terapi tetapi tidak menjalani rawatan scanner kepala kerana kepercayaan atok dan nenek yang risau kesannya terencat akal (Ia adalah kerana kepercayaan mereka terhadap teknologi moden banyak memudarat daripada menyembuhkan). Namun begitu, rawatan terapi diteruskan seawal umur 2 tahun sehingga 7 tahun.
Cuba anda bayangkan, anda mempunyai deria rasa untuk bergerak tetapi kemampuan bergerak adalah terbatas, seolah-olah kaki tidak kuat untuk bergerak. Itulah yang dialami oleh Michael Norzaidi. Ketika beliau berumur 7 tahun, doktor menyarankan untuk menjalani pembedahan pada bahagian saraf kaki. Namun sekali lagi tidak dibenarkan oleh atok dan neneknya kerana terdapat kesan operate yang memudaratkan terhadap kaki beliau. Dan sememangnya betul, risikonya ada.
Tahukah anda, atok dan nenek Michael juga telah banyak menghabiskan wang ringgit dengan membawanya untuk menerima rawatan tradisional. Cakap sahaja semua negeri, Penang, Terengganu, Perak, semuanya pernah mereka pergi. Dalam sebuah negeri Kelantan tu, tak ada satu pun yang tak pergi. Tetapi Allah lebih mengetahui, hasilnya tetap sama.
Untuk pengetahuan anda, pada tahun 2010, Michael terpaksa melakukan operation atas sebab penyakit dalam perut. Sehingga sekarang, Beliau meneruskan kehidupannya dengan berkerusi roda di luar rumah, manakala di dalam rumah bergerak secara duduk atau merangkak.
Beliau sangat kuat semangat dan berfikiran positif sejak dahulu lagi kerana mempunyai pembakar semangat yang tidak jemu menyokong. Siapa lagi kalau bukan kedua ibu bapanya. Kedua ibu bapa menjaga dan mendidiknya siang malam, kadang-kadang sampai tak tidur malam sebab menjaganya. Betapa Shakirin sangat hargai pengorbanan kedua ibu bapanya. 💕
Biarpun mempunyai kekurangan diri, Michael sangat kaya dengan jiwanya yang rendah diri, baik hati, berdikari dan paling penting, sangat rajin berusaha serta mempunyai keazaman yang amat kuat dalam membuat sesuatu perkara.
Selepas tamat persekolahan dan SPM, Michael gigih menuntut ilmu berkaitan Multimedia dan IT secara online sehingga beliau berjaya menjana pendapatan sendiri dengan bekerja sendiri di rumah. Untuk pengetahuan semua, beliau juga adalah seorang designer dan ghostwriter iaitu penulis upahan freelance.
Minat mendalam dalam bidang Multimedia membuatkan Michael menyimpan harapan untuk membuka sebuah studio rakaman atau set penggambarannya sendiri untuk memberikan khidmat edit video kepada sesiapa yang perlukan iklan video.
Apabila ditanya berkaitan Harapan beliau untuk pada masa yang akan datang, jawapannya penuh motivasi dan adakalanya membuatkan kita tersenyum melihatnya yang lebih kuat daripada kita. Jika mereka sendiri ada harapan dan usaha, malunya kita pada diri kita yang sempurna tetapi tidak menghargai dan berusaha.
Harapan saya untuk sembuh supaya dapat membantu umi dan abah saya
Umi dan abah tak pernah malu untuk membawanya ke mana sahaja malah berbangga mempunyai anak sepertinya walaupun pernah diejek dan dihina oleh masyarakat akibat kurang upaya, ujarnya lagi. Beliau sangat berterima kasih dan bersyukur dikurnia umi dan abah yang sangat prihatin dan menyayanginya.
Dia turut berkongsi akan mentaliti masyarakat dan kisah benar yang pernah terjadi dimana hanya 30% sahaja ibu bapa yang tidak menyembunyikan anak mereka berstatus OKU. Malah masih ada ramai ibu bapa yang malu dengan keadaan anak yang kurang upaya. Masih ada lagi mentaliti ibu bapa dan masyarakat sebegini, ia harus diberi perhatian dan kesedaran.
Saya juga ingin membantu dan memahami oku yang lain mengharungi segala cabaran hidup mereka sebab saya tahu, jadi O.K.U ni mngkin satu hal yang kecil dimata orang normal, tapi mmg amat sukar.
Michael banyak memberi motivasi dan pandangan terhadap masalah kawan-kawan oku yang lain dan membuatkan beliau disenangi ramai. Sebenarnya, kita semua sama. Tiada yang terlebih dan tiada yang terkurang.
Semua manusia di muka bumi ini diciptakan sempurna di mata Allah SWT. Terima kasih Shakirin Norzaidi yang sudi berkongsi kisah kehidupan peribadi OKU sejak kecil lagi. Rina doakan semoga urusan Shakirin dipermudahkan dan memperoleh kejayaan dunia akhirat.
Sedikit Titipan Atau Perkongsian Dari Shakirin (Michael Norzaidi)
ada satu post di kwn fb aku topik bertajuk "kenapa o.k.u cepat meninggal?".. aku taknak komen di ruangan fb dia sbab aku rasa hal ni perlu di share kan kpd golongan insan2 yg normal.. 70% kwn fb aku alhamdulillah (praise to god) sebab normal anggotanya..
1- Faktor Kesihatan (dari segi saraf) - ada satu kawan o.k.u pertama aku msa aku kecil.. nama ariff mninggal pada usia 12 tahun or 13 tahun akibat serangan kejang (nyetok).
apa yg aku nak ulas sikit kat sini, tubuh para o.k.u ni tidaklah sekuat org normal. Jika anda ada saudara mara or adik beradik yg slalu kejang (nyetok) please... bagi diorang rest cukup2.. jangan ganggu rehat mereka,. Aku sendiri pun pernah buat satu test nk tgk tahap tubuh aku ni blh ke tak setanding badan org normal.. mmg rasa perlu 100x tenaga bru setanding dgn org normal.. mmg bg diorang, thats just small matter, but kpd org mcm aku... berat.. btw aku sendiri pun sering kejang (nyetok)..
2 - Faktor Pergerakkan (kurang / tidak mampu bersenam)
yg ni pula, salah satu faktor yg boleh mendatangkan penyakit.. tak kira la penyakit apa sekali pun,. Mmg org o.k.u kurang dari 40% mmpu utk bersenam.. selebihnya mngalami masalah kesihatan.. ada yg kencing manis, darah tinggi dan sebagainya..
3 - Stress (tekanan / pressure)
tekanan / pressure juga merupakan salah satu ancaman bagi para o.k.u.. cer anda tanya o.k.u yg anda kenal "adakah mereka stress?" Mungkin ramai yg tak mengaku.. jawapannya mmg stress.. stress para o.k.u dia tak sama dgn stress org normal.. btul aku ckp ni.. aku penah ada kwn o.k.u dan dia pernah cerita, bila dia stress dia akan cederakan diri dia.. jadi mesti nyawa terancam jugak klau tak dibendung kan? Bagi mereka yg ada saudara mara o.k.u, klau blh jgn sesekali membuatkan mereka stress dgn keadaan mereka / keadaan sekeliling,, cari cara untuk bantu mereka hilangkan stress mereka.. mana tak stress kan, nak bergerak atau buat sesuatu pun sukar... btw... aku pun klau blh nk join rehab tu sbab aku stress ugak weyy sbab tak blh bntu fmily aku,,, hahaha... pstu nk buat aktiviti pun terhad.. (nak naik kerusi sendiri pun tak boleh)
4 - Faktor Kelahiran
yg ni memang slalu kita tgk kt akhbar, majalah, televisyen... jadi tak perlulah aku hurai byk2... ada yg pramatang dan sbgainya.. aku juga salah sorg bayi pramatang tersebut dan struggle byk bnda utk rasa mcm skrg.. tp credit kpd my mom, my dad yg slalu jaga siang mlm.. smpai x tidur mlm pn ada..
Itulah sedikit perkongsian daripada Shakirin, anda boleh ke Facebook beliau di sini.
1 ulasan:
kisah yang memberi motivasi untuk diri sendiri..good sharing rina!
Catat Ulasan