DUNIA KERTAS
Manusia diperakui dizaman ini oleh kerana kertas
Yg bergelaran tinggi disebabkan kertas
Yg disanjugi juga kerana kertas
Yg terpuji dan dikenali disebabkan kertas
Yg kaya raya dihormati kerana kertas
Untuk menjadi pandai dan cendikiawan kerana kertas
Kerana kertas kita semua diperakui didunia kertas
Sijil lahir...adalah kertas.
Ijazah...juga kertas.
Sijil nikah...kertas.
Paspor...kertas.
Surat kepemilikan harta...juga kertas.
WANG...kebanyakkan juga kertas.
Kehidupan kita layaknya hanya dikelilingi kertas-kertas
Seiring waktu berlalu, semua dirobek.
Kemudian dibuang dan dibakar.
Berapa banyak orang bersedih kerana "kertas-kertas" yg tidak dimilikinya
Dan berapa banyak orang begitu bahagia dengan "kertas-kertas" yang dimilikinya
Betapa gembiranya hati kerana ditangannya ada kertas
Betapa ramainya manusia lebih meyakin kepada kertas
Berapa ramai juga manusia lupakan Tuhannya disebabkan kertas
Boleh dikatakan kita manusia pernah melihat semua kertas disebut diatas
Meskipun tak pernah memiliki semua kertas
Tetapi...
Ada satu lembar kertas yang tidak mungkin dilihat oleh manusia itu sendiri
Iaitu, "SIJIL KEMATIAN" dirinya
" KEHIDUPAN MANUSIA DIDUNIA INI TAK UBAH UMPAMA KERTAS "
Cepat terkoyak
Senang terbakar
Sebab itu kehidupan manusia semua ada batasnya yang tidak mungkin dia mampu menjangkau waktu.
Ada dua hal yang tidak akan selamanya ada dalam diri seseorang manusia
Masa mudanya,
Dan kekuatannya.
Dan dua hal yang berguna untuk setiap manusia
Hati yg mulia, dan
Hati yg pemaaf,
Juga dua hal pula yang akan mengangkat darjat seseorang
Sikap rendah hati,
Dan....
Berbagi kasih.
Belajarlah punya prinsip hidup
Ada tiga fasa kehidupan yg ada dari kita semua
1. Masa muda kita punya
waktu dan kekuatan
tetapi tidak punya
"WANG".
2. Masa bekerja kita
punya wang dan
kekuatan, tetapi tidak
punya "WAKTU".
3. Masa tua kita punya
Wang dan punya waktu,
tetapi tidak punya
"KEKUATAN" lagi.
Gunakan kesempatan hidup sebaik-baiknya selagi masih bisa bernafas.
Kita selalu yakin bahwa kehidupan orang lain lebih baik dari kehidupan kita.
Dan orang lain pun meyakini, bahawa kehidupan kita jauh lebih baik dari dirinya.
Hal itu terjadi kerana kita melupakan (satu) hal terpenting dalam hidup, yaitu :
Bersikap "MENSYUKURI APA YANG SUDAH KITA MILIKI".
Oleh sebab itu...
Nikmatilah hidup,
Sebelum hidup tidak boleh di nikmati.
Dan selalu bersyukur atas segala nikmat & kurnia hidup.
Tidak penat pun perlu beristirehat.
Tidak kaya pun perlu bersyukur.
Sedarlah hidup itu pendek.
Pasti ada saatnya tamat.
Jangan tertipu dengan usia muda.
Kerana syarat mati tidak harus tua.
Jangan terpedaya dengan tubuh & badan sihat.
Kerana syarat mati tidak mesti sakit.
Teruslah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat baik.
Teruslah berbagi dalam kebaikan meskipun tidak ramai orang yang boleh memahamimu.
Kebaikan akan membawa kebahagiaan.
Kebahagiaan akan membawa berkah.
Keburukan akan membawa malapetaka.
Malapetaka akan membawa penderitaan. Yang panjang
Cobalah kita renung dan tinggalkan segala hal yang menyakiti orang lain.
Mungkin saja satu saat terhimbas di diri kita.
Salam kemaafan dariku...
3 ulasan:
betul, kerana kertas juga kita boleh binasa
deep sangat.
oh hi ray dah follow sini tau. sorry bru follow. lately busy sikit. thnk you follow ray ^^
ya Allah deep sangat
Catat Ulasan