TAZKIRAH: Papa Kedana Sehingga "Bertelanjang" Dalam Pakaian - RINA KIFLI

Rabu, 8 Mei 2019

TAZKIRAH: Papa Kedana Sehingga "Bertelanjang" Dalam Pakaian


Sahabat seakidah kesayanganku,

Muslim muslimah harapan ummah yang kini hidup bebas dan merdeka di tanah air kita yang aman dan dilimpahi kebahagiaan.  Jika di penjara sana atau mana2 pusat tahanan perang, muslimah yang beriman menangis mengharap secebis pakaian untuk menutup aurat, batin mereka terseksa untuk menjaga maruah.

Tubuh mereka merana kerana derita diperkosa.  Tapi keadaan sebaliknya berlaku pada remaja wanita muslimah kita di negara ini, disekitar kita.

Imej via [syahirul]


Sahabatku muslimah,

Apakah kita sudah tidak tahu erti pakaian sempurna menutup aurat itu untuk menjaga diri?  Tutup aurat dan tubuh sebagai perintah Allah.  Tergamakkah kita yang merdeka ini mendedahkan aurat dan diri "diperkosa" secara pandangan penuh noda mana- mana lelaki ?

Fikirkan lah,

Kita bukan la terlalu miskin hingga tak mampu membeli sehelai tudung menutup kepala. Kita bukan la terlalu fakir untuk membeli baju yang saiznya lebih besar longgar pada tubuh bila dipakai. 

Malah, kita bukan la terlalu papa untuk membeli kain yang tebal agar tidak nipis mendedah warna dan kulit pada tubuh.  Malah kita juga bukan terpenjara untuk " bertelanjang " tanpa mempedulikan maruah dan harga diri. 

Allah berikan kita aqal agar kita mampu berfikir dan membezakan tentang kejernihan dan kekeruhan disetiap perkara yang kita lakukan. Sedar la wahai sahabatku hawa..jaga aurat..jaga aurat..jaga lah aurat.

Imej via [mencarijalanbalik]

Tergamak juga kita abaikan perintah Allah kerana sedang asyik sibuk mengecap nikmat dunia. MasyaAllah..SOLAT.. Kita ada cukup masa, tempat dan segala kemudahan untuk sempurnakannya. Jadi, apa alasan kita?

Imej via [Sutera]

AL QURAN..

Bukan sekadar hiasan di hujung rak..... Atau didalam rumah membiarkan ia sepi tanpa disentuh dan dihayati samalah seperti kita melihatnya dicarik-carik syaitan dan nafsu dalam diri.

Astghfirullah halazim.

Maka, mari kita renung dan fikirkan lah.

Moga bermanfaat

#mogaAllahredha

Tiada ulasan: