2020, BLOGGING SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI? - RINA KIFLI

Jumaat, 31 Mei 2019

2020, BLOGGING SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI?

Ramai anak muda masih lagi bergiat memulakan penulisan blog dan website. Tak lupa juga generasi X Y atau generasi sebelumnya. Yang otai-otai tu memang tak dapat lepaskan dunia bogging. Zaman dahulu kala, kita kerapkali didengari dengan blogger femes, blogger top dan lain-lain.

Ya, still zaman sekarang pun masih ada. Tapi masih relevan dan sesuaikah setaraf dengan tahun mengecapi kemewahan negara, 2020? Wah gitu! Pendapat hati mengatakan, ya memang revelan malah dunia blogging boleh jadi berkembang dengan lebih mewah dan canggih lagi.


Image result for blogging
Bukan sahaja dari sistem blog, penulisan dan mindset penulis, tetapi juga dari segi cara buat duit, cara tulis blog dan manfaat dari blog yang bakal owner blog terima. 

Dulu, kita ada blogger best dan dikenali ramai, siapa kata sekarang sudah tidak lagi? Sekarang, blog-blog yang dikenali dan bertapak dalam dunia viral kebanyakan dari jenama / organisasi. Adakah ini salah satu sistem marketing? Marketing secara SEO, viral dan lain-lain. Boleh jadi! dan memang ya!

Pada tahun 2020 ini, ketahuilah masih ramai yang berjuang untuk menulis dan melepaskan gian dalam memberi pendapat di blog dan website masing-masing. Bezanya adalah dari sudut apa dan cara bagaimana kita semua membuka minda pembaca dan memudahkan urusan orang lain.

Semoga tahun 2020 ini adalah tahun kejayaan bagi semua penulis dan pembaca juga! 

5 ulasan:

ray berkata...

even skrg pun ramai yg tanya soalan yg sama.

Rina Kifli berkata...

Ya betul tu. Salam kenal :D

cikguzim berkata...

Ya sy rasamasih relevan..cuma kalau fb dan ig tu mcm dh ada boring skit da hehe

Husniey Husain berkata...

Aamiinnn.. Semoga ada lagi rezeki melimpah ruah untuk tahun akan datang..

Rina Kifli berkata...

oh begitu.. alhamdulillah kalau masih releven lagi :D