Menulis bukan sebab nak buat duit semata-mata. Menulis bukan untuk dikenali sebagai penulis atau blogger. Menulis juga bukan sekadar suka-suka dan meluahkan. Menulis untuk kepuasan.
Menulis ibarat seperti menuangkan air sedikit demi sedikit di dalam cawan untuk diminum. Sama ada ia diminum atau tidak, bergantung kepada jenis air. Air yang sedap dan manis adakalanya menjadi pilihan, namun air yang suam dan tawar juga mungkin terbaik untuk seseorang.
Begitulah hidup ini. Adakala kita ingin jadi lebih sempurna, tetapi kita terlupa tahap diri kita dan siapa kita. Mungkin kita harus positifkan diri dan jadi lebih baik, ya tapi jangan lupa cabarannya tetap akan ada.
Hidup ini terlalu subjektif, pelbagai andaian, persoalan dan perkara yang sentiasa berlegar-legar dalam arus kehidupan. Apa jua bakal berlaku selalunya adalah sesuatu yang tidak kita jangkakan.
Pujangga sendiri mengatakan cinta itu bahagia, lebih bernilai dari emas dan permata. Namun, takkan pernah kita mampu persadakan cinta tersebut selamanya. Kenapa? Kerana kehidupan dan realiti tak seindah yang kita inginkan.
Jika diberi kertas untuk anda menulis masa hadapan anda dan direalisasikan sepenuhnya, mampukah anda menulis dengan lengkap tanpa ada tertinggal? Yakinlah, sudah pasti tidak mampu kerana dunia ini tidak pernah cukup dengan kemewahan, harta dan keinginan.
Apakah yang anda cari dalam kehidupan yang sementara ini?
Isnin, 8 April 2019
Apakah Yang Anda Cari Dalam Kehidupan Sementara Ini?
Penulis Rina Kifli
Passion dalam berkongsi tips penulisan dan perniagaan serta membantu menaikkan perniagaan anda dengan penulisan bisnes untuk usahawan profesional dan start-up. Hubungi saya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan