Pernahkah anda mendengar nama-nama besar dalam penulisan misalnya Stephen King, J.K Rowling, James Patterson, Paulo Coelho dan penulis tempatan nombor 1 di Malaysia Ramlee Awang Mursyid? Tokoh-tokoh ini bukan sahaja mampu menempah nama mereka di persada dunia penulisan malah mereka berjaya mendedikasikan hidup mereka dengan menulis.
Bahkan dengan hanya duduk diatas bangku sambil menaip setiap hari mereka mampu menyara hidup dan mendapat hasil yang lumayan. Namun begitu, tidak hanya bakat dan latihan menulis sahaja anda boleh menjadi seperti mereka, anda harus tahu cara yang betul bagaimana membuat duit dengan menulis novel, cerpen dan seangkatan dengannya.
1. HASILKAN DAN JUAL KARYA ANDA
Pastinya cara terbaik adalah menghasilkan serta menerbitkan karya anda. Tak kisahlah sama ada dalam bentuk novel, kumpulan cerpen atau sajak, buku cerita dan macam-macam lagi. Untuk menerbitkan sesebuah novel anda mempunyai 2 pilihan iaitu terbitkan sendiri buku anda atau mencari syarikat penerbitan buku.
TERBITKAN NOVEL DENGAN SYARIKAT PENERBITAN
Pertama cara menerbitkan melalui syarikat penerbitan, anda harus menyiapkan manuskrip mengikut ciri kriteria atau format yang ditetapkan sesebuah syarikat penerbitan misalnya bilangan jumlah huruf, tema cerita, gaya bahasa dan segala yang ditetapkan oleh mereka.
Pastikan anda buat sehabis baik dan sebelum menghantar karya anda, sebaiknya anda membuat semakan terlebih dahulu. Bukan senang untuk ambil hati penerbit, bahkan novel Harry Potter yang ditulis oleh J.K Rowling juga ditolak hampir 13 kali oleh penerbit.
TERBITKAN NOVEL SENDIRI
Selain itu anda juga boleh menerbitkan novel anda dengan sendiri atau dikenali sebagai self publish. Secara ringkasnya cara self publishing adalah anda perlu siapkan manuskrip anda dan melalui proses suntingan terlebih dahulu kemudian memilih cover serta melalui proses layouter.
Sememangnya cara ini memerlukan modal yang cukup. Jika karya anda berkualiti anda akan mendapatkan royalti yang berbaloi mengikut jumlah cetakan. Itu belum kira jika ada pengarah ingin mengadaptasikan novel anda ke filem ataupun drama.
2. MENJADI GHOSTWRITER BAGI PENULIS LAIN
Ghostwriter? Bunyinya amat menyeramkan bukan? Jangan risau ia tidak melibatkan mana-mana makhluk halus ataupun Hantu Kak Limah. Ghostwriter adalah penulis profesional yang bekerja dan dibayar untuk menulis disebalik bayangan nama penulis lain. Tak kiralah novel, cerpen, artikel dan apa saja jenis buku. Sudah banyak tokoh besar mahupun penulis hebat menggunakan jasa ghostwriter.
Antara buku yang menggunakan jasa ghostwriter adalah buku autobiografi Henry Ford. Jika anda mampu menulis mengikut lenggok perkataan, gaya bahasa dan format orang lain mungkin pekerjaan ini sesuai buat anda. Di luar negara perkhidmatan ini amat diperlukan bagi membantu seseorang penulis itu menyiapkan 2-3 naskah dalam setahun.
3. MENYERTAI PERTANDINGAN MENULIS
Di Malaysia, saban tahun dan tempat akan diadakan pertandingan menulis. Bahkan sejak dari sekolah rendah lagi pertandingan menulis sudah dipupuk. Jangan memandang remeh pada pertandingan penulisan kerana seorang penulis yang baik akan mengambil peluang keemasan ini.
Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan. Jika kemenangan menjadi milik anda, bukan sahaja hadiah anda akan menangi malah nama anda juga akan melonjak di dalam dunia penulisan. Bukan itu saja, sesetengah syarikat penerbitan seperti Buku Fixi misalnya akan menerbitkan karya yang memenangi pertandingan sekaligus memberikan royalti buat anda.
4. MENULIS DI BLOG
Jika anda benar-benar menulis secara konsisten, blog juga boleh menjadi platform buat anda untuk mendapatkan duit. Kebanyakan pendapatan dari blog yang paling besar datangnya dari mempromosikan produk-produk yang menawarkan program affiliate.
Sedikit tips buat anda, sekiranya anda ingin menjana pendapatan melalui program affiliate dinasihatkan agar jangan memfokuskan pada satu program semata-mata. Sebaiknya buatlah seberapa banyak program yang anda mampu. Mungkin kedengaran agak meletihkan, namun seseorang yang mencintai dunia penulisanan tidak akan jemu melakukannya dan pasti bermanfaat buat anda.
5. MENJADI PENULIS FREELANCE ATAU MENULIS IKLAN
Walaupun ia agak lari daripada tajuk tetapi menulis iklan dan artikel sambilan masih berada di dalam cakupan industri penulisan. Ini adalah cara yang paling mudah dan selalunya pelajar universiti suka melakukannya. Anda boleh mengambil upah daripada usahawan untuk menulis iklan atau copywriting.
Di samping itu, anda juga boleh bekerja untuk menulis artikel bagi blog-blog yang menawarkan perkhidmatan ini. Dan bayarannya pun tak kalah hebatnya. Pekerjaan seorang penulis hanyalah mencari idea dan terjemahkan dalam bentuk pengolahan kata. Senang bukan.
Untuk ingin terus maju dan melihat wang dibank anda bertambah dengan hasil penulisan, seharusnya anda mesti mempunyai tekad dan semangat yang kuat. Jika anda seorang pemula jangan bermimpi dan bandingkan diri anda dengan tokoh-tokoh penulisan terkemuka, anda tidak tahu betapa sulitnya mereka melalui jerih payah sebelum membuahkan hasil.
Untuk berjaya membuat duit dengan novel dan cerpen anda tak perlu menghadiri kelas teknik penulisan yang mantap atau menjadi anak murid kepada penulis novel terkemuka, cukuplah anda mempunyai dua ini. Iaitu doa dan keghairahan dalam menulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan