5 Cara Buat Duit Dengan Menulis Novel Atau Cerpen


Pernahkah anda mendengar nama-nama besar dalam penulisan misalnya Stephen King, J.K Rowling, James Patterson, Paulo Coelho dan penulis tempatan nombor 1 di Malaysia Ramlee Awang Mursyid?

Tokoh-tokoh ini bukan sahaja mampu menempah nama mereka di persada dunia penulisan malah mereka berjaya mendedikasikan hidup mereka dengan menulis. Bahkan dengan hanya duduk diatas bangku sambil menaip setiap hari mereka mampu menyara hidup dan mendapat hasil yang lumayan.

Namun begitu, tidak hanya bakat dan latihan menulis sahaja anda boleh menjadi seperti mereka, anda harus tahu cara yang betul bagaimana membuat duit dengan menulis novel, cerpen dan seangkatan dengannya.


Image result for novel cerpen
Imej via [Google]


1. Hasilkan dan Jual Karya Anda

Image result for karya novel

Pastinya cara terbaik adalah dalam menghasilkan serta menerbitkan karya anda. Tak kisahlah
sama ada dalam bentuk novel, kumpulan cerpen atau sajak, buku cerita dan macam-macam
lagi.  Untuk menerbitkan sesebuah novel, anda mempunyai 2 pilihan iaitu terbitkan sendiri buku
anda atau mencari syarikat penerbitan buku. 


Terbitkan Novel Melalui Syarikat Penerbitan


Pertama cara menerbitkan melalui syarikat penerbitan, anda harus menyiapkan manuskrip
mengikut ciri kriteria atau format  yang ditetapkan sesebuah syarikat penerbitan misalnya
bilangan jumlah huruf , tema cerita, gaya bahasa dan segala yang ditetapkan oleh mereka.

Pastikan anda buat sehabis baik dan sebelum menghantar sebaiknya membuat semakan
terlebih dahulu. Bukan senang untuk ambil hati penerbit, bahkan novel Harry Potter yang
ditulis oleh J.K Rowling juga ditolak hampir 13 kali oleh penerbit.

Image result for novel cerpen
Imej via [Pastiguna]


Self Publish Novel Anda



Selain itu anda juga boleh menerbitkan novel anda dengan sendiri atau dikenali sebagai self
publish. Secara ringkasnya cara self publishing adalah anda perlu siapkan manuskrip anda dan
melalui proses suntingan terlebih dahulu kemudian memilih cover serta melalui proses layouter.

Sememangnya cara ini memerlukan modal yang cukup. Jika karya anda berkualiti anda akan
mendapatkan royalti yang berbaloi mengikut jumlah cetakan. Itu belum kira jika ada pengarah
ingin mengadaptasikan novel anda ke filem ataupun drama.


2. Menjadi Ghostwriter Bagi Penulis Lain


Ghostwriter? Bunyinya amat menyeramakan bukan? Jangan risau ia tidak melibatkan
mana-mana makhluk halus ataupun Hantu Kak Limah. Ghostwriter adalah penulis profesional  
yang bekerja dan dibayar untuk menulis disebalik bayangan nama penulis lain. Tak kiralah
novel, cerpen, artikel dan apa saja jenis buku.

Sudah banyak tokoh besar mahupun penulis hebat menggunakan jasa ghostwriter. Antara
buku yang menggunakan jasa ghostwriter adalah buku autobiografi Henry Ford. Jika anda
mampu menulis mengikut lenggok perkataan, gaya bahasa dan format orang lain mungkin
pekerjaan ini cocok buat anda.

Di luar negara perkhidmatan ini amat diperlukan bagi membantu seseorang penulis itu
menyiapkan 2-3 naskah dalam setahun.




3. Menyertai Pertandingan Menulis


Di Malaysia, saban tahun dan tempat akan diadakan pertandingan menulis. Bahkan sejak
dari sekolah rendah lagi pertandingan menulis sudah dipupuk. Jangan memandang remeh
pada sayembara penulisan kerana seorang penulis yang baik akan mengambil peluang
keemasan ini. Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan.

Jika kemenangan menjadi milik anda,bukan sahaja hadiah anda akan menangi malah nama anda juga akan melonjak didalam dunia penulisan. Bukan itu saja, sesetengah syarikat penerbitan seperti Buku Fixi misalnya akan menerbitkan karya yang memenangi sayembara sekaligus memberikan royalti buat anda.




4. Menulis di Blog


Jika anda benar-benar menulis secara konsisten blog juga boleh menjadi platform buat anda
untuk mendapatkan duit. Kebanyakan pendapatan dari blog yang paling besar datangnya dari
mempromosikan produk-produk yang menawarkan program affiliate.

Sedikit tips buat anda, sekiranya anda ingin menjana pendapatan melalui program affiliate
dinasihatkan agar jangan memfokuskan pada satu program semata-mata. Sebaiknya buatlah
seberapa banyak program yang anda mampu.

Mungkin kedengaran agak meletihkan, namun seseorang yang mencintai dunia penulisanan
tidak akan jemu melakukannya dan pasti bermanfaat buat anda.


5. Menjadi Penulis Freelance Atau Penulis Iklan

Walaupun ia agak lari daripada tajuk tetapi menulis iklan dan artikel sambilan masih berada
didalam cakupan industri penulisan. Ini adalah cara yang paling mudah dan selalunya pelajar
universiti suka melakukannya.
Anda boleh mengambil upah daripada usahawan untuk menulis iklan atau copywriting.
Disamping itu, anda juga boleh bekerja untuk menulis artikel bagi blog-blog yang menawarkan
perkhidmatan ini.

Bayarannya pun tak kalah hebatnya. Pekerjaan seorang penulis hanyalah mencari idea
dan terjemahkan dalam bentuk pengolahan kata. Senang bukan.
Untuk ingin terus maju dan melihat wang dibank anda bertambah dengan hasil penulisan,
seharusnya anda mesti mempunyai tekad dan semangat yang kuat. Jika anda seorang pemula
jangan bermimpi dan bandingkan diri anda dengan tokoh-tokoh penulisan terkemuka, anda
tidak tahu betapa sulitnya mereka melalui jerih payah sebelum membuahkan hasil.

Untuk berjaya membuat duit dengan novel dan cerpen anda tak perlu menghadiri kelas teknik
penulisan yang mantap atau menjadi anak murid kepada penulis novel terkemuka, cukuplah
anda mempunyai dua ini. Iaitu doa dan keghairahan dalam menulis.

Selain menulis novel atau cerpen, cara buat duit yang lebih mudah dan cepat juga adalah dengan
menjadi seorang blogger. Anda hanya perlukan internet dan blog sahaja. Mudah sangat, harini
pun anda sudah boleh jadi seorang blogger dengan mengikuti Info Lengkap Cara Buat Blog yang
betul sehingga berjaya! Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

0 Ulasan