Salam semua pembaca,
Apalah nilai $ bagi seorang writer picisan seperti saya? Pastilah nilai 10 sen pun sangat-sangat berharga! Bagaikan durian runtuh, saya telah dilamar oleh sebuah site/website untuk menulis artikel berkaitan niche Travel (Tempat menarik di Malaysia dan Seluruh Dunia) secara full time bersama mereka. Sekarang baru ada masa free nak update this projek.
Full time tidak bermakna harus pergi ke pejabat dan harus menulis setiap hari. Tawaran diberi untuk menulis lebih kurang 35 artikel sahaja sebulan dan publish ke website mereka. Dengan pengalaman yang telah ada, alhamdulillah 35 artikel bukanlah satu masalah bagi saya. Ia boleh dilakukan dalam masa dua minggu sahaja atau weekend sahaja pun masih sempat. Cuma selepas ini, Rina kena manage dan schedule jadual semula supaya masih lagi konsisten menulis di sini.
Alhamdulillah Payment pertama telah saya terima dari client Travel ini. Sekarang akan terus sambung tulis untuk bulan februari, march dan sebagainya. Oh ya, ramai tertanya-tanya macam mana boleh dapat job ini? Sebagai penulis, pentingnya portfolio penulisan korang. Ramai blogger minta nak jadi penulis tapi hanya provide link blog sahaja untuk tatapan client, sebenarnya Rina amat-amat tak prefer langsung cara tu.
Buatlah 1 portfolio korang sendiri kerana client top akan melihat portfolio penulisan dan juga resume korang untuk hire sebagai penulis. Insyallah dalam kesempatan lain, rina akan ajar cara buat portfolio penulis dan lain-lain lagi.
Pengalaman menulis niche travel yang dah Rina dapat memberi banyak pengajaran dan inspirasi pada masa akan datang sebab Rina pun masih belajar lagi dan dalam masa yang sama masih improve (dari masa ke semasa) Alhamdulillah client berpuas hati dan suka berkongsi ilmu untuk Rina lebih improve atau menulis dengan baik lagi.
Ok. After tulis entry ni, mulalah kerja hari ni Rina nak siapkan artikel niche Travel tu.
Semoga semua urusan Rina dan korang dipermudahkan. Amin.
Jemput baca Bagaimana Saya Menjadi Penulis Bebas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan