Win! Komen Terbaik Netizen | Trailer Operasi X Movie, Filem Terbaik 2018 - RINA KIFLI

Sabtu, 3 November 2018

Win! Komen Terbaik Netizen | Trailer Operasi X Movie, Filem Terbaik 2018



                  

Tak sangka Trailer Filem Operasi X The Movie yang merupakan filem terbaru 2018 telah menggemparkan para netizen di seluruh Malaysia. Para keyboard warrior serta peminat laman sosial yang bertandang ke video trailer Operasi X the Movie yang viral baru-baru ini telah meninggalkan jejak dan komen terbaik untuk dijadikan tatapan anda semua. Filem terbaik 2018 Operasi X Movie ini adalah terbitan Dream Picture Production yang diarah oleh Sandosh Kesavan serta diterbitkan oleh Zarina Sham, Ali Nathan, Elson Tommas & Norhanisham Muhammad.

Pasti anda tertanya-tanya apakah filem terbaik 2018 yang sedang hangat diperkatakan ini? Operasi X Movie adalah filem terbaru 2018 Malaysia yang mempunyai genre berkaitan jenayah dan bertakhtakan aksi disamping mengutamakan jalan cerita yang sangat menarik, namun ia bukan sejenis kategori filem aksi, cuma ia mengandungi aksi. Aksi pelakon yang mendebarkan penonton dan buat para penonton menjadi semakin excited mengundang reaksi netizen yang pelbagai.  Perghhh, itu baru tengok video trailer Operasi X Movie. Belum tengok full movie Operasi X ini lagi!




Sebelum berceloteh lebih lanjut, mari kita lihat video trailer Operasi X Movie yang berjaya mendapatkan lebih dari 1 Juta View atau tontonan di laman media sosial facebook dalam beberapa hari.  Untuk pengetahuan anda, video trailer Operasi X Movie ini telah ditonton lebih dari 100K di Youtube, telah hit 1 Juta tontonan di Facebook dan beratus ribu riban view di Instagram juga sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Jadilah peminat setia dengan follow Operasi X di Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram mereka untuk mengetahui perkembangan terkini mereka.  


Jom kita tonton Trailer Operasi X Movie, Filem Terbaru 2018




Wow, terujanya tengok Trailer Operasi X The Movie ni! Memang unexpected bila pelakon-pelakon untuk filem terbaik 2018 ni adalah pelakon lama yang sangat best, legend dan otai-otai.  Rata-rata netizen memberi komen masing-masing berkenaan trailer Operasi X The Movie dan komen mereka untuk Operasi X Movie memang sangat Win dan sungguh mencuit hati! Boleh dikatakan inilah komen-komen terbaik netizen untuk Operasi X Movie, Filem Terbaru 2018 ini.  Jom kita tengok satu persatu komen netizen tentang Operasi X Movie ini.














Ramai lagi netizen yang tertanya-tanya tentang watak pelakon yang dimainkan dalam Operasi X Movie, tak lain tak bukan adalah Gandingan Dato Awie dan Dato Aaron Aziz!  Nak tahu bagaimana Awie dan Aaron beraksi, kena tonton full Operasi X Movie yang akan ditayangkan pada 1 November 2018 ini.  Yang penting, Awie dah macam Rajinikhan bak kata netizen!







Pelakon Yang Terlibat Dalam Operasi X Movie 


Antara pelakon Operasi X Movie adalah Datuk Awie, Datuk Aaron Aziz, Dato Yusof Haslam, Hanna Aqeela , Hairul Azreen, Hefny Saad ,Hairi Safwan, Shima Aris, Amerul Affendi, Nashra ,Nasir Bilal Khan , Rahhim Omar, Gbob, Azzahra Ahmad dan juga Zaidi Omar.  







Selain Awie dan Aaron Aziz, lakonan Nasir Bilal Khan dan Yusof Haslam juga amat dinanti-nantikan oleh peminat mereka yang sememangnya tertunggu-tunggu filem terbaru 2018 yang penuh isu kemasyarakatan dan kepolisan ini. Bukan itu sahaja, Operasi X Movie ini juga merupakan Filem atau kategori Movie pertama lakonan Hefny Saad yang selama ini telah banyak berlakon dalam kategori drama dan rancangan televisyen.  Mungkin filem terbaru 2018 ini merupakan salam perkenalan Hefny Sahad untuk peminat-peminatnya? 










Kalau dilihat pada Video Trailer yang berdurasi selama 1.22 minit, jalan cerita filem terbaik 2018 ini seakan-akan bersifat rancak, lancar dan menarik serta tidak membosankan.  Trailer Operasi X mempunyai gaya tarikan yang tersendiri seperti gerakan video slow motion dan aksi mencemaskan, aksi serta nada yang suspend, pergerakan part lawan-lawan yang menjadikan filem ini dikelilingi penonton yang memerhati setiap langkah pelakon, part teknikal yang melibatkan latar belakang, video editing serta teknologi-teknologi yang digunakan dalam konsep pertahanan, kepolisan serta kesan atau effect pada cerita yang ditampilkan.  

Belum jelas jalan ceritanya jika anda belum menonton filem Operasi X yang penuh.  Jom saya sajikan jalan cerita serta sinopsis filem terbaik 2018 ini. 






Sinopsis Operasi X Movie


                                          

ASP Redzuan yang telah menyaksikan kematian sahabat baiknya telah meninggalkan dunia siasatan dan kerjayanya dengan membawa diri ke sebuah pulau yang dirahsiakan bagi menyembunyikan identitinya. ASP Redzuan bukan sahaja jatuh cinta dengan pulau didiaminya malah dia telah jatuh cinta pada Cikgu Ayu.

Suatu hari, Dato' Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman menjejaki ASP Redzuan telah membongkar siapakah dalang yang telah mengakibatkan kematian sahabatnya itu. 

ASP Redzuan diberi tanggungjawab untuk mengetuai operasi yang dikenali sebagai Operasi X dan dia harus kembali ke dunia siasatan jenayah bagi mengetuai operasi menumpaskan penjenayah iaitu Geng Belut yang kini semakin berleluasa dan menjadi-jadi di rantau ini.

ASP Redzuan digandingkan dengan sekumpulan ahli yang mempunyai kepakaran masing-masing iaitu Janggut si hacker, Nash pakar penyamaran, Pablo terlatih dalam seni mempertahankan diri dan Ali Mat pemandu handalan.  Kebijaksanaan dan kepakaran Polis Diraja Malaysia telah dapat menumpaskan "Raja Seludup Antarabangsa" iaitu Geng Belut yang disebutkan tadi.  







Dialog Best Dan Terbaik Dalam Trailer Operasi X Movie 


Boleh tak nak review pasal dialog dalam Trailer Operasi X Movie ni? Bukan apa, memang dialog dia pun buat saya tertarik sangat.  Anda perasan tak apa dialog yang diperkatakan dalam video trailer Operasi X Movie ini? Sampai sekarang memang terngiang-ngiang dalam telinga dan hati saya ni dan saya percaya pasti netizen-netizen yang menonton video trailer ini di laman sosial juga sama-sama terhibur dan suka dialog ini.


I... Myself... Will bring the drug.. Because I... The king of Smuggler

Setiap detik, setiap pergerakan kau, Satu nyawa akan terkorban

Musuh...memang perlu dihapuskan


Aaron:  Kau nak aku kan?
Awie:  Kau ingat aku Gay?


Kau monitor nombor telefon dia, segala pergerakan dia, aku nak tahu


Time time ni la kau nak babit (betul ke tu?), time time ni la kau nak lap


I tak biasa la berhadapan pandang mata orang 






Sungguh tak dapat dinafikan, komen-komen netizen setelah menonton Trailer Operasi X Movie dan juga movie full filem terbaik 2018 ini memang menggambarkan perasaan teruja yang amat.  Trailer Operasi X Movie filem terbaru 2018 ini sangat gempak dan dipersetujui sebagai sesuatu trailer yang membuatkan netizen mempunyai pelbagai persoalan dan jawapannya adalah anda harus menonton filem terbaik 2018 ini di pawagam!  Filem terbaru 2018 ini bukanlah seperti perumpamaan rantai besi dimakan bubuk atau sesuatu yang tidak logik, kerana ia berkisarkan tentang isu semasa dan kisah kehidupan masyarakat yang sememangnya berlaku dalam negara kita.

Filem terbaru 2018 yang penuh dengan isu kemasyarakatan, kekeluargaan, persahabatan, kerjaya, percintaan serta diselitkan dengan aksi pertahanan dan konsep kepolisan ini dapat meningkatkan kualiti dan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat yang pelbagai kaum dan umur.  Operasi X Movie sesuai ditonton oleh semua peringkat umur sama ada yang masih bersekolah rendah, menengah, berumur bawah dan atas 18 tahun, golongan dewasa, tua dan sesiapa sahaja.

Majulah Industri Perfileman Untuk Negara



Sejujurnya, saya merasa bangga dengan filem terbaru 2018 yang diterbitkan oleh Dream Picture Production yang telah melancarkan Operasi X Movie pada 1 November 2018.  Tahniah diucapkan kepada pihak produksi Dream Picture Production atas filem terbaru 2018 iaitu filem pertama terbitan mereka. Saya sangat kagum dengan pihak Dream Picture Production kerana sentiasa melayan kerenah peminat di laman sosial mereka terutamanya Twitter Operasi X Movie dan sangat mesra! Seronoknya kalau dapat jadi artis dan berlakon under mereka kan! Wah, berangan pula.






Antara Hidup Dan Mati Dalam Operasi X Movie

Antara hidup dan mati sudah sebati sebagai tagline atau kata-kata perangsang penceritaan Operasi X Movie. Untuk pengetahuan anda, sebagai seorang netizen yang suka menonton filem horror dan advance, saya suka statement Antara Hidup dan Mati yang dibawakan dalam filem Operasi X Movie ini, Sekurang-kurangnya ia memberi gambaran pada full movie yang akan kita tonton nanti iaitu pasti ada adegan lawan-lawan dalam operasi X ini yang menyebabkan hidup atau mati. Just simple but educated movie sebab ia melibatkan watak seperti Polis Diraja Malaysia dan penjenayah terbesar dalam penyeludupan serta lain-lain lagi.





Paling Win Sekali Adalah......






Dalam masa keseronokan kita melayan trailer yang gempak ini, kita turut terhibur dengan pendapat netizen lain berkenaan dengan Movie orang-orang sado ini! Kalau macam tu, Pasti ramai wanita dan peminat gigirls yang membanjiri pawagam  sebab tak sabar nak tengok orang-orang sado kan?


Antara Barisan Pelakon Yang Sado Dan Gempak! Wow!



Jom saya senaraikan antara persoalan anda yang baru menonton trailer Operasi X ini untuk menggembar-gemburkan lagi filem terbaru 2018 ini diminda anda sehingga anda sendiri perlu menonton wayang filem ini.

Antara Persoalan Yang Tak Sabar Nak Dapatkan Jawapan Dengan Menonton Sendiri Operasi X Movie

Kenapa Filem Terbaru 2018 ini dinamakan Operasi X Movie?

Siapa watak Nasir bilal khan, hairul azreen, awie, aaron dalam movie ini?

Movie ini ada scene kelakar atau tidak membosankan ke?

Apa kesudahan cerita Operasi X ini? Siapa yang akan mati? Adakah orang yang akan mati?

Siapa rakan perisikan Awie atau yang menjadi watak antogonis dalam Operasi X?

Adakah Awie dan Aaron Aziz ni boleh berlawan dalam filem yang mempunyai aksi polis-polis seperti ini?


JOM TONTON MOVIE INI DI PAWAGAM BERDEKATAN ANDA


Lagu 'Lari'  |  Operasi X Movie



Oh ya, lagu berjudul 'Lari' adalah lagu bagi filem terbaik 2018 ini dan merupakan OST untuk Operasi X Movie.  Lagu komposer Jay dan lirik oleh Shazliey Lee ini dinyanyikan oleh Datuk Awie Ft McFaz Stylo Fellaz.  Jom ikuti video lagu 'Lari' yang sangat best dan dihiasi dengan Rap!

Awie Ft McFaz Stylo Fellaz




Klik Gambar di bawah untuk ke Facebook Operasi X Movie

1 ulasan:

mamapp berkata...

Mmg best sebab semua oelakon mmg berhajat sgt