Assalamualaikum semua,
Tips Belajar Bahasa Arab ini dikeluarkan oleh Kak Ad, seorang kawan di Wasap Group Niqab Malaysia. Perkongsian ini akan membantu anda yang berminat belajar bahasa arab secara mudah, berkesan dan pantas. Insyallah.
Jom ikuti Tips Belajar Bahasa Arab!
TIPS BELAJAR BAHASA ARAB #1 - MINAT
Mesti ada MINAT. kalau tak minat, macam mana kita nak belajar bahasa arab. Betul tak? Tak banyak pun, asalkan ada. Dan minat tu kita kena pupuk untuk lebih mendalam lagi
TIPS BELAJAR BAHASA ARAB #2 - RAJIN
RAJIN. Rajin cari artikel bahasa arab, rajin buka kamus, rajin dengar audio @ video arab, rajin bertanya dan juga anda kena rajin praktikkan.
TIPS BELAJAR BAHASA ARAB #3 - FAHAM
FAHAM BUKAN HAFAL. Macam kaedah nahu @ sorof. Jangan sesekali kita hafal. Bilamana kita hafal, kita mudah lupa. Jadi kita kena bagi faham. Bilamana kita faham, memang kita tak akan lupa. Macam mana nak bagi faham? semak tips yang kedua tadi 😉
TIPS BELAJAR BAHASA ARAB #4 - ADA KAMUS
ADA KAMUS. bilamana terjumpa kalimat yang kurang tahu makna, anda wajib dan boleh rujuk kamus. Tak kira jenis kamus macam mana pun, tetap sama je isi dalam tu. Anda boleh beli yang simple dahulu pun tak apa, tiada masalah.
TIPS BELAJAR BAHASA ARAB #5 - BUKU NOTA / CATITAN
ADA BUKU NOTA SAMPINGAN. Buat yang kecil pun tak apa. kalau boleh ada lebih catitan. Khaskan untuk kalimat baru, nahu, sorof, ikrob, balaghah dan lain-lain lagi supaya nanti kita mudah nak semak. Takde la nampak bercelaru dan tak faham nanti. 😇
TIPS BELAJAR BAHASA ARAB #6 - PRAKTIKKAN
PRAKTIKKAN. Kita dah tahu buat ayat, kita juga dah cuba bercakap bunyinya. Jangan risau pasal salah nahu. Dalam penulisan sahaja dititikberatkan nahu, dalam perckpan tidak. Jadi, jangan risau jika anda salah. Dah nama pun belajaq kan?
TIPS BELAJAR BAHASA ARAB #7 - USAHA
USAHA. Usahalah untuk buat 1 hari 1 ayat. Anda boleh buat dalam bahasa melayu dahulu. Kemudian tulis kat bawah kalimat tadi dalam bahasanya. Nanti lama-lama pandai susun ayat yang betul.
TIPS BELAJAR BAHASA ARAB #8 - BUAT TABLE
BUAT TABLE. Bila jumpa je kalimat baru, tulis kata seerti, kata lawan dan kata akar.
TIPS BELAJAR BAHASA ARAB #9 - JANGAN MALU BERTANYA
JANGAN MALU BERTANYA. Malu bertanya, sesat jalan. Kalau malu juga, kita jugak yang rugi kan?
Jom Belajar Bahasa Arab Bersama Ustazah Ad
Klik Wasap wasap.my/60193867583
Klik Wasap wasap.my/60193867583
Klik Wasap wasap.my/60193867583
Tiada ulasan:
Catat Ulasan