QIBTIYYAH EXCLUSIVE sangat popular dalam kalangan para muslimah Malaysia yang berniqab atau berpurdah, dalam erti kata lain, Qibtiyyah Exclusive ini adalah jenama niqab yang merupakan pengeluar niqab terbaik di Malaysia. Pelbagai jenis niqab yang ditawarkan oleh Qibtiyyah Exclusive dalam menyasarkan pemakaian sunnah isteri Rasulullah SAW ini berkembang di serata dunia.
Biarpun baru sahaja berniqab dalam tahun 2018 ini, niqab dari QIBTIYYAH EXCLUSIVE ini menjadi pilihan saya! Oh ya, ini adalah niqab kedua yang saya pakai. Yang pertama, beli di kedai-kedai berhampiran Masjid India sahaja. Banyak sangat sebab kenapa saya teruja sangat nak cuba niqab Qibtiyyah Exclusive ini. Sebelum tu, mari kita lihat pelbagai jenis niqab Qibtiyyah Exclusive yang ditawarkan oleh pengeluar niqab terbaik di Malaysia ini.
Pada mulanya teringin nak pakai semua ni, hihi, akhirnya beli la 2 jenis niqab Qibtiyyah Exclusive iaitu Niqab Qayla dan juga Niqab Qibtiyyah. Niqab Qayla yang berbentuk V di bahagian dahi dan berenda dihujung tudung belakang manakala niqab Qibtiyyah pula yang tutup dahi dan sama saiz bahagian belakang serta boleh adjust untuk dibawa ke tepi. Ramai orang salah sangka kadang-kadang, mereka fikir pakai macam-macam jenis pattern niqab ni adalah untuk bergaya, sebenarnya tidak begitu. Bila dah pakai, barulah saya faham.
Yang bawa niqab atau kain labuh belakang tu ke tepi atau biarkan ke belakang tu, adalah untuk menyama ratakan dengan tudung. Kadang-kadang tudung dalam tu warna hitam, jadi nak hitam juga niqab. Kadang-kadang tudung warna lain, kita rasa janggal sebab tak sama warna, tak selesa atau lebih suka nampak warna hitam lebih di hadapan, jadi dipakai bawa ke depan atau tepi. Bergantung kepada niat seseorang jugalah. Tapi yang penting niat nak kemaskan, tiada masalah.
Saya lebih memilih Qayla sebab dia tutup dahi bentuk V, rasa lebih selesa, cukup-cukup muat, tak perlu adjust banyak lagi dan terletak dengan sempurna. Itu pendapat sayalah. Lain orang lain pendapat. Dan yang penting suami suka sangat tengok saya pakai niqab Qayla ni. Memang best sangat. Dahla selesa.
Apapun, niqab Qibtiyyah adalah The Best Seller, memang ramai suka sebab dia boleh bawa ke tepi dan boleh adjust ke belakang. Nak jadikan labuh sama macam tudung pun boleh.
Selain tu, Niqab QIBTIYYAH EXCLUSIVE juga menampilkan niqab Elma dan juga niqab atau Purdah Rayna. Semua ni cantik-cantik, ada banyak pilihan warna pula tu. Seriusly kalau nak pakai untuk kenduri kahwin atau majlis penting, memang saya pilih semua niqab dari QIBTIYYAH EXCLUSIVE ni.
Yang Paling best dan menarik, niqab Elma, dulu rasa tak de keperluan nak pakai dan tak berminat langsung warna-warni ni. Tapi percayalah bila ada keperluan macam saya barulah nak cari niqab Elma ni. Keluarga nak buat kenduri kahwin sepupu, pastu semua tudung tema pink, kita pun takda tudung pink, yang ada pun selendang dulu kala yang tak sesuai. Naseb baik ada niqab elma ni, so dapatlah sama-sama bertema pink dengan saudara mara.
Macam-macam warna ada tu, pilih saja nak yang mana. Bab harga jangan risau, memang berpatutan dan mampu milik. Kualiti dia lagilah perghhh guna kain aritachi! Patutlah sepanjang pakai niqab Qibtiyyah Exclusive, tak pernah ada masalah apa-apa. Tapi kalau pakai jenama biasa-biasa rasa kain tak selesa, tak sepadan dengan hidung. huuu. Alhamdulillah. Thanks sangat sebab adanya niqab Qibtiyyah Exclusive ni. Pengeluar niqab terbaik di Malaysia!!!
QIBTIYYAH EXCLUSIVE KESAYANGAN SAYA SAMPAI (FLASHBACK)
PAKAI MASA KENDURI NAK BERTEMA PINK DENGAN SEDARA MARA
NIQAB QAYLA YANG SUPER DUPER SELESA DAN SUKA SANGAT!!!
(SAYA SEBELAH KIRI)
JOM TENGOK SEMUA JENIS NIQAB QIBTIYYAH EXCLUSIVE DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan