7 TIPS KURANGKAN SIKAP BERTANGGUH - RINA KIFLI

Selasa, 27 November 2018

7 TIPS KURANGKAN SIKAP BERTANGGUH


Kenapa kita suka bertangguh satu-satu kerja? Sebab utama, sebab matlamat kita tak jelas, ya matlamat kabur! So ingat tindakan boleh jelas ke?

Ikut tips yang dikongsikan oleh mentor saya ni:

Image result for naik tangga kejayaan

TIPS #1 KURANGKAN SIKAP BERTANGGUH - MATLAMAT

Decide apa yang kita nak dalam bisnes @ kehidupan 
(buatlah target 6 bulan, 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun etc). Korang dah buat ke belum?


TIPS #2 KURANGKAN SIKAP BERTANGGUH - TULIS

Tulis matlamat anda atas kertas! (jangan biar dalam otak je)


TIPS #3 KURANGKAN SIKAP BERTANGGUH - TETAPKAN

Tetapkan tarikh untuk capai matlamat tu, macam kita bekerja pasti akan ada deadline atau tarikh akhir kena siapkan. Sama juga dengan matlamat kita, kena ada tarikh untuk bila kita akan capai.

Image result for naik tangga kejayaan


TIPS #4 KURANGKAN SIKAP BERTANGGUH - SENARAIKAN TINDAKAN

Senaraikan tindakan-tindakan untuk capai matlamat awak tu. Kalau tak jelas apa tindakan nak buat, payah lah. Setakat impian hanya ilusi sahajalah jawabnya.


TIPS #5 KURANGKAN SIKAP BERTANGGUH - SUSUN

Susun tindakan itu mengikut keutamaan. Ya, dahulukan yang paling penting untuk anda buat!

Related image


TIPS #6 KURANGKAN SIKAP BERTANGGUH - BERTINDAK 

Buat tindakan serta merta! Jangan lengah-lengah lagi weyh!

TIPS #7 KURANGKAN SIKAP BERTANGGUH

Setiap hari jangan buat benda lain dulu. Jangan scroll FB or IG selagi tak buat salah satu tindakan yang bantu kita capai apa yang awak nak. Faham Tak Faham? 


Image result for naik tangga kejayaan

" Sebelum awak berlumba nak naik tangga kejayaan, pastikan tangga tu tersandar pada bangunan yang betul "

Boleh?

Tiada ulasan: