10 Tips Menjadi Penulis Bebas [ Wajib Baca ] - RINA KIFLI

Ahad, 25 November 2018

10 Tips Menjadi Penulis Bebas [ Wajib Baca ]

Berikut adalah soalan yang sering diajukan kepada saya sepanjang masa:

Apakah nasihat terbaik anda untuk menjadi penulis bebas profesional sepenuh masa?

Dalam erti kata lain, ramai orang meminta saya untuk menyediakan mereka dengan tips untuk kejayaan penulis bebas. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa prinsip yang diuji dalam bidang yang harus dijadikan contoh untuk bagaimana melakukan kerja bebas tersebut. Tidak kiralah sama ada anda membuat reka bentuk grafik, pembangunan web, atau menulis bebas. Oleh itu, tanpa sebarang masalah lagi, berikut adalah 10 tips menjadi penulis bebas:


1.  Selalu Berkomunikasi Dengan Orang Yang Baru Anda Temui

Anda harus tahu bagaimana caranya mengenali orang-orang baru. Hal ini merupakan salah satu faktor penentu kejayaan seorang penulis bebas, kerana anda tidak tahu dari mana klien berikutnya akan datang, selain dari saudara mara atau orang-orang yang telah anda kenal. Anda juga tidak boleh membuat perbandingan antara orang yang anda baru kenali kerana kemungkinan orang tersebut memberikan atau menjadi klien anda.


Kini, terdapat pelbagai cara untuk anda mengenali orang baru selain dari bertemu secara langsung iaitu melalui blog, social network, forum dan banyak lagi. Di samping mendapatkan idea menulis, tidak mustahil anda juga mudah dapat job baru jika kenal ramai orang!



2. Duit Bukan Segalanya

Sebagai penulis bebas, duit bukan segalanya. Yang penting kebebasan, kepuasan serta kesenangan dalam melakukan pekerjaan. Anda hanya perlu melakukan pekerjaan apa yang anda sukai. Jangan sesekali terlalu fokus pada duit atas pekerjaan anda. Mungkin ada rezeki atau keuntungan yang lain selain dari duit yang anda perolehi. Sebagai contoh, sebuah pekerjaan mungkin dapat memberikan anda hubungan yang lebih atau pekerjaan jangka panjang.



3. Jangan Melakukan Pekerjaan Diluar Kemampuan

Janganlah anda menerima pekerjaan yang tidak dapat anda selesaikan serta mengecewakan klien anda. Jika anda baru bermula menjadi seorang penulis bebas, reputasi adalah hal yang sangat penting dan salah satu hal terburuk yang ditakuti anda lakukan adalah mengecewakan klien anda. Anda harus selalu berusaha untuk memenuhi permintaan klien dan memberikan apa yang anda janjikan kepada klien anda. Walau bagaimanapun, dalam beberapa hal tertentu, tindakan berani itu diperlukan dan hal itu mungkin akan memberikan kejayaan bagi anda. Tetapi anda harus selalu memastikan bahawa anda dapat memberikan waktu dan kualiti yang terbaik untuk klien anda.



4. Jangan Terlalu Memilih Pekerjaan

Anda adalah seorang penulis bebas dan bererti anda mencari pekerjaan sambilan ataupun menjadikannya sebagai pekerjaan utama anda. Oleh yang demikian, janganlah terlalu memilih pekerjaan kerana anda berada pada sisi 'peminta'. Ini juga tidak bererti anda harus menerima setiap pekerjaan yang datang di depan mata anda, tetapi Anda harus mempertimbangkan setiap pekerjaan dengan baik. Jangan sampai anda kecewa kerana telah menolak sebuah pekerjaan yang mungkin dapat memberikan hasil yang lumayan.


5. Klien Tidak Selalunya Betul

Mungkin berlawanan dengan pepatah bahawa 'Customer is King'. Anda tidak perlu takut untuk memberikan idea untuk klien anda, jika anda mendapati sebuah kecacatan dalam strategi pemasaran atau permintaan mereka, janganlah takut untuk memberikan idea untuk menutupi kelemahannya. Perkataan Klien tidak selalu 100% betul dan harus dilakukan tanpa melihat apa yang diminta. Inilah salah satu hal yang mungkin membezakan diri anda, seorang penulis bebas dan pekerja harian. Jika anda hanya menurut kehendak atau arahan klien anda tanpa memberikan idea, ibaratnya seperti anda bekerja seperti pekerja harian saja


6. Klien Yang Lama Adalah “Nombor 1”

Tanpa klien yang lama, pasti anda takkan mendapatkan klien-klien yang lain. Walaupun klien yang lama berkemungkinan membayar anda dengan nilai yang berbeza berbanding dengan klien yang baru, jangan terburu-buru mengambil tawaran yang baru kerana kita tidak mengetahui bagaimana gaya kerja, kepercayaan serta keinginan klien yang baru ini. Biasanya klien yang lama lebih memahami anda sepenuhnya.



7. Jaga Hubungan Dan Selalu Berkomunikasi

Seperti yang telah dikatakan pada point nombor 1. Untuk menjadi seorang penulis bebas, hubungan dan sosialisasi adalah nombor 1. Sememangnya dikatakan komunikasi dengan orang-orang baru penting, tapi hal itu juga berlaku untuk orang-orang yang telah anda kenali dan termasuk pesaing anda. Adakalanya dimana anda mungkin akan bertemu dengan pesaing anda, lupakanlah bahawa ia merupakan 'pesaing' anda dan perlakukannya seperti orang yang baru anda kenal. Anda juga harus menjaga hubungan anda agar anda selalu dilabelkan sebagai seorang penulis bebas dengan pekerjaan yang terkait.



8. Jangan Pernah Meruntuhkan Jambatan Silaturahim

Anda mungkin pernah mempunyai sebuah pengalaman buruk dengan seorang klien. Berusahalah untuk menolak godaan seperti melabel atau meninggalkan catatan buruk dalam diri anda. Jika anda melakukan perkara itu, kemungkinan besar hal yang akan anda lakukan adalah memutus semua alternatif komunikasi yang menghubungkan klien tersebut dengan diri anda. Melakukan hal tersebut benar-benar tidak akan memberikan keuntungan kepada anda. Walaupun klien anda berkemungkinan menjengkelkan, tetapi ada kemungkinan ia juga memberikan klien yang lebih baik. Jadi tetaplah profesional dan jangan melakukan diskriminasi.


Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

“Bertakwalah kalian kepada Allah SWT dan sambunglah tali silaturrahim diantara kalian”



9. Dapatkan Feedback

Dengan bertanyakan kepada klien anda mengenai pekerjaan yang anda lakukan adakah baik ataupun tidak berkemungkinan akan membuatkan pekerjaan anda akan lebih meningkat prestasinya. Ini akan membantu anda untuk memahami akan keperluan mereka dan mengubah pendekatan anda kepada mereka, serta mengetahui sisi lemah diri anda dan menguatkannya. Sebagai alternatif, anda juga dapat membuat sebuah testimoni online yang membolehkan klien untuk mengisinya jika mempunyai waktu terluang. Tetapi yang terbaik adalah mengetahuinya secara langsung dari klien.


10. Selalu “Be A Pro”

Ini merupakan hal terpenting jika anda ingin menjadi penulis bebas, Anda harus profesional. Baik dalam hal  pekerjaan, komunikasi penampilan hingga cara berpakaian. Memang anda tidak perlu memakai baju ala-ala kemeja, kasut kulit dan sebagainya, tetapi setidaknya, anda harus tahu bahawa pada saat anda bertemu dengan klien, yang paling penting adalah mereka menilai diri anda dari penampilan anda, dan termasuk cara berpakaian anda yang sopan. Jika anda bertemu kawan-kawan, berpakaianlah dengan santai tidak perlu terlalu formal tetapi jika dalam lingkungan formal seperti “office” dan sebagainya, gunakanlah pakaian yang sedikit lebih formal, dan bersesuaian. Dan yang paling penting adalah anda harus profesional dalam cara kerja anda, jangan sampai klien “angkat kaki” kerana anda tidak profesional dan kehilangan kepercayaan.







Tiada ulasan: