Sedekah Yang Paling Mahal - RINA KIFLI

Jumaat, 12 Oktober 2018

Sedekah Yang Paling Mahal




Image result for neraka

SEDEQAH yang paling MAHAL

"Ya Allah, aku maafkan segala perbuatan saudaraku yang menyakitiku..
(cth : umpat, keji, fitnah, tak bayar hutang..dll) 

Dan aku tidak akan menuntut apa-apa daripada mereka di Akhirat kelak, terimalah ianya sebagai satu sedeqah daripadaku.. "

Amalkanlah doa ini, ianya adalah satu doa Sahabat Nabi Saw yang bernama Abu Dhomdom. Sehingga Rasulullah menerima khabar daripada Malaikat bahawa sedeqahnya telah diterima oleh Allah swt.

Doa ini membuatkan hati sangat tenang. Ungkapan Doa yang sangat berbaloi, ia untuk sebuah SYURGA! 

Hentikanlah berkata.." tak apa, aku maafkan, biarlah Allah yang membalasnya.. ", 

Seolahnya ada dendam dalam hati. Dendam akan memakan diri dalam diam. Kita juga tidak pasti, mungkin dalam hal tersebut kita yang salah. Mungkin kita yang akan dituntut. 

Siapa yang memaafkan akan dimaafkan.

Memberi maaf adalah harta yang sangat mahal ketika di padang Mahsyar. Ia boleh melepaskan kita daripada dituntut oleh manusia lain.

🍀🍀🍀

Salam perdamaian. Silakan share. 

Asma' binti Harun
2 Muharam 2018/ 12 sept 2018

Tiada ulasan: