Assalamualaikum
Hai guys,
Since blog ini adalah blog baru, mungkin Rina lebih teruja untuk bercerita tentang diri sendiri dulu sebelum berkongsi tentang hal-hal yang lain. Haha. Poyo kan. Its Okey, Just be myself.
Dulu Rina pernah ada blog sendiri yang nama blog tu adalah The Real Life. Serius blog tu sudah berusia 3 tahun dan telah tular di Google sebagai blog yang mudah dicari jika korang type apa-apa yang berkaitan Girlfriend atau Boyfriend dan juga Cinta. Pendek kata, Rina pun tak faham sejak bila Rina jadi pakar cinta atau doktor cinta dulu-dulu.
Cita-cita Rina sangat besar waktu itu, nak jadi blogger terkenal la konon sebab zaman tu zaman Blog Hanis Zalikha femes. Hihi. Tapi ada detik hitam dimana Rina dah padam / delete sepenuhnya Blog Rina The Real Life tu atas sebab-sebab tertentu. Sebenarnya tak ada sebab pun, Rina tersilap. Memang Frust Weyh!
Selepas tu, Rina hilangkan diri dari dunia blogging dan fokus pada Cita-cita kedua iaitu menjadi Usahawan Berjaya dunia akhirat. Rina berjuang dengan perniagaan sendiri dan sambil mencedok pengalaman belajar serta bekerja bersama orang lain.
Walaupun ada perniagaan sendiri, Rina lebih suka juga kerja dengan orang untuk lebih belajar. Kalau belajar sendiri tanpa melalui pengalaman dan merasai sendiri, tak rasa sangat. So Rina ni jenis Fleksibel. Apapun boleh. Kerja sendiri ok, kerja dengan orang pun ok.
Sekarang, Blog baru ini mungkin adalah titik permulaan Rina semula dalam dunia blogging!
Alhamdulillah . Terima kasih kepada pembaca dan suporter yang ikhlas dan baik-baik seperti u all :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan