Kenapa Anda Perlu Gila Menulis? - RINA KIFLI

Rabu, 10 Oktober 2018

Kenapa Anda Perlu Gila Menulis?







Menulis dan membaca adalah perkara yang berbeza. Siapa kata penulis sangat suka membaca dan siapa kata pembaca suka menulis? Ada penulis yang tidak suka membaca tetapi amat gila menulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan beliau. Ada juga pembaca yang suka membaca tetapi tidak tahu dan tak berminat untuk menulis.

Terdapat pelbagai jenis penulis yang mempunyai sikap yang berbeza.  Antaranya adalah:

Penulis yang gila menulis berdasarkan pengalaman
Penulis yang gila menulis berdasarkan Fakta
Penulis yang gila menulis berdasarkan Kajian
Penulis yang gila menulis secara santai dan bersembang kosong
Penulis yang gila berdasarkan hal-hal yang telah terbukti
Penulis yang gila menulis hal-hal diluar kotak

Semua jenis penulis ini gila menulis untuk beberapa jenis perkara seperti menulis artikel, blog, skrip tv, novel, berita, buku, dokumen penting seperti rancangan perniagaan, report dan lain-lain lagi. Mereka menggunakan elemen penulisan yang berbeza mengikut jenis penulisan.



Tidak kiralah gila menulis apa pun, anda harus jadi "Gila Menulis"!  Banyak faedahnya sekiranya anda menjadi seorang yang gila menulis.

#1.  TAMBAH ILMU PENGETAHUAN

Apa sahaja bentuk dan gaya penulisan anda, anda pasti dapat menambah ilmu pengetahuan sama ada dari segi ilmu fiksyen atau pun ilmu penulisan itu sendiri, cara penyampaian, penggunaan ayat dan sebagainya. Menariknya, anda juga dapat menambah ilmu pengetahuan dalam topik yang anda tulis walaupun ia bukan bidang anda.


#2.  MENGISI MASA LAPANG

Kebanyakan orang mengisi masa lapang dengan menulis mempunyai otak yang lebih berkembang daripada mereka yang tidak suka menulis. Masa lapang yang diisi dengan menulis bukan sahaja membolehkan anda menambah ilmu dan menjadikannya hobi, tetapi anda juga mendapat pahala jika penulisan anda bermanfaat dan dibaca oleh orang lain.


#3.  MENJADI TERKENAL DENGAN PENULISAN

Gila menulis menjadikan anda terkenal. Ya, percaya atau tidak, itulah rahsia utama mereka yang terkenal di dalam dunia blogging serta penulisan secara online. Penulisan secara offline seperti novel juga boleh menjadi terkenal sekiranya anda gila menulis. Tahukah anda penulis novel Cinta iaitu Ahadiat Akashah sangat terkenal dengan novelnya yang terbanyak dan telah dinobatkan sebagai Penulis Novel terbanyak di Malaysia Book of Record. Sekiranya anda penulis blog, anda akan menjadi terkenal dengan penulisan menarik anda yang banyak jika dibaca oleh pembaca. Sebab itulah anda perlu Gila Menulis.


Image result for ekspresi menulis


#4.  MENGEKSPRESI PERASAAN

Adakalanya kita bermula menjadi penulis dengan mengekspresi perasaan, betul tak? Ialah, buat status di facebook pun menulis kan. Tapi lebih panjang lagi adalah menulis di blog. Ramai blogger kini menggunakan blog sebagai medium melepaskan geram, tekanan, diary, viralkan apa-apa yang tak puas hati dan macam-macam lagi. Somehow memang bagus juga sebab orang lain pun akan tahu dan noted. Tapi yang tak bestnya kadang-kadang melepaskan geram sambil maki-maki tu macam hahahaah. Maklumlah budi bahasa kan budaya kita :) 

#5.  BUAT DUIT DENGAN MENULIS

Betulke boleh buat duit dengan menulis? Haaa... tak sangka pula ini adalah salah satu sebab kenapa anda perlu gila menulis kan!  Sememangnya ramai penulis membuat duit dengan menjadi seorang yang gila menulis, ada yang berjaya menjana RM20, RM50, RM100, RM600, RM1000 dan Rina sendiri pernah menjana RM3000 dengan menulis hanya dalam tempoh masa sebulan. Alhamdulillah. Nanti Rina akan kongsikan bagaimana Rina menjana RM3000 dalam tempoh masa sebulan dengan menulis.  

Tidak kiralah apa sahaja yang anda perlu tulis, tapi jika anda inginkan pendapatan yang mudah dengan menulis atau anda ingin menjadi seorang penulis, yang bekerjaya dan menjana pendapatan 4 angka ke atas, anda perlu tahu cara-cara memulakannya serta tips-tips yang perlu anda ikuti sekecil-kecilnya sehingga yang sebesar-besar tips! 

Daripada dulu lagi, Rina ni gila menulis dan mencari-cari cara untuk mendapatkan income atau pendapatan dengan menulis, Alhamdulillah Rina berjaya menjana income sebagai penulis bebas dan memperoleh RM3000 sebulan tak sampai 5 bulan pun selepas Rina dah start cuba menulis. Korang bayangkan bagaimana kalau korang ni gila menulis? Mesti banyak pendapatan yang dapat korang kumpulkan. Sebab tu Rina masih lagi menjadi penulis bebas walaupun Rina ada benda lain nak uruskan. 















Terima kasih kepada Rahsia Penulis sebab dah banyak membantu Rina pada mula-mula Rina bermula untuk mendapatkan pendapatan dengan menulis di rumah. 



 

Rina yakin dan percaya, anda yang gila menulis dan minat menulis nak mulakan jana pendapatan dengan menulis boleh berjaya dengan Panduan Rahsia Penulis ini. Rahsia Penulis ini yang membantu Rina bermula sejak dulu sampailah berjaya sekarang. Alhamdulillah.  Korang baca je yang ni, memang Rina jamin korang pun boleh buat duit dengan menulis!

Jom Dapatkan Panduan 

Tiada ulasan: