Assalamualaikum wbt
Hai semua, hari ini Rina nak berkongsi cara buat duit dengan menulis artikel Wikipedia. Dengar macam berat saja kan? Tapi sebenarnya sangat senang dan mudah untuk anda menjana pendapatan sebagai seorang penulis. Dan kali ini, buat duit dengan menulis Artikel Wikipedia adalah fokus kita pada hari ini.
Sebelum tu, Rina nak berkongsi pengalaman, beberapa hari ini Rina ada menulis artikel untuk diletakkan di Wikipedia dan tak sangka sebenarnya itu pun boleh kita buat duit. Bagaimana nak mulakan tu?
Untuk pengetahuan anda, menulis artikel adalah sesuatu yang sangat umum, Boleh jadi anda menulis untuk diletakkan di Majalah, blog, website dan sebagainya. Dan untuk artikel yang ingin diletakkan di Wikipedia, pasti client akan memberitahu anda bahawa ia akan dimasukkan ke dalam wikipedia. Jadi, anda pun wajib tahu apakah format yang patut anda tulis dan hasilkan.
Bermula daripada seorang client yang penting seperti penerbit filem, artis, pengurus syarikat dan sebagainya, mereka akan menggunakan perkhidmatan penulis artikel untuk menghasilkan satu artikel yang akan diletakkan di dalam Wikipedia. Macam mana nak masukkan artikel ke dalam wikipedia?
Ha,.yang tu anda sendiri kena apply dengan google Wikipedia tu. Yang penting, anda boleh menjadi penulis untuk artikel wikipedia. Mulalah belajar dengan google atau wikipedia sendiri untuk menghasilkan penulisan yang padat, padu dan format yang cantik dari segi artikel wikipedia. Kita boleh tulis untuk artikel wikipedia yang melibatkan tempat, movie, nama artis dan lain-lain lagi.
Bayaran sebenarnya adalah random dan berdasarkan patah perkataan juga. Tak salah kan mencuba untuk dapatkan pengalaman dan belajar. Hal pembayaran , kira nombor 2.. Boleh macam tu? Haaaha. Okey. Ini adalah cara mudah buat duit dengan menulis artikel wikipedia.
1. Hubungi atau dapatkan Client Yang berminat untuk servis kita
2. Jangan lupa study dan pakarkan diri anda dengan format serta gaya penulisan untuk artikel wikipedia
3. Interview atau dapatkan maklumat dan info secukupnya untuk diletakkan di artikel wikipedia. Anda boleh dapatkan daripada rujukan di blog atau website tertentu serta keratan akhbar juga.
4. Siapkan artikel wikipedia dengan gaya penulisan yang betul dan menarik.
5. Submit kepada client.
Mudah kan? Nak Cuba? Sebelum tu, jangan lupa belajar dulu cara menulis artikel Wikipedia ini untuk lebih jadi penulis yang professional dan terbaik! Jom belajar!
Selasa, 30 Oktober 2018
Cara Buat Duit Dengan Menulis Artikel Wikipedia
Penulis Rina Kifli
Passion dalam berkongsi tips penulisan dan perniagaan serta membantu menaikkan perniagaan anda dengan penulisan bisnes untuk usahawan profesional dan start-up. Hubungi saya.
Tips Penulisan
Tags
Tips Penulisan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
menarik info ni, boleh masukkan dlm bloglist blog sy www.bondezaidalifah.com
Boleh bonde :) Terima kasih.
kat mana nak hubungi client
ohh..ada juga yea.barulah tau akan hal ini. Terima kasih rina.Salam singgah sini.done follow
Catat Ulasan