RINA KIFLI

Isnin, 11 November 2024

Jenis Pengiklanan Evergreen Di Internet

3:57 PTG 0
Jenis Pengiklanan Evergreen Di Internet

Tahukah anda apa itu pengiklanan evergreen di internet?

Mesti ramai yang terbayangkan laman sesawang (website) Mudah.my kan?

Betul, tetapi iklan yang anda lihat di laman sesawang (website) tersebut adalah

salah satu contoh cara pengiklanan di internet.


Saya akan terangkan apa itu maksud pengiklanan evergreen di internet

serta jenis-jenis pengiklanan di internet.



Pengiklanan evergreen adalah sesuatu yang bukan trending.
Ia adalah pengiklanan yang berpanjangan dan long term marketing.

Mudah.my merupakan salah satu laman sesawang (website) yang memaparkan
iklan-iklan yang didaftarkan oleh pengguna di Malaysia dalam mengiklankan produk
mereka secara percuma ataupun berbayar.

Jenis pengiklanan evergreen adalah website itu sendiri atau platform tersebut.




Pengiklanan evergreen di internet bermaksud memaparkan ataupun memasarkan
segala jenis pemasaran produk tidak kiralah apa jua barangan ataupun produk
seperti jamu kecantikan, makanan ringan, pakaian, serta banyak lagi barangan
secara talian terbuka ataupun disebut online dalam masyarakat kita pada hari ini
melalui search engine dengan secara percuma ataupun berbayar.

Biasanya bayaran yang dikenakan tertakluk kepada terma dan syarat tertentu oleh
pihak-pihak tertentu dalam menguruskan urusan pengiklanan tersebut.

Iklan di internet juga biasanya digambarkan sebagai kegiatan memasang iklan
untuk menawarkan produk secara di alam maya selepas modul pemasaran melalui
akhbar, majalah, flyer dan sebagainya. Ia bertujuan untuk memudahkan penjual  
mempercepatkan proses penjualan, menjimatkan kos serta tidak memerlukan waktu
yang lama untuk memaparkan iklan.


Antara Jenis-Jenis Medium Pengiklanan Evergreen Di Internet:

1. Direct Advertising   




Direct Advertising adalah dimana pemasang iklan dan pemilik media berhubungan
secara langsung dan menandatangani kontrak untuk menampilkan iklan atau inisiatif
promosi lainnya.

Wah macam menarik bukan? Akan tetapi sistem pengiklanan secara ini mempunyai
kelebihan serta kekurangannya. Apa kelebihan dan kekurangannya?

Kelebihan dalam direct advertising adalah prosesnya amat cepat dan memerlukan
tajuk produk iklan, detail produk secara ringkas dan gambar produk tersebut..

“ibarat korang tengok series “The Flash” kat television tu… zuppp.. Pantas dalam masa beberapa minit je iklan dah siap dipaparkan”

Akan tetapi kekurangannya adalah kos biaya berdasarkan saiz gambar yang akan
diiklankan sesuai dengan kontrak harga yang ditetapkan si pemasang iklan tersebut.

Biasanya semakin mahal harga kontrak yang diberikan, semakin tinggilah iklan
tersebut untuk dipaparkan berbanding iklan pengguna-penguna yang lain.





Contoh Direct Advertising yang dikeluarkan oleh laman sesawang (website) adalah yang
berkaitan produk pakaian sukan.


2. Ad Networks



Ad Networks adalah dimana iklan tersebut diletakkan dalam sebuah jaringan iklan yang dimana menghubungkan antara pemasang iklan dengan pemilik laman web tersebut.

Jaringan iklan seperti ini biasanya mahu mendapatkan sebanyak mungkin orang yang melihat iklan dengan kos yang lebih kecil tetapi tidak mempunyai target pengunjung yang khusus.

Kelebihan kos pemasangan iklan jenis ini adalah sangat rendah biasanya.
Lumayan.

Tapi kena ingat... kekurangan dalam pengiklanan jenis ini adalah sekiranya terlalu
banyak iklan lain yang turut dipaparkan memberi saingan serta sekiranya tidak
banyak pengunjung yang mengunjungi laman sesawang (website) tersebut.


Contoh salah satu laman web yang menawarkan Ad Networks di Malaysia.





3. Twitter Advertising


Pengiklanan jenis ini adalah dimana iklan yang berfungsi sebagai tweet dari pemasang iklan
yang menggunakan keyword yang dikhaskan kepada pengguna yang membaca kandungan
yang bersesuaian dengan keyword yang diinginkan. Antara biasa yang di“keyword”kan adalah
nama produk, sample produk, dan banyak lagi yang boleh dikaitkan dengan sesuatu iklan
yang ingin dipaparkan oleh pengiklan kepada pemasang iklan tersebut.

Kelebihannya adalah iklan jenis ini biasanya memperolehi pengunjung tweeter yang amat
banyak serta twitter merupakan media sosial yang biasanya digunakan semua orang. Wah…
makin ramai yang taip keyword tu… makin ramai lah ye yang akan lihat produk kita? Tetapi
kekurangannya dimana setiap tweets awal yang muncul, tweets yang lama yang dimasukkan
oleh pemasang iklan ini akan bergeser turun kebawah, serta karakter aksaranya sahaja
hanya 140 patah perkataan. Makin unik “keyword” iklan korang tu.. makin lama la tweets
korang tu akan muncul diatas..

Contoh twitter advertising







4. Social Advertising

Salah satu pengiklanan evergreen di internet juga adalah social advertising.

Social media advertising amat popular dalam kalangan masyarakat kita.

Betul tak? Sekarang mesti terbayang iklan-iklan yang korang share kat media sosial
korang tu kan? Untuk pengetahuan anda, format dan jenis iklan evergreen ini adalah
untuk memanfaatkan viral marketing, pengaruh sosial serta banyak lagi.

Kelebihannya adalah ia tidak memerlukan kos yang banyak dan hanya memerlukan
perkongsian dari pengguna internet yang lain. Kekurangannya adalah korang
memerlukan akaun media sosial bagi memudahkan proses promosi iklan anda.

Ia juga melibatkan kos yang besar sekiranya anda ingin menjalankan iklan melalui
facebook ads dan sebagainya.


Contoh Social Advertising melalui laman media sosial.



Sekarang, anda dah jelas antara jenis-Jenis Pengiklanan Evergreen Di Internet?

Kesimpulannya, walau apa pun jenis pengiklanan evergreen yang anda buat,
anda perlu fahami bahawa setiap salah satunyapasti ada kelebihan serta kekurangan masing-masing.

Jadi..

Buatlah perancangan dengan sebaik-baiknya untuk memulakan perniagaan di
internet.

Bagi medium pengiklanan seperti tiktok, instagram dan lain-lain social media, itu lebih kepada pengiklanan jenis trend. Bukan evergreen.

Jelas?

Anda nak dapatkan khidmat SEO marketing?

Nak bisnes anda dilihat oleh jutaan pelanggan di internet? 

Bisnes dijumpai seumur hidup di Google dan mendapat prospek berkualiti?


Tekan dan dapatkan sekarang di sini > SEO Marketing serendah RM 299 

Cara Buat Duit Dengan Menulis Blog

2:59 PTG 0
Cara Buat Duit Dengan Menulis Blog

 


Cara buat duit dengan menulis blog?

Sebenarnya, banyak cara yang boleh kita buat untuk dapatkan duit daripada Blog. Pendek kata, buat duit dengan menulis blog merangkumi pelbagai jenis aspek pendapatan iaitu daripada menulis, mengiklan, posting semula dan lain-lain lagi. 

Banyak nak kena belajar ni, tapi jangan risau. Jom Rina explain satu persatu.  Mungkin kesemua aspek pendapatan ini boleh anda realisasikan dari blog anda.

Pendek kata, tak susah nak dapatkan duit dari blog ini. Memang boleh buat sebenarnya. Tapi perlu tahu dan perlu ada ilmu-ilmu ini. So harini rina nak share idea dan apa yang anda boleh buat dengan menulis blog, dapat buat duit!

Jenis Bisnes Sesuai Untuk Pelajar Universiti

2:12 PTG 0
Jenis Bisnes Sesuai Untuk Pelajar Universiti

Jenis bisnes sesuai untuk pelajar universiti memang banyak!


Macam-macam bisnes yang boleh anda semua lakukan ketika masih menuntut di Universiti. Sama ada nak menjual-jual ataupun nak buat perniagaan atau bisnes yang berasaskan servis atau perkhidmatan.  


Sebagai pelajar, pasti anda sibuk dengan asignment dan kerja yang diberi oleh pensyarah bukan? Yela, kalau tak siapkan dan tak fokus nanti kena potong markah lah, gred rendah, pointer rendah dan sebagainya. huuuuuu haru betul. 


Sebenarnya, banyak jenis bisnes untuk pelajar universiti yang boleh dibuat.

Mana tahu, anda boleh melakukan salah satu perniagaan mudah ini dan menjana pendapatan dengan senang sejak di bangku Universiti lagi. haaa gituh! Teringin tak, dekat universiti duit menderu-deru masuk dalam akaun bank. Tak perlu risau nak minta dekat ayah dan ibu lagi.

Paling penting, jenis bisnes untuk pelajar universiti ini tidak harus terikat dengan masa. Sebab sebagai student, kita ada jadual kita sendiri, kelas bermula pada jam 8 pagi sampai 10 pagi, kemudian  mula dari jam 2 petang sampai 4 petang dan macam-macam lagi jadualnya.

Kalau nak buat bisnes yang terikat dengan masa, amat sukar untuk anda commit! Takkanlah nak pergi berniaga pasar malam kalau kelas pukul 8 malam sampai 10 malam kan.

Anda tidak perlu pening-pening kepala lagi, disini Rina akan terangkan jenis-jenis perniagaan atau jenis bisnes untuk pelajar universiti yang sesuai untuk anda semua.


1.  BISNES PRINTING | PRINT ASSIGNMENT

Rina pun pernah buat bisnes printing ni dulu dekat uitm Jengka. Masa tu cuma ada laptop dan printer. Korang kena beli 1 printer letak di bilik sahaja, nanti bila ada asignment nak kena print bagai, tak payah pergi print di cc (cybercafe), cukuplah print di bilik sendiri dan boleh uar-uarkan pada classmate korang, sapa nak print kat bilik aku, RM0.20 (kalau guna kertas sendiri) , kalau guna kertas aku, print seorang RM0.40. 

Mata duitan ke aku? Murah tu. Tapi kalau asigment sampai 30 page seorang, banyak juga korang dapat kan. Daripada kawan sekelas atau kawan baik yang tahu, nanti pasti dorang akan bagitahu kat roomate dorang.

Roomate dorang pula akan bagitau clasmate dorang. Haaa macamtula berkembangnya bisnes korang dan pasti sebulan tu lebih RM100-RM200 korang dapat buat duit poket. Alhamdulillah syukur, dapat buat simpanan atau tambah duit makan.

Jenis bisnes sesuai untuk pelajar universiti sudah pastilah bisnes printing ni!


2.  BISNES TOPUP

Sebenarnya bisnes topup ini sesuai untuk pelajar universiti dan ia pun sangat menarik. Semua orang guna handphone dekat university. Semua orang mesti nak topup. Korang jual topup, korang dapat juga untung. 

Tapi paling best sekarang ni, ada tau simkad yang kalau korang guna dan korang topup sendiri pun korang dah dapat komisen. Lepas tu, kalau korang rekemen orang guna simkad tu pun korang dapat komisen juga, kalau orang yang korang rekemen tu pakai simkad yang korang jual tu, tiap kali mereka topup, korang pun dapat komisen.. 

Ya Allah, betul ke ada cara buat duit pelajar universiti macam ni? Alhamdulillah memang ada.  


3.  BISNES DROPSHIP

Ramai juga pelajar dah buat bisnes dropship ni. Senang saja, pilih satu produk yang penjualnya menawarkan komisen untuk anda jika anda menjual barang tersebut. Itulah bisnes dropship. 

Contohnya, anda nak jual beg atau baju. Anda boleh promote dari internet, facebook dan sebagainya. Sekiranya ada pelanggan berminat nak beli barang tersebut, penjual tadi akan post kepada mereka dan akan membayar komisen kepada anda. Untuk buat bisnes ni, anda cuma perlu ada sambungan internet dan handfon atau laptop sahaja.  Mudah kan?

4.  BISNES ASSIGNMENT 

Jenis bisnes yang sesuai untuk pelajar universiti juga adakalanya tidak melibatkan produk tetapi melibatkan servis atau perkhidmatan. Anda mungkin tidak suka menjual barang-barang dan tidak mempunyai skill tersebut. Namun, anda oleh membuat bisnes Assignment iaitu menyiapkan assignment kawan-kawan anda yang malas nak buat asignment tu. 

Of course lah anda perlu cas mereka dengan harga berpatutan dan berbaloi buat anda. Rina pernah tolong buat asignment budak class iaitu buat karangan mandarin, time tu dah sibuk nak exam speaking mandarin, yang mana belum buat dan hafal karangan masing-masing, diorang dah kalut waktu tu, apa lagi, nak minta tolong yang pakar, yang pakar pun ada kerja banyak. 

Jadi , nak berbaloi dan tolong mereka, rina cas seorang RM10, alahai karangan simple tak sampai 1 kertas A4 pun. Jadi dapatlah dalam 6 orang juga rina buatkan karangan mandarin tu. Rezeki RM60 pada 1 malam. Kalau asignment tu banyak, macam buku folio, korang boleh cas dalam RM40 - RM100 atau yang mana berpatutan.

P/s: Nasib baiklah aku perform subjek mandarin masa tu, memang boleh jadi makanan aku buat duit untuk assignment tu.



5.  BISNES PENULISAN

Mungkin ada yang tidak yakin dan tak ramai kawan untuk buat bisnes asignment. So jangan risau, korang boleh buat duit dengan menulis.  

Jenis bisnes sesuai untuk pelajar universiti adalah bisnes yang dibuat melalui laptop dan secara online sahaja. Sangat best dan memadai.

Buat duit dengan menulis adalah jenis perniagaan untuk pelajar universiti tanpa perlu menjual atau masuk campur tangan dari orang-orang yang terdekat dengan anda.  Bagaimana boleh buat duit dengan menulis? 

Anda sendiri boleh menulis dan menjana pendapatan.

Terdapat banyak cara untuk anda buat duit dengan menulis sama ada reti atau tidak, anda boleh belajar dengan mudah dari panduan Success Writer. 

Alhamdulillah Rina sendiri pun dah pernah menjana duit dengan menulis dengan berpandukan Success Writer ini.

Ini adalah antara Pendapatan rina terima sebagai seorang penulis sampingan:











Alhamdulillah, tak perlu bekerja pun, malah cuma duduk di rumah dan menulis sahaja boleh dapat income macam ni. Terima kasih Ya Allah. Dan terima kasih juga untuk Panduan Success Writer, banyak sangat dapat rina belajar dari panduan Success Writer ini. 

Nak dapatkan Sucess Writer? Ini adalah panduan yang sangat lengkap untuk korang terus belajar dan berjaya buat duit dan bina pendapatan mudah.

Tekan sini untuk dapatkan Success Writer yang lengkap.

Sabtu, 21 September 2024

Senarai E-Book | Beli Di Sini

5:56 PTG 0
Senarai E-Book | Beli Di Sini

Tekan di gambar untuk ebook yang berkaitan dan boleh terus melakukan pembelian. 


Ahad, 25 Ogos 2024

Tentang Kami (Rina Kifli)

4:46 PTG 0
Tentang Kami (Rina Kifli)



Blog Rina Kifli adalah transformasi kepada platform ilmu penulisan khas buat usahawan. Kami menyediakan info-info dan 1001 cara usahawan mula jadi ‘outstanding’ dengan dunia content dan branding.

Sebuah platform ilmu penulisan yang lengkap dengan penulisan copywriting, content sosial media, penulisan SEO serta private tutor. Sesuai untuk usahawan yang baru bemula dan juga usahawan yang sudah lama bertapak dalam dunia perniagaan yang ingin mengukuhkan lagi jenama di seluruh Malaysia. 


Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam dunia penulisan dan perniagaan, serta real case study, kami bakal bantu menghasilkan penulisan sasar tepat kepada target pelanggan anda, menaikkan bisnes anda di 1st ranking page Google dan platform sosial media. 


Rina Kifli brand bukan penulis biasa, tapi penulis yang faham kehendak pelanggan dan usahawan! Sejak tahun 2020, Rina Kifli telah menghasilkan sebanyak 1500+ artikel Google SEO, 1000+ penulisan content termasuklah copywriting, ads written dan banyak lagi.


1500+ 

Articles 


1000+ 

Content 


1000+

Copywriting



Tekan sini untuk baca:  

BRAND STORY OF RINA KIFLI



Rina Kifli bermula dari seorang Penulis Freelance yang mengorak langkah dan berkongsi rezeki serta tak lokek mengajar talent-talent penulis baru. 2 Orang penulis dibawah Rina Kifli dibimbing sejak tahun 2020 lagi. 

Bermula dari blogger dan freelance, Rina Kifli mengembangkan jenama ini secara berkumpulan bagi menyalurkan manfaat yang luar biasa kepada para penulis dan usahawan perniagaan di luar sana.

"Tidak semua penulis atau blogger itu menulis untuk perniagaan dan usahawan, tetapi kami passion dengan bisnes dan sangat komited, kami tahu dan percara kepada value kami." - Puan Rina Kifli.



Rina Kifli menyediakan servis penulisan, private tutor serta online video class tutorial untuk bantu para usahawan dengan lebih menyeluruh.