RINA KIFLI: Hasil carian untuk agama
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan agama. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan agama. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Selasa, 4 Oktober 2022

PROGRAM UPKK FINAL COUNTDOWN (UFC). ANJURAN HATIMURNI - ISLAMIC PRIVATE EDUCATION CENTER

1:29 PG 0
PROGRAM UPKK FINAL COUNTDOWN (UFC). ANJURAN HATIMURNI - ISLAMIC PRIVATE EDUCATION CENTER

 Kelas Kafa Swasta


Pada 1 Oktober 2023, bermula dari pukul 8.00 pagi, telah berlangsung Program UPKK Final Countdown (UFC) anjuran sebuah pusat pendidikan Islam swasta - Hatimurni di Dewan Sri Hasmah, Rumah Puspanita Kuala Lumpur. Pendaftaran untuk program ini sentiasa penuh pada bila-bila masa sahaja setiap kali diadakan. Buktinya, program kali ini telah dihadiri oleh lebih dari 300 orang pelajar. 


Hatimurni bantu dengan mewujudkan Program UPKK Final Countdown (UFC) ini adalah bertujuan untuk menyediakan anak-anak yang bakal menduduki Ujian Peperiksaan Kelas KAFA (UPKK) yang akan berlangsung pada 14-17 November nanti. Pada sebelah petangnya pula, seramai lebih dari 300 ibu bapa kepada pelajar yang menyertai program ini turut hadir untuk satu sesi khas yang diadakan untuk ibu bapa. 



Dalam program sehari yang padat dengan sesi ilmu dan aktiviti ini, anak-anak bukan sahaja mendapat motivasi yang kuat tetapi telah diberikan pendedahan tentang bagaimana teknik menjawab soalan untuk subjek-subjek UPKK seperti subjek Bahasa Arab, Subjek Sirah dan Ulum Syariah dan Subjek Jawi. Dan apa yang lebih menarik, setiap sesi ini dibimbing oleh guru-guru berpengalaman dalam bidang masing-masing dan sangat terlatih. 


Ceramah Tentang Ibu Bapa




Program yang bermula dari pukul 8.00 pagi itu, dimulai dengan Sesi Motivasi - Semangat Mumtaz 8A UPKK oleh Coach Faiz Hakim dan diakhiri dengan slot istimewa dimana ibu bapa pelajar juga dijemput hadir untuk mendengar pesanan dari Pengasas Hatimurni Private Islamic Education Center - Ustazah Siti Khadijah Mohni. 


Kemudiannya, ibu bapa dan anak-anak juga telah bersama-sama mendengar perkongsian ceramah tentang ibubapa dari Dato Ustaz Kazim Elias yang berkongsi tentang topik Ibu Bapa Cerminan Bagi Anak-Anak. Dalam perkongsiannya, DUKE mengingatkan ibu bapa tentang penjagaan adab dan akhlak kerana anak-anak berpotensi meniru dan mengikuti perlakuan ibu bapa. 


Ceramah tentang ibu bapa dari Ustaz Kazim Elias ni memang terbaik.


Perkongsian Dari Ustaz Kazim Elias


Ustaz Kazim Elias berkongsi ceramah tentang ibu bapa, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak, sikap dan perangai anak-anak zaman sekarang yang harus ibu bapa lihat dalam mendidik anak-anak.


Kata Ustaz, ajarilah anak-anak untuk kenal Al-Quran. Zaman sekarang, anak-anak lebih kenal Christiano Ronaldo dari kenal nama-nama Allah. Ustaz Kazim Elias juga mengajak ibu bapa untuk ajari anak untuk kenal perangai syaitan dan ajar anak untuk melawan syaitan. Tidak lupa juga untuk ajari anak mengenal nabi dan mencintai nabi.


Selain ceramah tentang ibu bapa, Ustaz Kazim Elias juga berkongsi tips untuk ajar anak-anak. Perkara penting yang turut perlu diajar kepada anak adalah amalan harian seperti witir, puasa 3 hari dan juga tentang solat dhuha.


Banyak perkongsian dari Ustaz Kazim Elias pada majlis ini.



Kenali Hatimurni Pusat Pendidikan Islam Swasta


Hatimurni merupakan Pusat Pendidikan Islam Swasta (Sekolah Islam Swasta - Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Hatimurni telah ditubuhkan semenjak tahun 2007 oleh pengasasnya Ustazah Siti Khadijah Mohni dan suaminya Ustaz Engku Ahmad Fadzil. 


Hatimurni menyediakan perkhidmatan sekolah KAFA di awal usia 7 tahun termasuk Kelas Mengaji & KAFA Hujung Minggu. Fokus utamanya adalah untuk membantu ibu bapa dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak dan penerapan adab dan akhlak Rasulullah SAW ke dalam diri anak-anak. 


Kini, Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni beroperasi di 3 pusat iaitu di Wangsa Maju Kuala Lumpur, Setiawangsa Kuala Lumpur dan Seksyen 7 Shah Alam. Selain dari itu, Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni juga menawarkan kelas pendidikan agama secara online yang kini bukan sahaja dihadiri oleh anak-anak di Malaysia malahan dari luar negara sehingga ke Dubai dan Qatar. 





Untuk maklumat lanjut tentang kelas kafa swasta yang disediakan oleh Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni boleh hubungi 60196664225 atau 60133044225.


Anak-anak sekitar kawasan Shah Alam, Kuala Lumpur, Putrajaya, seluruh Malaysia malah dari luar negara dialukan untuk mendapatkan pendidikan Islam lebih meluas dalam bentuk tuisyen, juga kelas kafa swasta di sini. 


Sebagai tanda kesyukuran Pusat Pendidikan Islam Swasta, Hatimurni ingin menghadiahkan ibu bapa dengan Ebook PERCUMA - 20 Tips Didik Anak Berilmu. Anda hanya perlu layari www.didikanakberilmu.com.my untuk mendapatkannya. 


In Shaa Allah, buku yang lebih padat - 101 Tips Didik Anak Berilmu akan diterbitkan dalam bentuk buku sebenar sempena ulang tahun ke-15 Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni pada bulan November 2022 ini. In Shaa Allah.




Selasa, 28 Januari 2020

11 Kesan Menakutkan Jika Orang Islam Tidak Berdakwah Di Dunia

1:31 PTG 0
11 Kesan Menakutkan Jika Orang Islam Tidak Berdakwah Di Dunia
Zaman nabi dulu, semua beriya-iya nak sebarkan Islam. Zaman kita, semua hidup dalam zon selesa dan tak ingat tanggungjawab kita adalah berdakwah dan sebarkan Islam.  Sekiranya dakwah ditinggalkan, terdapat banyak kesannya terhadap kita yang merupakan umat Nabi Muhammad SAW ni. 

Sebab tu, kalau korang perasan, Cina yang masuk Islam, mesti suka berdakwah. Sebab mereka tahu wajib untuk kita sebarkan hal yang benar dan betul. Tapi kita pada hari ini? Buat macam dakwah tu tak wujud dan tak wajib.  Untuk pengetahuan korang, dakwah adalah gedung pahala kita yang paling besar sekali. Untungnya ia juga boleh bawa kita ke syurga Insyallah.

Imej yang berkaitan

Apa akan jadi jika dakwah ditinggalkan?


1.  Diharamkan Keberkahan Wahyu (Tidak bisa memahami al-qur’an dan hadits)


Diriwayatkan dari Abu Hurairah Ra. beliau berkata bahwa Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

“Apabila ummatku mengagungkan dunia maka akan dicabut darinya kehebatan islam, apabila mereka meninggalkan amr bil ma’ruf (mengajak kepada kebaikan) dan nahi ‘anil munkar (mencegah kemungkaran maka diharamkan atasnya keberkahan wahyu dan apabila mereka saling caci mencaci maka jatuhlah mereka dari pandangan Allah swt."

 (HR Hakim dan Tirmidzi – Dari kitab Durrul mantsur).

2.  Diadzab Seperti Diadzabnya Bani Israil


Dari Urs bin ‘amirah ra. berkata bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengadzab masyarakat banyak disebabkan kejahatan segelintir orang, sehingga segelintir orang itu melakukan suatu kejahatan yang sebenarnya mampu dicegah oleh masyarakat banyak, tetapi mereka tidak berusaha mencegahnya. Ketika terjadi demikian, maka Allah akan membinasakan semuanya, masyarakat banyak dan segelintir orang tersebut” 

(HR Imam thabrani dan sanad-sanagnya tisqat/terpercaya – majmauz zawaa’id VII/528).- tafsir (surat al Maidah [5] :78).

[QS 5:78] Telah dila’nati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.

3. Doa Tidak Dimakbulkan


Dari Hudzaifah bin al yaman ra. dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam beliau bersabda :  

"Demi dzat yang nyawaku dalam kekuasaannya! kalian harus menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran ! atau (jika tidak), Allah akan mengirimkan pada kalian adzab dari-Nya, kemudian kalian berdoa (meminta tolong kepada-Nya), tetapi Dia tidak menerima doa kalian"

(HR Tirmidzi, katanya hadits ini hasan. Bab tentang amr ma’ruf nahi munkar, hadits nomor 2169).

4. Dibangkitkan Pemimpin Zalim


Hadzat abu darda ra. salah seorang shahabat yang masyhur berkata : 

“Tetaplah kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kalau tidak Allah Swt akan membangkitkan pemimpin (raja) yang dhalim yang memerintah kamu. Dia (aja dhalim) tidak akan menghormati orang tua kamu dan tidak akan menaruh belas kasihan kepada yang muda-muda dikalangan kamu. Pada masa itu, doa orang-orang shalih tidak akan diterima, Kamu inginkan bantuan tapi bantuan tidak akan diberikan, kamu mohon keampunan tetapi Allah swt tetapi kamu tidak akan diampuni”.

[47:7] Hai orang-orang mu’min, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Qs. Muhammad ayat 7).

Kesan Menakutkan Lain Akibat Tidak Berdakwah


5.  Pintu hidayah tertutup, banyak orang islam murtad. Sekarang pun dah macam-macam kes murtad jika kita peka dan selalu menonton youtube berkaitan kes Islam semasa.


6.  Orang islam banyak yang mati tanpa mengucapkan kalimah tayyibah. Sedangkan syaitan itu masih usaha untuk murtadkan kita walaupun roh ditarik dari kaki, bagaimanalah kita nak survive mati dengan ucap dua kalimah syahadah. 

Sebenarnya kita tak perlu risau dunia nak kiamat, cukuplah kita risau kalau bila-bila masa sahaja kita boleh ditarik nyawa dan sempat tak kita saksikan Allah itu Esa.


7.  Orang-orang munafiq banyak memberontak (pada pemimpin/khalifah). Ini jelas telah berlaku pada zaman sekarang. Salah siapa? Salah kita jugalah sebab tidak berdakwah dari dulu lagi. Jangan berharap untuk Ustaz Ebit liew je berdakwah. Dakwah itu tanggungjawab semua umat Islam di dunia.


8.  Orang kafir berani menyerang/membunuh orang islam. Cuba bayangkan jika orang Islam seluruh dunia terlalu kuat berdakwah dan kuat mempertahankan agama. 


Orang kafir yang akan takut dengan kita. Sebab tu, mereka sendiri buat kenyataan akan gentar kalau orang solat berjemaah waktu subuh sama banyak macam orang solat jumaat. Mereka tahu kalau itu berlaku, Islam akan betul-betul kuat. 


9.  Muncul Nabi-nabi palsu/aliran-aliran sesat. Sedihkan? Ini semua kesan menakutkan akibat kita tidak berdakwah.  Kita kena tahu juga dimana silap kita sehingga perkara ini berlaku.


10. Kemaksiatan merajalela. Ya, apabila dakwah tidak diteruskan. Maksiat pun akan berlaku secara maharajalela. Tiada siapa yang kisah, hanya harapkan pencegah maksiat je, sebab itulah maksiat berlaku lagi tak henti. Wajiblah kita berdakwah untuk sama-sama menjaga agama.



11. Keberkahan rezeki dicabut 

Ramai bising kerana harga barang naik, susah nak tarik rezeki dan macam-macam lagi. Tetapi kita tak sedar yang beri rezeki tu Allah, kenapa kita tak taat bagaimana sahabat nabi taat kepada Allah?

Hasil carian imej untuk perbincangan kawan-kawan

Berdakwah lah, buat apa yang kita belum buat. Sempurnakan iman kita dan berilah manfaat kepada mereka untuk dalam mendalami Islam.  Insyallah Allah sayang kita dan kurniakan rezeki yang berkah buat kita.

Sekian tazkirah untuk hari ini 😊

Ahad, 26 Januari 2020

Sejarah Solat Dan Kisah Disebalik Kewajipan Solat 5 Waktu

4:06 PTG 0
Sejarah Solat Dan Kisah Disebalik Kewajipan Solat 5 Waktu
Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam dan terbahagi kepada dua iaitu solat fardhu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang sudah baligh dan berakal (waras) sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu dan solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam. Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu solat subuh, solat zohor, solat asar, solat maghrib dan solat Isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada (ganti) dan bagi mereka yang musafir, ia merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan, dan harus bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya. Berdasarkan satu petikan hadis :

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan oleh Nya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepada Nya”


(Hadis Riwayat Ahmad)


Hasil carian imej untuk solat zaman nabi


Sejarah Solat dan Kisah Disebalik Kewajipan Solat 5 Waktu



Kita sudah ketahui apa itu solat dan sekarang, apa kata kita ketahui tentang sejarah solat pula? Mesti ramai di antara anda yang belum tahu tentang sejarah solat bukan? Jom kita lihat sejarah solat bagi setiap waktu:

1. Sejarah Solat Subuh


Sejarah solat subuh terjadi apabila selepas kejadian Nabi Adam A.S. dikeluarkan dari syurga kemudiannya baginda dihantar ke bumi akibat melanggar perintah Allah S.W.T. . Apabila pertama kali Nabi Adam A.S. tiba ke bumi, perkara pertama yang dilihatnya adalah kegelapan dan baginda amat ketakutan.

Namun apabila terbitnya fajar di waktu Subuh, baginda pun solat dua rakaat kerana bersyukur terlepas dari kegelapan malam dan bersyukur kerana siang telah menjelma.

2. Sejarah Solat Zohor


Sejarah Solat Zohor pula terjadi apabila Nabi Ibrahim A.S. bersyukur kerana semasa upacara penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S. yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. ditukarkan dengan kibas ketika waktu tergelincirnya fajar. Maka Nabi Ibrahim A.S. bersujud kesyukuran kepada Allah S.W.T. sebanyak empat rakaat.

3. Sejarah Solat Asar


Nabi Yunus A.S. merupakan orang pertama yang solat Asar dan merupakan sejarah solat Asar pertama pada hari dimana baginda dikeluarkan dari perut ikan nun.

Baginda telah dimuntahkan oleh ikan nun pada waktu yang telah hampir waktu Asar di tepi pantai. Kemudiannya, baginda besyukur dan bersembahyang 4 rakaat kerana telah diselamatkan dari perut ikan nun. 

4. Sejarah Solat Maghrib


Sejarah solat Maghrib pertama kalinya berlaku apabila Nabi Isa A.S. dikeluarkan oleh Allah S.W.T. dari kejahilan dan kebodohan kaumnya sendiri. Kejadian waktu itu berlaku pada waktu terbenamnya matahari.

Nabi Isa A.S bersyukur lalu bersembahyang tiga rakaat kerana telah diselamatkan dari kejahilan tersebut.

5. Sejarah Solat Isyak


Sejarah solat Isyak pula berlaku ketika Nabi Musa A.S. tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan.

Dimana ketika ini dadanya dipenuhi dengan rasa kecewa, dan Allah S.W.T. menghilangkan kesemua rasa kecewa Nabi Musa tersebut diakhir waktu Isyak. Lalu kemudian baginda menunaikan solat 4 rakaat sebagai tanda syukur kepada Allah S.W.T. 

Kita semua ketahui bahawa solat merupakan tiang agama, malah solat juga kunci kepada terimanya semua amalan yang dilakukan dalam mengejar ganjaran pahala dan syurga.


Hasil carian imej untuk solat malam


Solat Waktu Malam


Sebelum solat lima waktu diwajibkan keatas umat Islam, solat pertama yang diwajibkan adalah solat waktu malam. Firman Allah S.W.T. :

“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk solat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya)”

Surah Al-Muzzammil (Ayat 1 hingga 2)

Kemudian selepas itu, melalui firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Muzammil ayat 20, memberi keringanan dalam kewajipan solat malam dan ianya diganti dengan qiammullail iaitu menghidupkan malam dengan ibadah seperti solat malam, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Jadi kita sudah ketahui sejarah solat dari waktu Subuh sehingga waktu Isyak. Jom kita ketahui pula kisah disebalik kewajipan solat 5 waktu.

Solat lima waktu telah diwajibkan keatas umat nabi Muhammad S.A.W. yang merupakan penutup kepada segala nabi dan rasul serta penghulu kepada segala para sekalian nabi (anbia’). Jika dibandingkan dengan para nabi sebelumnya, proses solat dilakukan atas beberapa faktor.

Namun ibadah yang diwajibkan ke atas umat rasulullah S.A.W. diterima oleh baginda secara terus daripada Allah S.W.T. dan pada asalnya Allah memerintahkan untuk solat adalah sebanyak 50 waktu sehari semalam.


Ketika Peristiwa Israk Dan Mikraj


Kisah disebalik asalnya kewajipan solat 5 waktu ini terjadi pada peristiwa Israk dan Mikraj. Didalam peristiwa ini, rasulullah bukan sahaja menerima perintah kewajipan bersolat, namun baginda berpeluang berjumpa dengan para nabi dan rasul terdahulu malahan berkesempatan juga berbual dengan para nabi-nabi terdahulu.

Rasulullah S.A.W. juga diperlihatkan dengan manusia yang menanggung azab kerana ingkar dengan perintah Allah serta betapa nikmatnya mereka yang patuh kepada perintah Allah.

Dalam peristiwa ini, rasulullah S.A.W. telah dibawa ke Sidratul Muntaha. Sidratul Muntaha terletak melepasi garisan langit ketujuh dan hanya boleh dilepasi oleh Rasulullah S.A.W. sahaja.

Pada asalnya, solat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada Rasulullah SA.W. adalah 50 kali sehari semalam, namun apabila tibanya dilangit ke enam, Rasulullah bertemu dengan Nabi Musa A.S. yang menasihatkan supaya bertemu kembali dengan Allah S.W.T. bagi meminta untuk mengurangkan lagi waktu solat kerana umat rasulullah S.A.W. adalah umat yang lemah untuk solat sebanyak 50 kali sehari semalam.


Rasulullah menerima nasihat itu lalu baginda pun kembali menghadap Allah S.W.T. untuk meminta pengurangan jumlah solat 50 waktu. Lalu kemudiannya Allah mengurangkan jumlah 50 waktu kepada 40 waktu.



Lalu Rasulullah kembali turun ke lapisan langit keenam untuk bertemu Nabi Musa A.S. namun Nabi Musa A.S mencadangkan agar jumlah itu dikurangkan lagi dan begitulah seterusnya berulang kali sehingga jumlah tersebut berkurangan menjadi 5 waktu. 

Selepas perintah itu ditetapkan menjadi 5 waktu, Rasulullah turun bertemu Nabi Musa dan Nabi Musa mencadangkan lagi agar jumlah waktu itu dikurangkan lagi namun baginda Rasullullah S.A.W. berasa amat malu memohon keringanan berulang kali kepada Allah SWT dan baginda redha dan akur menerima perintah solat 5 waktu sehari semalam.

Kemudian, baginda pun kembali ke bumi dengan membawa perintah Allah untuk solat 5 waktu sehari semalam dan pada awalnya kewajipan bersolat, semua waktu solat hanya diwajibkan dua rakaat sahaja kecuali Maghrib iaitu tiga rakaat. Namun selepas baginda berhijrah ke Madinah, Rasulullah S.A.W. mendapat wahyu supaya pada waktu solah zohor, asar dan isyak ditambah kepada empat rakaat.



Kesimpulannya, solat itu mempunyai rahsia yang tersendiri yang kesannya boleh dirasai jika seseorang itu melakukannya dengan penuh ikhlas dan semata-mata kerana Allah dalam mencari keredhaan dari Nya.

Solat dapat membentuk jati diri kita kearah peribadi yang lebih mulia, menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat serta membentuk diri menjadi seorang yang lebih ikhlas dalam melakukan ibadah. Mulai saat ini, marilah kita memperbaiki solat kita ke arah yang lebih baik agar segala amalan kita diredhai oleh Allah S.W.T.

Khamis, 30 Mei 2019

KISAH KERJAYA DENGAN PERNIAGAAN AMWAY

1:13 PG 0
KISAH KERJAYA DENGAN PERNIAGAAN AMWAY
Saya adalah seorang graduate 1st class dari Universiti Teknologi Mara dalam fakulti Pengurusan Pejabat.  Saya pernah bekerja dengan sebuah bank dan berhenti kerja apabila umur 25 tahun.  Apa yang berlaku adalah kerana saya inginkan satu perniagaan dan bukannya kerja makan gaji.  Tetapi mama sangat risau dan mahukan saya bekerja supaya mempunyai simpanan epf, pencen dan sebagainya.  Ramai masyarakat kita yang berpendapat sekiranya tidak kerja dengan majikan, tidak makan gaji, maka tiada pendapatan yang kukuh.
Image may contain: 1 person, sitting
Imej via [Usahawan]

Bagi saya, saya amat percaya apa yang diajar dalam agama iaitu 9 dari 10 punca rezeki datangnya dari perniagaan. Cuba bayangkan, 9 rezeki itu datang dari perniagaan sedangkan 1 sahaja daripada bukan perniagaan. Itu menunjukkan rezeki datang dari perniagaan adalah lebih banyak. yang penting, PERNIAGAAN itu bagus dari dasar Agama.  Mengapa perlu risau dan khuatir. Ya, mungkin kerana ibu bapa takut kita hidup susah tiada duit dan sebagainya.  

Tapi pernahkah anda dengar, mereka yang kerja kerajaan akan jadi jutawan? Tak pernah kan.. Mereka yang kerja swasta jadi jutawan?  Tak pernah juga.  Tapi orang yang bisnes sendiri akan jadi jutawan?  Ya. Itu sangat logik, malah sudah ada bukti dan ramai yang telah jadi jutawan.  Paling mudah, Irfan Khairi, Dato Seri Diva, Dato Aliff Syukri dan sebagainya.  Mengapa kita masih pertikaikan?  Anak-anak perlu di buka minda mereka tentang perniagaan seluas-luasnya.  Bukan saja anak-anak, ibu bapa turut perlu buka minda! Sokonglah anak-anak anda untuk memulakan perniagaan.  Doronglah mereka dan sokonglah.
Secara umumnya segala urusan perniagaan bermula dengan mempromosi dan menjual produk. Ilmu menjual ada secara semulajadi dalam setiap individu cumanya ia perlu diasah mengikut kesesuaian agar ia lebih mantap.  Satu cabang mudah untuk mempelajari ilmu perniagaan adalah melalui Jualan Langsung. Ia adalah tempat paling sesuai kerana segala-gala perkara berkaitan produk, latihan, sokongan dan ganjaran telah siap tersedia.  Pendek kata, ianya mempunyai sistem tersendiri yang memberi manfaat kepada kita.
Saya petik dari myamwaybizpress:  Perniagaan seperti Amway meningkat nilainya mengikut masa, bergantung kepada usaha dan komitmen yang seseorang itu berikan. Menariknya, syarikat membenarkan anda memiliki perniagaan tersebut dengan cara menyediakan ganjaran yang luarbiasa sehingga ke peringkat yang ia boleh diwariskan kepada keluarga/waris atau sehingga anda tiada dibumi ini. 
Ini bermakna pemilikan keuntungan perniagaan tersebut adalah hak anda dan berterusan sehingga anda tiada lagi. Sebab itu, apabila memilih syarikat jualan langsung, anda perlu berhati-hati agar ia berbaloi dan tidak sia-sia kemudian hari.
Image result for kerjaya amway

KENAPA SAYA PILIH AMWAY BERBANDING BEKERJA SEBAGAI BANKER?

Berhenti kerja bukanlah pilihan yang bijak bagi orang yang ada komitmen seperti saya.  Loan kereta, kad kredit, ptptn... tapi berhenti kerja untuk memulakan bisnes adalah tindakan ajaib dan serah diri yang saya lakukan.  Serah diri kepada Allah swt.  Kita perlu usaha dan tawakal. Namun, apa yang Dia beri esoknya, itulah kebaikan untuk kita.

Sewaktu saya bekerja makan gaji, gaji 3k tidak mencukupi walaupun hanya guna untuk enjoy dan bayar komitmen.  Kenapa tak cukup? Mungkin ada setengah part tu tidak berkat ke apa ke saya tak tahu..Wallahualam. Sehinggalah bila mana saya sering rasa tak cukup, saya selalu cakap , 'tak sabarnya nak berhenti kerja nak buat bisnes sendiri, insyallah lagilah cukup'... banyak kali sangat saya cakap macamtu. 
Saya percaya jika saya buat perniagaan saya akan lebih dari cukup.  Selepas berhenti kerja , saya berjinak-jinak dengan bisnes makanan, namun keletihan melanda.. saya terfikir, adakah bisnes yang ada pasif income? kalau bisnes sendiri macam restoran, kedai dan sebagainya, kalau kita tutup kedai kita pun tak untung. Dan beberapa hari kemudian, kuasa Allah temukan saya dengan bisnes yang  saya tidak tahu bisnes apa.. 
Rupa-rupanya ianya salah satu produk Amway.  Dan apa yang menariknya, pendapatan yang diberikan bukan hanya seperti syarikat jualan langsung yang lain, malah kita juga ada pendapatan royalti atau macam pencen yang kita dapat tiap-tiap bulan walaupun kita sudah tua dan tidak buat kerja.  Untuk itu, permulaannya kita perlu belajar dan berusaha sedikit untuk berjaya.

Mana ada bisnes yang masuk ,terus berjaya.  Carilah satu dunia ni.  Memang tak ada. Sebenarnya semua kena buat kerja sikit. Taja orang, jual barang, promot dan macam-macam lagi. Betul tak? Kalau nak juga yang tak buat apa-apa tapi boleh kaya, ada ... tapi bukan bisnes. Itu ialah skim cepat kaya. Sebab itu yang selalu kena tipu dengan skim cepat kaya ni melayu. Sebab malas. Malas nak berusaha. Nak cari pula bisnes yang tak perlu buat apa-apa dapat duit, memang takla. Dah tahu mcm tu, kita kena la bijak. Amway akan bagi tiap-tiap bulan pendapatan tetap setelah kita berusaha dulu pada awalnya.  Bukan cari orang k.. Ini lebih kepada kumpul point. Sebab tu kena belajar dulu.  Sangat-sangat mudah. Bila saya belajar ni, Hari-hari akan fikir positif dan fikir kejayaan. 
Selain itu, kosnya murah (RM95) untuk memulakannya dan risikonya adalah rendah kerana anda tidak perlu mempunyai stok yang perlu disimpan. Kedai Amway terdapat di serata negeri dari Alor Setar hingga ke Sabah yang membolehkan stok di dapati dengan mudah.
Ganjaran kewangan pula berperingkat-peringkat mengikut prestasi anda. Terdapat banyak cara untuk anda mendapat keuntungan. Dan semua cara itu sebenarnya langsung tidak menekan anda dan anda boleh melakukannya secara santai juga.
Jika anda ingin meluaskan perniagaan ini ke peringkat antarabangsa juga tiada halangan, Amway terdapat di lebih 80 negara di dunia. Anda hanya perlu buka cawangan baru di negara tersebut dengan menaja rakyat negara tersebut.
Imej via [code-brew]

Perniagaan ini juga adalah trend semasa dalam perniagaan. Seramai tiga puluh juta orang di seluruh dunia terbabit dalam jualan langsung, sebuah industri yang bernilai $82 bilion. Apabila orang menjadi lebih sibuk, mereka mencari cara untuk menjimatkan masa melakukan tugas rutin, seperti membeli-belah untuk keperluan setiap hari.
Jualan langsung memenuhi keperluan ini dengan baik, kerana produk Amway boleh dihantar ke pintu mereka. Selain itu, Amway adalah satu daripada syarikat jualan langsung yang terbesar di dunia dan mempunyai sejarah kejayaan selama lebih 54 tahun.
Kepelbagaian produk yang terdapat dalam Amway juga boleh membantu anda mendapat ramai jenis pelanggan. Terdapat makanan nutrisi  untuk mereka yang mementingkan kesihatan, terdapat produk kecantikan untuk wanita, alat-alat penjagaan rumah dari bahan pencuci hingga ke alat teknologi tinggi seperi penulin air dan penulin udara. Pelbagai jenis makanan sehingga untuk kegunaan jamuan Hari Raya juga ada disediakan.
Peluang kejayaan adalah sama rata. Tidak kira samada anda ada sijil atau ijazah atau setakat sekolah rendah, tua atau muda, peluang untuk berjaya adalah sama rata bergantung kepada usaha dan komitment yang diberikan. 
Untuk berjaya, anda perlu menjadi contoh pengguna yang baik dan sentiasa mahu maju dengan menghadiri setiap mesyuarat atau latihan kepimpinan yang disediakan agar anda mempunyai ilmu dalam perniagaan ini.
Rakan-rakan peniaga yang lain sentiasa boleh membantu anda.
Bagi mereka yang ingin mempelajari lebih tentang Amway dan bagaimana kerjaya dengan Amway, anda boleh hubungi saya di wasap.my/60105012717/NakTahuTentangAmway

Sabtu, 25 Jun 2022

Mengapa Pilih Takaful?

6:32 PTG 0
Mengapa Pilih Takaful?


Takaful adalah konsep dimana sekumpulan peserta bekerjasama menjamin antara satu sama lain terhadap sebarang kerugian atau kerosakan. Memang konsepnya sama seperti insurans tapi ramai warga Malaysia, tidak mengira jantina, kaum dan agama, semakin berminat dengan takaful.


Takaful juga tidak sama seperti insurans kerana ia berkonsepkan islamic dan bukan pelaburan konvensional yang was-was. Berikut adalah 3 sebab utama mereka memilih takaful berbanding insurans konvensional. 



1. Keuntungan Yang Setimpal


Bila anda menyertai perlindungan takaful, keuntungan daripada pelaburan akan dikongsi antara semua peserta dan pemegang saham yang lain. Pengendali mendapat keuntungan melalui caj yuran atau lebihan keuntungan. Walau bagaimanapun, jumlah bayaran daripada lebihan pengendali Takaful tidak akan melebihi jumlah yang dibayar kepada peserta Takaful.


Ini berbeza dari insurans konvensional, dimana wang atau keuntungan tambahan di bawah insurans menjadi milik pemegang saham syarikat tersebut.


2. Patuh Syariah


Buat muslimin, takaful memberikan peluang untuk mendapatkan perkongsian keuntungan yang selari dengan ajaran Islam. Sebagai konsep perlindungan yang patuh syariah, ianya bebas daripada riba (faedah), gharar (ketidakpastian, peluang atau risiko) dan maysir (aspek perjudian atau spekulasi).


Selain itu, Lembaga Penasihat Syariah dalam pengurusan takaful bertanggungjawab dalam memantau aktiviti-aktiviti operasi. Tugas mereka adalah untuk memastikan semua aktiviti yang dijalankan mematuhi prinsip syariah agar peserta tidak rasa risau atau ragu-ragu. 


3. Dibina Atas Nilai Kerjasama




Prinsip Islam yang diamalkan menjadikan Takaful produk pilihan ramai, bukan sahaja atas faktor agama, tapi juga dari aspek praktikaliti dan kesesuaian dalam sistem insurans pada zaman ini. Prinsip ta'awun membuatkan para peserta saling bekerjasama untuk membantu antara satu sama lain.


Penekanan prinsip ini dan bukannya keuntungan semata-mata menjadikan takaful sebuah perlindungan dan pelaburan alternatif yang lebih telus dan demokratik berbanding produk-produk konvensional di pasaran. 


Tentang Takaful Ikhlas

Imej via [besproduction]

Sebagai pengendali takaful, Takaful Ikhlas memberikan pelbagai peluang untuk mendapatkan perlindungan yang komprehensif serta pelaburan yang patuh syariah di Malaysia. Dimulakan pada tahun 2002, Takaful Ikhlas merupakan sebuah nama yang tidak asing dalam dunia kewangan islamik.


Jom ketahui lebih lanjut tentang mereka dan lihat sendiri pelan-pelan takaful yang ditawarkan di sini https://www.takaful-ikhlas.com.my/