RINA KIFLI: Hasil carian untuk agama
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan agama. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan agama. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan

Selasa, 4 Oktober 2022

PROGRAM UPKK FINAL COUNTDOWN (UFC). ANJURAN HATIMURNI - ISLAMIC PRIVATE EDUCATION CENTER

1:29 PG 0
PROGRAM UPKK FINAL COUNTDOWN (UFC). ANJURAN HATIMURNI - ISLAMIC PRIVATE EDUCATION CENTER

 Kelas Kafa Swasta


Pada 1 Oktober 2023, bermula dari pukul 8.00 pagi, telah berlangsung Program UPKK Final Countdown (UFC) anjuran sebuah pusat pendidikan Islam swasta - Hatimurni di Dewan Sri Hasmah, Rumah Puspanita Kuala Lumpur. Pendaftaran untuk program ini sentiasa penuh pada bila-bila masa sahaja setiap kali diadakan. Buktinya, program kali ini telah dihadiri oleh lebih dari 300 orang pelajar. 


Hatimurni bantu dengan mewujudkan Program UPKK Final Countdown (UFC) ini adalah bertujuan untuk menyediakan anak-anak yang bakal menduduki Ujian Peperiksaan Kelas KAFA (UPKK) yang akan berlangsung pada 14-17 November nanti. Pada sebelah petangnya pula, seramai lebih dari 300 ibu bapa kepada pelajar yang menyertai program ini turut hadir untuk satu sesi khas yang diadakan untuk ibu bapa. 



Dalam program sehari yang padat dengan sesi ilmu dan aktiviti ini, anak-anak bukan sahaja mendapat motivasi yang kuat tetapi telah diberikan pendedahan tentang bagaimana teknik menjawab soalan untuk subjek-subjek UPKK seperti subjek Bahasa Arab, Subjek Sirah dan Ulum Syariah dan Subjek Jawi. Dan apa yang lebih menarik, setiap sesi ini dibimbing oleh guru-guru berpengalaman dalam bidang masing-masing dan sangat terlatih. 


Ceramah Tentang Ibu Bapa




Program yang bermula dari pukul 8.00 pagi itu, dimulai dengan Sesi Motivasi - Semangat Mumtaz 8A UPKK oleh Coach Faiz Hakim dan diakhiri dengan slot istimewa dimana ibu bapa pelajar juga dijemput hadir untuk mendengar pesanan dari Pengasas Hatimurni Private Islamic Education Center - Ustazah Siti Khadijah Mohni. 


Kemudiannya, ibu bapa dan anak-anak juga telah bersama-sama mendengar perkongsian ceramah tentang ibubapa dari Dato Ustaz Kazim Elias yang berkongsi tentang topik Ibu Bapa Cerminan Bagi Anak-Anak. Dalam perkongsiannya, DUKE mengingatkan ibu bapa tentang penjagaan adab dan akhlak kerana anak-anak berpotensi meniru dan mengikuti perlakuan ibu bapa. 


Ceramah tentang ibu bapa dari Ustaz Kazim Elias ni memang terbaik.


Perkongsian Dari Ustaz Kazim Elias


Ustaz Kazim Elias berkongsi ceramah tentang ibu bapa, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak, sikap dan perangai anak-anak zaman sekarang yang harus ibu bapa lihat dalam mendidik anak-anak.


Kata Ustaz, ajarilah anak-anak untuk kenal Al-Quran. Zaman sekarang, anak-anak lebih kenal Christiano Ronaldo dari kenal nama-nama Allah. Ustaz Kazim Elias juga mengajak ibu bapa untuk ajari anak untuk kenal perangai syaitan dan ajar anak untuk melawan syaitan. Tidak lupa juga untuk ajari anak mengenal nabi dan mencintai nabi.


Selain ceramah tentang ibu bapa, Ustaz Kazim Elias juga berkongsi tips untuk ajar anak-anak. Perkara penting yang turut perlu diajar kepada anak adalah amalan harian seperti witir, puasa 3 hari dan juga tentang solat dhuha.


Banyak perkongsian dari Ustaz Kazim Elias pada majlis ini.



Kenali Hatimurni Pusat Pendidikan Islam Swasta


Hatimurni merupakan Pusat Pendidikan Islam Swasta (Sekolah Islam Swasta - Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Hatimurni telah ditubuhkan semenjak tahun 2007 oleh pengasasnya Ustazah Siti Khadijah Mohni dan suaminya Ustaz Engku Ahmad Fadzil. 


Hatimurni menyediakan perkhidmatan sekolah KAFA di awal usia 7 tahun termasuk Kelas Mengaji & KAFA Hujung Minggu. Fokus utamanya adalah untuk membantu ibu bapa dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak dan penerapan adab dan akhlak Rasulullah SAW ke dalam diri anak-anak. 


Kini, Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni beroperasi di 3 pusat iaitu di Wangsa Maju Kuala Lumpur, Setiawangsa Kuala Lumpur dan Seksyen 7 Shah Alam. Selain dari itu, Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni juga menawarkan kelas pendidikan agama secara online yang kini bukan sahaja dihadiri oleh anak-anak di Malaysia malahan dari luar negara sehingga ke Dubai dan Qatar. 





Untuk maklumat lanjut tentang kelas kafa swasta yang disediakan oleh Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni boleh hubungi 60196664225 atau 60133044225.


Anak-anak sekitar kawasan Shah Alam, Kuala Lumpur, Putrajaya, seluruh Malaysia malah dari luar negara dialukan untuk mendapatkan pendidikan Islam lebih meluas dalam bentuk tuisyen, juga kelas kafa swasta di sini. 


Sebagai tanda kesyukuran Pusat Pendidikan Islam Swasta, Hatimurni ingin menghadiahkan ibu bapa dengan Ebook PERCUMA - 20 Tips Didik Anak Berilmu. Anda hanya perlu layari www.didikanakberilmu.com.my untuk mendapatkannya. 


In Shaa Allah, buku yang lebih padat - 101 Tips Didik Anak Berilmu akan diterbitkan dalam bentuk buku sebenar sempena ulang tahun ke-15 Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni pada bulan November 2022 ini. In Shaa Allah.




Sabtu, 25 Jun 2022

Mengapa Pilih Takaful?

6:32 PTG 0
Mengapa Pilih Takaful?


Takaful adalah konsep dimana sekumpulan peserta bekerjasama menjamin antara satu sama lain terhadap sebarang kerugian atau kerosakan. Memang konsepnya sama seperti insurans tapi ramai warga Malaysia, tidak mengira jantina, kaum dan agama, semakin berminat dengan takaful.


Takaful juga tidak sama seperti insurans kerana ia berkonsepkan islamic dan bukan pelaburan konvensional yang was-was. Berikut adalah 3 sebab utama mereka memilih takaful berbanding insurans konvensional. 



1. Keuntungan Yang Setimpal


Bila anda menyertai perlindungan takaful, keuntungan daripada pelaburan akan dikongsi antara semua peserta dan pemegang saham yang lain. Pengendali mendapat keuntungan melalui caj yuran atau lebihan keuntungan. Walau bagaimanapun, jumlah bayaran daripada lebihan pengendali Takaful tidak akan melebihi jumlah yang dibayar kepada peserta Takaful.


Ini berbeza dari insurans konvensional, dimana wang atau keuntungan tambahan di bawah insurans menjadi milik pemegang saham syarikat tersebut.


2. Patuh Syariah


Buat muslimin, takaful memberikan peluang untuk mendapatkan perkongsian keuntungan yang selari dengan ajaran Islam. Sebagai konsep perlindungan yang patuh syariah, ianya bebas daripada riba (faedah), gharar (ketidakpastian, peluang atau risiko) dan maysir (aspek perjudian atau spekulasi).


Selain itu, Lembaga Penasihat Syariah dalam pengurusan takaful bertanggungjawab dalam memantau aktiviti-aktiviti operasi. Tugas mereka adalah untuk memastikan semua aktiviti yang dijalankan mematuhi prinsip syariah agar peserta tidak rasa risau atau ragu-ragu. 


3. Dibina Atas Nilai Kerjasama




Prinsip Islam yang diamalkan menjadikan Takaful produk pilihan ramai, bukan sahaja atas faktor agama, tapi juga dari aspek praktikaliti dan kesesuaian dalam sistem insurans pada zaman ini. Prinsip ta'awun membuatkan para peserta saling bekerjasama untuk membantu antara satu sama lain.


Penekanan prinsip ini dan bukannya keuntungan semata-mata menjadikan takaful sebuah perlindungan dan pelaburan alternatif yang lebih telus dan demokratik berbanding produk-produk konvensional di pasaran. 


Tentang Takaful Ikhlas

Imej via [besproduction]

Sebagai pengendali takaful, Takaful Ikhlas memberikan pelbagai peluang untuk mendapatkan perlindungan yang komprehensif serta pelaburan yang patuh syariah di Malaysia. Dimulakan pada tahun 2002, Takaful Ikhlas merupakan sebuah nama yang tidak asing dalam dunia kewangan islamik.


Jom ketahui lebih lanjut tentang mereka dan lihat sendiri pelan-pelan takaful yang ditawarkan di sini https://www.takaful-ikhlas.com.my/


Ahad, 25 Oktober 2020

Cara Mandi Wajib Dan Mandi Junub

4:45 PTG 0
Cara Mandi Wajib Dan Mandi Junub

Dahulu kita mengupas isu apakah perbezaan antara mandi wajib dan juga mandi junub. Tapi korang dah tahu kan apa perbezaan mandi wajib dan mandi junub? Sebenarnya ia sama sahaja. Tak ada beza. Keduanya adalah mandi wajib. Kita mandi wajib sebab berjunub lah maksud yang sampaikan orang panggil mandi junub tu.

cara mandi junub

Ok, sekarang kita akan belajar bagaimana nak mandi wajib atau mandi junub ni. Cara mandi wajib dan mandi junub ini sebenarnya mudah dan ada cara-caranya yang betul perlu kita ikuti. Untuk pengetahuan anda, cara mandi wajib dan cara mandi junub ini telah diajar dalam hadis-hadis nabi yang sahih berkaitan mandi wajib dan junub ini.

Mengikut sumber Pejabat Mufti Agama Wilayah Persekutuan pula, para ulama’ meletakkan syarat fardu bagi mandi wajib hanya tiga, iaitu:

  1. Niat
  2. Menghilangkan najis jika sekiranya ada pada badan.
  3. Meratakan air ke seluruh rambut (bulu-bulu) dan badan. (Rujuk Matan Ghoyah wa al-Taqrib: 21)

Berkaitan perbahasan niat, perbuatan berniat hendaklah dilakukan ketika membasuh basuhan pertama keatas anggota badan. Manakala berkaitan bilangan niat untuk sebab-sebab hadas yang banyak, Syeikh Hasan al-Kaf menerangkan di dalam kitabnya ini dengan menyebut:


مَسْأَلَةٌ (1): إِذَا اجْتَمَعَ عَلَيْه غُسْلَانِ وَاجِبَانِ فَأَكْثَرَ (كَالجِمَاعِ وَ خُرُوجِ المَنِيّ) فَهَلْ تَكْفِي عَنْهُمَا نِيَّةُ وَاحِدَةٌ؟

الجواب: نَعَمْ تَكْفِى نِيَّةٌ وَاحِدَةٌ لَهُمَا. وَ مِثْلُهُ فِي غُسْلِ السُنَّةِ


Maksudnya: Permasalahan 1: Jika sekiranya berkumpul dua atau lebih sebab yang menyebabkan wajib untuk mandi junub seperti jima’ dan keluar air mani contohnya, adakah memadai dengan satu niat sahaja. Jawapan: Ya, memadai dengan satu niat sahaja bagi kedua-dua sebab tersebut. Sama juga bagi mandi sunat (iaitu memadai satu niat sahaja untuk dua mandi sunat). (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 118).



Erti Mandi Wajib Dan Cara Mandi Wajib Sebenar


Pengertian mandi atau al-ghuslu (الغسل) menurut pengertian Bahasa Arab ialah:

“Mangalirkan air ke seluruh anggota tubuh badan”. ( Fath al-Bari, 1/359)


Al-Guslu (mandi) ialah: Menyempurnakan membasuh (mencuci) seluruh jasad (tubuh badan)”.(Lisanul Arab. 2/988)


Berkata Ibnu Hajar rahimahullah, dalam menjelaskan maksud mandi junub (mandi hadas besar):


“Hakikat mandi junub ialah menjirus (mengalirkan) air ke seluruh anggota tubuh  (dari hujung rambut ke hujung kaki). Sebahagian ulama mewajibkan berkumur-kumur dan menghisap air ke hidung (memasukkan air ke dalam hidung) semasa mandi junub”.( Fath al-Bari. 1/359)


8 Cara Mandi Wajib Atau Mandi Junub


Berkaitan semua hadis yang ditemui tentang mandi junub Nabi SAW, kami dapat simpulkan bahawa cara-cara mandi wajib yang boleh kita ikuti dan betul adalah seperti berikut. (Sumber dari Blog addienblog)

1. Mencuci kedua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Ia dilakukan sebanyak tiga kali.

2. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri sebelum memulakan membersihkan kawasan lain.

3. Setelah mencuci kemaluannya, Nabi s.a.w menggosok tangannya ke tanah beberapa kali iaitu dua atau tiga kali.

4. Berwuduk sebagaimana anda berwuduk untuk solat. Ada kalanya mentakhirkan dari mencuci kakinya.

5. Memasukkan jari-jemari ke dalam air kemudian menyela-nyela rambut dengan kedua-dua jari-jemari tangan sehingga rata. Ratakan air pada rambut anda, setiap urat rambut harus kena air.

6. Menuangkan air ke atas kepala tiga kali, sama ada dengan menceduk dengan kedua tangan atau dengan gayung.

7. Menjirus, meratakan dan membasuh ke seluruh tubuh badan

8. Selepas mandi tidak diwajibkan berwuduk semula jika wuduk sebelum mandi tidak batal tetapi jika sekiranya batal maka wajib memperbaharui wuduknya semula.

“Dari Aisyah radiallahu anha: Adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak berwuduk setelah selesai mandi junub”. ( Riwayat  Ahmad, Ibnu Majah, Abu Daud. 1/171. TIrmizi, 1/72)

Maka jelas di sini bahawa mandi wajib ini syarat dan pentingnya untuk kita ratakan seluruh air ke semua anggota tubuh badan kita. Pastikan mandi wajib kita sah. Untuk mandi wajib, tidak semestinya mandi lama. Mandi sekejap asalkan seluruh anggota kita rata dengan air pun boleh. Pastikan sah.

Terjawab sudah persoalan mandi wajib atau mandi junub ini. Moga bermanfaat buat anda semua. Terima kasih sudi membaca di blog saya. Moga anda semua dipermudah urusan, dilancarkan rezeki. Amiin ya rabbal alamin.

Ahad, 5 Julai 2020

Cara Buat Duit Di Internet (Jika Terdesak Nak Duit)

12:31 PG 0
Cara Buat Duit Di Internet (Jika Terdesak Nak Duit)
Jangan kecam kalau tak pernah lalui pengalaman bagaimana terdesaknya nak duit.  100% entry ini adalah berdasarkan pengalaman dan terbukti berkesan (bergantung kepada diri sendiri). Jika sis boleh, korang pun boleh.

Al-kisahnya bermula suatu masa dulu, sis berhenti kerja sebab nak buat bisnes. Korang bayangkanlah, sudah siap standby modal besar iaitu duit simpanan sebelum ni, tup tup terpaksa guna duit tersebut untuk hal lain. Jadi, duit modal dah krik-krik. Macam mana nak start bisnes kalau tak ada modal. Takpe, jangan risau, kan banyak cara buat duit tanpa modal.

Tapi dalam fikiran sis, masalahnya kalau nak jual barang itu akan makan masa, sedangkan sis waktu tu terdesak nak duit.

Lalu, sis berfikir dan mencari segala ruang dan peluang buat duit di internet. Kebanyakan yang sis jumpa adalah kena jual barang, kena jawab survey dan juga kenxa jual simkad la apa la macam-macam lagi.

Ketika itu, sis sedar bahawa nak duit ni tak mudah, kita tetap kena buat sesuatu juga. Jika tak nak buat apa-apa tapi nak duit, itu kita kena buat modal untuk beberapa jenis pelaburan. Jangan masuk skim cepat kaya sudah. Al-maklumlah, zaman millenial ni memang macam-macam program buat duit yang kita pun tak tahu scam atau tidak.


Dipendekkan cerita, kalau terdesak nak duit, korang kena cari cara buat duit di internet yang ciri-cirinya begini:

1.  Bayar selepas kerja siap terus. Tak perlu tunggu lama-lama, berbulan-bulan dan sebagainya. Sah-sahlah sebabnya kita terdesak nak duit, jadi kena cari cara buat duit di internet yang bayar terus selepas siap kerja kita buat tu.

2.  Cara buat duit di internet tu trusted, dipercayai dan terbukti. Kalau kita nampak cara yang kita tak tahu betul ke tak boleh dapat duit tu, kirim salam dan bye-bye lah, Jangan buang masa buat.

3.  Ketahui bahawa cara buat duit di internet tu adalah sesuatu yang kita reti buat, boleh buat dan pandai buat. Kalau kita tak reti, jangan juga buang masa hentam dan sebagainya. Kang tak dapat duit, menyesal pula.

4.  Servis atau perkhidmatan adalah cara buat duit di internet yang sesuai bagi orang yang terdesak nak duit. Sebabnya, kalau perkara yang melibatkan servis ni, selepas kita buat, konfim kita dapat duit. Tapi korang kena dan boleh buatlah servis itu.

👆

Ok, berdasarkan keempat-empat ciri cara buat duit di internet yang sesuai untuk kita yang terdesak nak duit ini, boleh korang teka tak apa caranya?


Ini sis bagitahu rahsianya. Kalau korang boleh terima, teruskan membaca sampai habis entry ini sebab sis nak cerita lebih detail supaya bantu korang buat duit hari ini atau esok juga.

Ini adalah apa yang sis sendiri pernah buat ketika terdesak nak duit mula-mula dulu.

1.  Langkah 1: Kita Terdesak Sangat kan?

Buka facebook dan taip 'Penulis diperlukan'. Perghh, konfim-komfim kita kena jadi penulis. Jangan risau dulu, sis waktu tu tak reti tulis apa-apa pun, tapi sis tahu ada orang yang bayar hari ini juga bila dia nak servis menulis kita. Jangan risau kalau tak ada pengalaman sebab semua orang bukan nak penulis pengalaman, ada yang nak pekerja dari rumah dan akan ajar kita.

Apa yang kita nak buat ni adalah tahap ikan bilis tau sebab kita terdesak, so korang bukannya cari client yang minat nak suruh tulis pasal produk la itula inilah, tapi korang pm Internet marketer yang perlukan penulis untuk blog atau website dia sebab segelintir tu memang perlu penulis dan willing untuk ajar korang.

2.  Langkah 2: Terus Bertindak Begini


Pm seorang demi seorang yang nak penulis tu. Jujur bagitahu yang korang ni nak buat kerja di internet atau dari rumah untuk tambah pendapatan. Jujur juga bagitahu yang korang belum ada pengalaman menulis dengan orang lain. Insyallah ada rezeki korang.

Bila ada yang nak bagi peluang, pastinya dia akan suruh korang tulis 1 artikel atau penulisan dulu. Jangan segan minta dia format artikel, contoh artikel dan tanya ja apa yang korang taktahu. Jangan buat-buat tahu, lebih baik korang tanya banyak berbanding korang diam bajet tahu tapi hantar penulisan hasil budak tadika.

3.  Langkah 3: Buat je, Redah!


Mengikut contoh yang diberi, korang tulis je dan submit kat mereka. Mereka pastinya akan beri komen, ajar apa yang salah dan nasihatkan korang. Almaklumlah itu kan first time penulisan korang disebabkan terdesak nak duit kahkahkah. Tapi jangan risau, percayalah, itu merupakan titik permulaan untuk korang jadi penulis walaupun tak pernah terfikir.

Ok what? sebabnya korang akan ada duit sampingan selain bekerja tetap dan lain-lain. Contoh bila dah pandai tulis, pasti seminggu 2-5 artikel diberi untuk korang tulis. So banyaklah pendapatan dapat juga la kan? Daripada tak dapat.

4.  Ehh, Dapat Duit Dah. Alhamdulillah


Ok sambung tadi. Lepas dah submit penulisan pertama korang kat mereka. Terimalah apa yang mereka cakap. Dan best sangat mereka akan terus buat pembayaran! Selalunya begitu! Nampak mudah je kan? Nak buat pun mudah sebenarnya. Cuma korang kena berani mencuba je.

Sejak sis cuba cara ini, itulah titik permulaan sis menjadi seorang penulis yang serius atau lebih kepada penulis bebas. 

Percaya atau tidak, setakat ni sis menulis dengan 2 orang yang minta tulis artikel di website mereka bulanan paling banyak mencecah RM 4,000. Korang pun boleh. Buat je. Kena berani cuba dan kena banyak belajar.

Kita semua memang zero knowledge dan tak yakin, sebab tu kita kena belajar. Tambah ilmu setiap masa, abaikan negatif vibes. Memang orang akan mengata kalau tak suka kita, tapi biar kita tingkatkan nilai diri kita dengan ilmu.

Ilmu ini akan jaga kita kemana pun kita pergi selain dari agama.

Alhamdulillah asbab belajar dari Panduan Penulis, sedikit demi sedikit orang percaya kita, bagi kita job menulis banyak dan boleh buat income (cara buat duit di internet) walaupun kita terdesak nak duit.

Ada orang tu, siap bagi bonus lagi! Gila Tak? Memang boleh buatkan! Tengok gambar bawah ni sis belanja zaman-zaman sis menulis sebab terdesak nak duit. Memang sehari dua sis pulun juga menulis dan hantar. Dapatlah duit!









Apapun sis nak bagitau, biarpun kita rasa beberapa artikel tu macam nilainya tinggi, tapi kena semak juga kita ni tahap ikan bilis atau tahap gajah. Pada tahun 2018 macam dalam gambar di atas, sis masih lagi tahap ikan bilis hehe. yang masih belajar banyak untuk menulis. Jadi sis terima penulisan 300 words dan 800 words. Selepas lama menulis, sis juga dah terima untuk 1500 words. So bayaran dia tak sama. Itu nanti korang akan laluinya bila dah jadi penulis, yang penting buat duit di internet dulu.

Kenapa menulis ni merupakan salah satu cara buat duit di internet? Sebab kita hanya bertemankan media sosial, rangkaian alam maya untuk dapatkan job menulis dan kita buat. 

Jadi, bagi pendapat sis, cara buat duit di internet ini amat sesuai untuk anda yang terdesak nak duit. Sambil tu, tolong belajar untuk menulis dengan baik. Jangan jatuhkan martabat penulis pula. Hihi. Lepas dah belajar menulis dengan orang, korang boleh buat income pasif dengan bina blog korang sendiri pula. 

Jadi blogger pula! Jana income dengan blog pula! Best sangat.

For those yang tanya apa tips sis tambat hati mereka untuk dapatkan income lumayan di internet ini, sebenarnya korang boleh belajar segala panduan dari A-Z melalui Panduan Rahsia Penulis ini. Itu pun kalau korang benar-benar nak buat duit di internet dan terdesak nak duit.  Sebab ilmu tu tak pernah rugi jika dilaburkan. Jangan klik Rahsia penulis di bawah kalau korang serius tak nak buat duit mudah dengan menulis.

Selasa, 28 Januari 2020

11 Kesan Menakutkan Jika Orang Islam Tidak Berdakwah Di Dunia

1:31 PTG 0
11 Kesan Menakutkan Jika Orang Islam Tidak Berdakwah Di Dunia
Zaman nabi dulu, semua beriya-iya nak sebarkan Islam. Zaman kita, semua hidup dalam zon selesa dan tak ingat tanggungjawab kita adalah berdakwah dan sebarkan Islam.  Sekiranya dakwah ditinggalkan, terdapat banyak kesannya terhadap kita yang merupakan umat Nabi Muhammad SAW ni. 

Sebab tu, kalau korang perasan, Cina yang masuk Islam, mesti suka berdakwah. Sebab mereka tahu wajib untuk kita sebarkan hal yang benar dan betul. Tapi kita pada hari ini? Buat macam dakwah tu tak wujud dan tak wajib.  Untuk pengetahuan korang, dakwah adalah gedung pahala kita yang paling besar sekali. Untungnya ia juga boleh bawa kita ke syurga Insyallah.

Imej yang berkaitan

Apa akan jadi jika dakwah ditinggalkan?


1.  Diharamkan Keberkahan Wahyu (Tidak bisa memahami al-qur’an dan hadits)


Diriwayatkan dari Abu Hurairah Ra. beliau berkata bahwa Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

“Apabila ummatku mengagungkan dunia maka akan dicabut darinya kehebatan islam, apabila mereka meninggalkan amr bil ma’ruf (mengajak kepada kebaikan) dan nahi ‘anil munkar (mencegah kemungkaran maka diharamkan atasnya keberkahan wahyu dan apabila mereka saling caci mencaci maka jatuhlah mereka dari pandangan Allah swt."

 (HR Hakim dan Tirmidzi – Dari kitab Durrul mantsur).

2.  Diadzab Seperti Diadzabnya Bani Israil


Dari Urs bin ‘amirah ra. berkata bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengadzab masyarakat banyak disebabkan kejahatan segelintir orang, sehingga segelintir orang itu melakukan suatu kejahatan yang sebenarnya mampu dicegah oleh masyarakat banyak, tetapi mereka tidak berusaha mencegahnya. Ketika terjadi demikian, maka Allah akan membinasakan semuanya, masyarakat banyak dan segelintir orang tersebut” 

(HR Imam thabrani dan sanad-sanagnya tisqat/terpercaya – majmauz zawaa’id VII/528).- tafsir (surat al Maidah [5] :78).

[QS 5:78] Telah dila’nati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.

3. Doa Tidak Dimakbulkan


Dari Hudzaifah bin al yaman ra. dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam beliau bersabda :  

"Demi dzat yang nyawaku dalam kekuasaannya! kalian harus menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran ! atau (jika tidak), Allah akan mengirimkan pada kalian adzab dari-Nya, kemudian kalian berdoa (meminta tolong kepada-Nya), tetapi Dia tidak menerima doa kalian"

(HR Tirmidzi, katanya hadits ini hasan. Bab tentang amr ma’ruf nahi munkar, hadits nomor 2169).

4. Dibangkitkan Pemimpin Zalim


Hadzat abu darda ra. salah seorang shahabat yang masyhur berkata : 

“Tetaplah kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kalau tidak Allah Swt akan membangkitkan pemimpin (raja) yang dhalim yang memerintah kamu. Dia (aja dhalim) tidak akan menghormati orang tua kamu dan tidak akan menaruh belas kasihan kepada yang muda-muda dikalangan kamu. Pada masa itu, doa orang-orang shalih tidak akan diterima, Kamu inginkan bantuan tapi bantuan tidak akan diberikan, kamu mohon keampunan tetapi Allah swt tetapi kamu tidak akan diampuni”.

[47:7] Hai orang-orang mu’min, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Qs. Muhammad ayat 7).

Kesan Menakutkan Lain Akibat Tidak Berdakwah


5.  Pintu hidayah tertutup, banyak orang islam murtad. Sekarang pun dah macam-macam kes murtad jika kita peka dan selalu menonton youtube berkaitan kes Islam semasa.


6.  Orang islam banyak yang mati tanpa mengucapkan kalimah tayyibah. Sedangkan syaitan itu masih usaha untuk murtadkan kita walaupun roh ditarik dari kaki, bagaimanalah kita nak survive mati dengan ucap dua kalimah syahadah. 

Sebenarnya kita tak perlu risau dunia nak kiamat, cukuplah kita risau kalau bila-bila masa sahaja kita boleh ditarik nyawa dan sempat tak kita saksikan Allah itu Esa.


7.  Orang-orang munafiq banyak memberontak (pada pemimpin/khalifah). Ini jelas telah berlaku pada zaman sekarang. Salah siapa? Salah kita jugalah sebab tidak berdakwah dari dulu lagi. Jangan berharap untuk Ustaz Ebit liew je berdakwah. Dakwah itu tanggungjawab semua umat Islam di dunia.


8.  Orang kafir berani menyerang/membunuh orang islam. Cuba bayangkan jika orang Islam seluruh dunia terlalu kuat berdakwah dan kuat mempertahankan agama. 


Orang kafir yang akan takut dengan kita. Sebab tu, mereka sendiri buat kenyataan akan gentar kalau orang solat berjemaah waktu subuh sama banyak macam orang solat jumaat. Mereka tahu kalau itu berlaku, Islam akan betul-betul kuat. 


9.  Muncul Nabi-nabi palsu/aliran-aliran sesat. Sedihkan? Ini semua kesan menakutkan akibat kita tidak berdakwah.  Kita kena tahu juga dimana silap kita sehingga perkara ini berlaku.


10. Kemaksiatan merajalela. Ya, apabila dakwah tidak diteruskan. Maksiat pun akan berlaku secara maharajalela. Tiada siapa yang kisah, hanya harapkan pencegah maksiat je, sebab itulah maksiat berlaku lagi tak henti. Wajiblah kita berdakwah untuk sama-sama menjaga agama.



11. Keberkahan rezeki dicabut 

Ramai bising kerana harga barang naik, susah nak tarik rezeki dan macam-macam lagi. Tetapi kita tak sedar yang beri rezeki tu Allah, kenapa kita tak taat bagaimana sahabat nabi taat kepada Allah?

Hasil carian imej untuk perbincangan kawan-kawan

Berdakwah lah, buat apa yang kita belum buat. Sempurnakan iman kita dan berilah manfaat kepada mereka untuk dalam mendalami Islam.  Insyallah Allah sayang kita dan kurniakan rezeki yang berkah buat kita.

Sekian tazkirah untuk hari ini 😊

Ahad, 26 Januari 2020

Sejarah Solat Dan Kisah Disebalik Kewajipan Solat 5 Waktu

4:06 PTG 0
Sejarah Solat Dan Kisah Disebalik Kewajipan Solat 5 Waktu
Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam dan terbahagi kepada dua iaitu solat fardhu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang sudah baligh dan berakal (waras) sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu dan solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam. Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu solat subuh, solat zohor, solat asar, solat maghrib dan solat Isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada (ganti) dan bagi mereka yang musafir, ia merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan, dan harus bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya. Berdasarkan satu petikan hadis :

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan oleh Nya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepada Nya”


(Hadis Riwayat Ahmad)


Hasil carian imej untuk solat zaman nabi


Sejarah Solat dan Kisah Disebalik Kewajipan Solat 5 Waktu



Kita sudah ketahui apa itu solat dan sekarang, apa kata kita ketahui tentang sejarah solat pula? Mesti ramai di antara anda yang belum tahu tentang sejarah solat bukan? Jom kita lihat sejarah solat bagi setiap waktu:

1. Sejarah Solat Subuh


Sejarah solat subuh terjadi apabila selepas kejadian Nabi Adam A.S. dikeluarkan dari syurga kemudiannya baginda dihantar ke bumi akibat melanggar perintah Allah S.W.T. . Apabila pertama kali Nabi Adam A.S. tiba ke bumi, perkara pertama yang dilihatnya adalah kegelapan dan baginda amat ketakutan.

Namun apabila terbitnya fajar di waktu Subuh, baginda pun solat dua rakaat kerana bersyukur terlepas dari kegelapan malam dan bersyukur kerana siang telah menjelma.

2. Sejarah Solat Zohor


Sejarah Solat Zohor pula terjadi apabila Nabi Ibrahim A.S. bersyukur kerana semasa upacara penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S. yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. ditukarkan dengan kibas ketika waktu tergelincirnya fajar. Maka Nabi Ibrahim A.S. bersujud kesyukuran kepada Allah S.W.T. sebanyak empat rakaat.

3. Sejarah Solat Asar


Nabi Yunus A.S. merupakan orang pertama yang solat Asar dan merupakan sejarah solat Asar pertama pada hari dimana baginda dikeluarkan dari perut ikan nun.

Baginda telah dimuntahkan oleh ikan nun pada waktu yang telah hampir waktu Asar di tepi pantai. Kemudiannya, baginda besyukur dan bersembahyang 4 rakaat kerana telah diselamatkan dari perut ikan nun. 

4. Sejarah Solat Maghrib


Sejarah solat Maghrib pertama kalinya berlaku apabila Nabi Isa A.S. dikeluarkan oleh Allah S.W.T. dari kejahilan dan kebodohan kaumnya sendiri. Kejadian waktu itu berlaku pada waktu terbenamnya matahari.

Nabi Isa A.S bersyukur lalu bersembahyang tiga rakaat kerana telah diselamatkan dari kejahilan tersebut.

5. Sejarah Solat Isyak


Sejarah solat Isyak pula berlaku ketika Nabi Musa A.S. tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan.

Dimana ketika ini dadanya dipenuhi dengan rasa kecewa, dan Allah S.W.T. menghilangkan kesemua rasa kecewa Nabi Musa tersebut diakhir waktu Isyak. Lalu kemudian baginda menunaikan solat 4 rakaat sebagai tanda syukur kepada Allah S.W.T. 

Kita semua ketahui bahawa solat merupakan tiang agama, malah solat juga kunci kepada terimanya semua amalan yang dilakukan dalam mengejar ganjaran pahala dan syurga.


Hasil carian imej untuk solat malam


Solat Waktu Malam


Sebelum solat lima waktu diwajibkan keatas umat Islam, solat pertama yang diwajibkan adalah solat waktu malam. Firman Allah S.W.T. :

“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk solat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya)”

Surah Al-Muzzammil (Ayat 1 hingga 2)

Kemudian selepas itu, melalui firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Muzammil ayat 20, memberi keringanan dalam kewajipan solat malam dan ianya diganti dengan qiammullail iaitu menghidupkan malam dengan ibadah seperti solat malam, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Jadi kita sudah ketahui sejarah solat dari waktu Subuh sehingga waktu Isyak. Jom kita ketahui pula kisah disebalik kewajipan solat 5 waktu.

Solat lima waktu telah diwajibkan keatas umat nabi Muhammad S.A.W. yang merupakan penutup kepada segala nabi dan rasul serta penghulu kepada segala para sekalian nabi (anbia’). Jika dibandingkan dengan para nabi sebelumnya, proses solat dilakukan atas beberapa faktor.

Namun ibadah yang diwajibkan ke atas umat rasulullah S.A.W. diterima oleh baginda secara terus daripada Allah S.W.T. dan pada asalnya Allah memerintahkan untuk solat adalah sebanyak 50 waktu sehari semalam.


Ketika Peristiwa Israk Dan Mikraj


Kisah disebalik asalnya kewajipan solat 5 waktu ini terjadi pada peristiwa Israk dan Mikraj. Didalam peristiwa ini, rasulullah bukan sahaja menerima perintah kewajipan bersolat, namun baginda berpeluang berjumpa dengan para nabi dan rasul terdahulu malahan berkesempatan juga berbual dengan para nabi-nabi terdahulu.

Rasulullah S.A.W. juga diperlihatkan dengan manusia yang menanggung azab kerana ingkar dengan perintah Allah serta betapa nikmatnya mereka yang patuh kepada perintah Allah.

Dalam peristiwa ini, rasulullah S.A.W. telah dibawa ke Sidratul Muntaha. Sidratul Muntaha terletak melepasi garisan langit ketujuh dan hanya boleh dilepasi oleh Rasulullah S.A.W. sahaja.

Pada asalnya, solat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada Rasulullah SA.W. adalah 50 kali sehari semalam, namun apabila tibanya dilangit ke enam, Rasulullah bertemu dengan Nabi Musa A.S. yang menasihatkan supaya bertemu kembali dengan Allah S.W.T. bagi meminta untuk mengurangkan lagi waktu solat kerana umat rasulullah S.A.W. adalah umat yang lemah untuk solat sebanyak 50 kali sehari semalam.


Rasulullah menerima nasihat itu lalu baginda pun kembali menghadap Allah S.W.T. untuk meminta pengurangan jumlah solat 50 waktu. Lalu kemudiannya Allah mengurangkan jumlah 50 waktu kepada 40 waktu.



Lalu Rasulullah kembali turun ke lapisan langit keenam untuk bertemu Nabi Musa A.S. namun Nabi Musa A.S mencadangkan agar jumlah itu dikurangkan lagi dan begitulah seterusnya berulang kali sehingga jumlah tersebut berkurangan menjadi 5 waktu. 

Selepas perintah itu ditetapkan menjadi 5 waktu, Rasulullah turun bertemu Nabi Musa dan Nabi Musa mencadangkan lagi agar jumlah waktu itu dikurangkan lagi namun baginda Rasullullah S.A.W. berasa amat malu memohon keringanan berulang kali kepada Allah SWT dan baginda redha dan akur menerima perintah solat 5 waktu sehari semalam.

Kemudian, baginda pun kembali ke bumi dengan membawa perintah Allah untuk solat 5 waktu sehari semalam dan pada awalnya kewajipan bersolat, semua waktu solat hanya diwajibkan dua rakaat sahaja kecuali Maghrib iaitu tiga rakaat. Namun selepas baginda berhijrah ke Madinah, Rasulullah S.A.W. mendapat wahyu supaya pada waktu solah zohor, asar dan isyak ditambah kepada empat rakaat.



Kesimpulannya, solat itu mempunyai rahsia yang tersendiri yang kesannya boleh dirasai jika seseorang itu melakukannya dengan penuh ikhlas dan semata-mata kerana Allah dalam mencari keredhaan dari Nya.

Solat dapat membentuk jati diri kita kearah peribadi yang lebih mulia, menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat serta membentuk diri menjadi seorang yang lebih ikhlas dalam melakukan ibadah. Mulai saat ini, marilah kita memperbaiki solat kita ke arah yang lebih baik agar segala amalan kita diredhai oleh Allah S.W.T.