Masalah Pemakanan Anak Yang Tidak Sihat | 6 Cara Atasi Masalah Pemakanan Anak

Akibat terlalu sibuk dengan kerjaya dan tidak sedar akan kepentingan pemakanan anak yang sihat, ramai ibu bapa telah mengabaikan pemakanan anak secara tidak sengaja. Apa kita bagi, anak makan begitu sahaja. Apa ada dirumah, itulah yang anak makan! Oleh itu, siapa sebenarnya yang beri makan kepada anak dan apakah khasiat makanan tersebut?


Percaya atau tidak, masalah pemakanan anak yang tidak sihat sangat banyak di Malaysia. Mengikut kajian dan fakta dari sumber Sinar Harian, didapati bahawa anak-anak membesar mengalami masalah pertumbuhan dan masalah kesihatan yang serius.  Jom lihat antara kajian terhadap masalah anak alami beserta dengan statistik.


Gambar hiasan: Akibat makan gula-gula selalu, habis gigi anak rosak


Kajian / Fakta tentang Anak Terbantut, Tidak Sihat dan Masalah Kurang Berat Badan


  • Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati bahawa 17.7 peratus kanak-kanak dan remaja di Malaysia berusia 5 hingga 19 tahun mengalami masalah pertumbuhan terbantut.

  • Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) tahun lalu pula melaporkan kes kalangan kanak-kanak miskin bandar iaitu seramai 23 peratus golongan itu mengalami masalah tumbesaran terbantut. Manakala 15 peratus pula berdepan masalah kurang berat badan.

  • Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) pula menyebut, kadar kanak-kanak yang tumbesarannya terbantut meningkat daripada 17 peratus pada 2006 kepada 20.7 peratus pada tahun 2016 iaitu kira-kira dua daripada 10 kanak-kanak. Selain itu, bagi tempoh sama, kanak-kanak yang mengalami masalah kurang berat badan juga meningkat daripada 12.9 peratus kepada 13.7 peratus.

  • Berdasarkan Kajian Nutrisi Kanak-kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), satu daripada tiga keluarga Malaysia kekurangan nutrisi penting terutamanya vitamin C, zat besi dan kalsium.


Masalah Utama Ibu Bapa Adalah Pemakanan Anak


Apabila berlakunya masalah kesihatan yang serius seperti kurang berat badan, tumbesaran anak terbantut, mempunyai penyakit sejak dari kecil dan banyak lagi di sebabkan kurangnya zat dalam tubuh badan, penting untuk ibu bapa reset minda semula. Fikirkan apakah penyelesaian terbaik untuk anak-anak.


Masalah utama ibu bapa yang sebenarnya di sini adalah dari segi pemakanan anak. Mungkin kita kurang sedar khasiat makanan yang kita beri atau mungkin kita salah bagi makanan. Kenapa makanan? Ia adalah salah satu faktor yang dapat menyihatkan anak-anak. Dan pemakanan ini perlulah di amalkan sejak dari kecil lagi.





6 Cara Atasi Masalah Pemakanan Anak Yang Tidak Sihat


  • Kurangkan makanan ringan yang bahaya seperti keropok yang mempunyai pewarna, pengawet dan sebagainya.

  • Jaga pemakanan anak seperti beri makan pada waktu yang sepatutnya, tepat dan dalam kuantiti terbaik untuk mereka.

  • Tukar pemakanan yang kurang zat kepada jenis makanan yang berkhasiat, makanan sihat dan juga makanan sunnah

  • Jadikan amalan makan makanan sihat dan sunnah ini sebagai satu rutin dalam kehidupan harian anda sekeluarga. Jangan tunggu sudah sakit baru nak jaga makan, sebaliknya mula dari sekarang. Bukan orang sakit atau anak sahaja amalkan, tetapi seluruh isi keluarga perlu amalkan juga.

  • Buat kotak makanan sihat di rumah di depan TV. Tiap kali nak berkudap-kudap, anak dan ahli keluarga lain boleh makan makanan yang terkandung dalam bekas makanan tersebut.

  • Saranan makanan sihat yang perlu ada dalam setiap rumah adalah seperti buah kurma Ajwa Rihura (segar dan original ditanam di Madinah), buah aprikot kering, kismis sultana, mix fruits, mix fruits nut (buah kering seperti kiwi, mangga dan lain-lain lagi. 


Makanan Sihat Sesuai Untuk Anak


Tahukah anda, Rihura pakar dalam membantu menyelesaikan masalah pemakanan kurang sihat yang dihadapi oleh anak-anak, ibu hamil dan seisi keluarga dengan kaedah bimbingan pengamalan buah syurga Ajwa Asli Madinah. Berapa ramai yang inginkan tips percuma berkaitan pemakanan sihat anak-anak dan ibu-ibu? Teruskan membaca di bawah.


Buah Kurma Ajwa Madinah Original Selesaikan Masalah Pemakanan Anak Yang Tidak Sihat


Kenapa buah kurma Ajwa Madinah yang original? Kerana ia berbeza dengan kurma biasa yang dijual di luar sana. Percaya atau tidak, sebenarnya banyak kurma diluar sana telah diawet gula. Dulu penulis sendiri pun tak percaya, tapi bila belajar pasal kurma dengan supplier kurma dari Negara Timur Tengah, barulah penulis tahu. 

Kadang-kadang mereka awet gula sebab nak jadikan bentuk kurma tu cantik ala-ala licin dan lebih tahan lama. Sebab tu, lepas dah tahu hal ini, sebaiknya kita bertukar makan kurma ajwa Asli Madinah sahaja. Carilah kurma Ajwa madinah yang ditanam di negara Arab iaitu di Madinah. Keberkatannya sangat baik sekali. 

Sekarang pula sudah banyak negara yang tanam kurma ajwa seperti cina, pakistan, tunisia, iran dan sebagainya. Jadi, taknak tertipu beli kurma yang dikatakan kurma asli ajwa madinah tetapi rupanya bukan, rupanya ditanam di negara lain pula.

Untuk elakkan masalah sebegini, pilih Kurma Ajwa Asli Madinah yang betul-betul trusted dan dipercayai ramai seperti Kurma Ajwa Rihura. Rihura adalah perniagaan dari kaum Bumiputera Muslim yang mempunyai Certified Original Kurma Ajwa dimana ia adalah Asli dari Madinah. Kan senang bila betul-betul ori ni, tak was-was lagi!. Alhamdulillah, nak amalkan tiap hari pun rasa seronok.



Kelebihan Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura | Kurma Ajwa Madinah Original


Terdapat banyak khasiat dan kelebihan Kurma Ajwa Madinah untuk kita jadikan amalan pemakanan buat anak-anak dan juga seisi keluarga. Tubuh badan kita sangat memerlukan khasiat buah yang sangat tinggi dan kaya dengan antioksidan ini. Ia sebenarnya boleh cover khasiat buah dan sayur yang kita ambil sedikit jer sehari tu. Jadi, bila makan buah kurma Ajwa Rihura ni, alhamdulillah dapatlah khasiat untuk tubuh badan tu dengan lebih baik lagi.



Khasiat Kurma Ajwa Madinah Original Dari Rihura


  • Meningkatkan tenaga tubuh badan sepanjang hari (sama ada bekerja atau duduk rumah), tubuh akan lebih cergas dan mudah untuk lakukan urusan setiap hari.
  • Sesuai untuk ibu hamil, ibu mengandung, ibu menyusu, anak-anak kecil, golongan tua serta seisi keluarga.
  • Sesuai juga untuk suami isteri yang ikhtiar hamil kerana kurma ajwa dapat meningkatkan kualiti sperma kaum lelaki.
  • Dapat meningkatkan pengeluaran susu badan bagi ibu menyusu
  • Menguatkan rambut, tulang, kuku, gigi dan melebatkan rambut anak
  • Meransang pertumbuhan minda dan otak anak
  • Anak lebih cergas, cerdas dan bijak
  • Menghalang racun dalam tubuh badan
  • Membantu untuk rawatan ikhtiar bagi sakit santau, sihir, penyakit misteri dan terkena buatan orang
  • Melancarkan sistem pembuangan dan pencernaan
  • Dapat menguatkan antibodi / Memenuhi nutrisi yang tubuh perlukan
  • Meningkatkan stamina bagi kaum ibu bersalin, memudahkan proses bersalin, menguatkan urat rahim
  • Mengawal makan bagi mereka yang ingin diet dan kawal makan
  • Sesuai untuk pesakit yang kurang selesa makan, dapat alas perut dan dapat tingkatkan selera makan dewasa dan anak-anak kecil
  • Mengatasi masalah sembelit dalam kalangan anak-anak dan dewasa


Nak Rihura bantu lebih lanjut tentang pemakanan anak yang lebih sihat sepanjang kehidupan? Dengan pemakanan sunnah, segala masalah dapat diselesaikan dengan Izin Allah SWT. Namun tak semua anak mudah makan makanan sihat dan sunnah, ada jer yang tak nak. Itu tidak bermakna kita terpaksa tolak makanan sihat untuk mereka. Ibu, ibu, jangan buat kesilapan besar dalam menjaga anak-anak. 

Jom Rihura beri tips cara mudah untuk buat anak makan makanan Kurma Ajwa Asli Madinah atau buah yang digelar buah syurga ini, klik Wasap untuk Admin bantu.



Dapatkan Ilmu Bermanfaat, Jemput Sertai:

Komuniti Rihura

6 ulasan:

NARDtheNERD berkata...

bagus makan kurma ni :)

flizzy86 berkata...

makan kurma ni berhantu..lepas sebiji..sebiji..hehhe

Atul Hamid berkata...

bagus amalkan kurma, banyak manfaat yang dapat bila amalkan kurma

Mrs Pip berkata...

Anak anak kak pip mmg agak strict juga pemakanan mereka.
Junk food mmg try sgt nak elak.
Selalu bg anak anak makan buah ganti junk food.
Tapi dah start sekolah rendah, dah pandai juga request nak makan aiskrim and keropok.

Siti Awadah berkata...

kurma antara makanan fav. ari2 makan tak jemu. lagi2 kurma ajwa ni. sedap yang amat!! berbaloi beli

Bonde Zaidalifah berkata...

Kurma Ajwa memang sedap… bukan setakat makan begotu saja sy suka buat susu kurma

Pages