Periuk Noxxa Memang Terbaik. Kegunaan Periuk Noxxa Yang Ajaib!

Kawan tanya, kenapa saya masak nasi cuma 8 minit? Periuk nasi normal selalu sampai setengah jam, barulah nasi nak masak. Bukan saya tak nak berkongsi hal ini, Malas dicop nak menjual pula nanti. Hahaha. Tapi dont worry, saya akan kongsikan kelebihan dan kegunaan periuk noxxa yang ajaib ni.




Related image

Pernah anda dengar Periuk Noxxa atau orang panggilnya sebagai Periuk Ajaib? Seluruh Malaysia memang kagum dengan periuk ni sampai panggil periuk ajaib. Memang sangat-sangat ajaib apabila kita mula gunakannya.   

Anda pasti terkejut sebab Nombor 1 yang paling anda akan perasan adalah periuk nasi Noxxa ni memang takkan beri kesan berkerak.  Selalunya periuk biasa mudah sangat untuk meninggalkan kerak dan keadaan nasi pula mungkin jadi mentah, cepat basi dan mengambil masa yang lama untuk masak jika salah cara.  

Tapi, dengan guna periuk noxxa ini je untuk masak nasi, semuanya siap dengan sempurna dalam masa 8 minit sahaja! Tanpa meninggalkan apa-apa kerak ok!

Paling mengejutkan lagi, Periuk Noxxa membolehkan anda memasak beras atau nasi sebanyak 2 kilo sekaligus, tudia.. sangat cepat dan selamat pula tu.  

Lebih menakjubkan lagi, periuk ini bukan sahaja boleh memasak nasi, malah boleh digunakan untuk memasak pelbagai jenis masakan seperti steamboat, pulut kukus berlauk, roti jala, ayam paprik berlada, apam balik dan pelbagai lagi.  Kek pun boleh masak guna periuk ini! Kek tu...hebatnya. Tak payah dah beli oven bagai. 

Jom lihat jenis-jenis masakan yang boleh dimasak menggunakan periuk noxxa ini:



Boleh masak steamboat, bubur nasi, kek kukus, aneka bubur, Lempeng ketayap, bihun, apam balik, dodol, kek batik, aneka kek, pancake dan banyak lagi.

Related image
apam kukus, nasi impit, jagung rebus, kek coklat moist, lepat pisang, Aneka nasi seperti nasi arab, nasi briyani, nasi carrot, nasi goreng, nasi lemak, Pulut kuning, rendang ayam. Kalau nak raya, boleh masak dodol dalam ni, hanya secepat 2 minit sahaja.

Semua yang dimasak didalam periuk ini mempunyai timing-timing atau tempoh masa yang tertentu.  Sangat cepat dan mudah.  Anda pula tidak perlu risau kerana anda boleh melihat brochure dan info-info cara memasak serta timer yang disediakan. 

Mahal ke Murah Periuk Noxxa ni?

Murah je kalau anda masuk ahli dan guna harga ahli. Kalau beli runcit gitu je agak banyak juga kos. So lebih baik u all jadi ahli. Next time boleh beli macam-macam lagi di kedai amway. Macam mana nak masuk ahli dan beli periuk, wasap saya jeeeee. Klik Wasap di sini.

Cara Guna Periuk Noxxa

Terdapat beberapa pilihan bagi menggunakan periuk noxxa untuk memasak.  Anda boleh pilih sama ada Tekanan Tinggi & Rendah atau Hi-pressure atau Low-pressure.    Periuk ini juga mempunyai pelbagai fungsi iaitu  Masak Perlahan, Steam, Stir-fry, Memanas semula, Mengukus, Menumis, SLOW Cooker dan memastikan makanan sentiasa hangat atau Reheat.  Anda juga boleh melewatkan masa sehingga 8 jam atau Delay Timer.

Non-stick Saiz periuk bahagian dalam pula merangkumi
Diameter : 26.2cm - Height : 17.5cm – boleh masak 16 cawan beras.



ANDA AKAN MENERIMA:
NOXXA PRESSURE COOKER
PERCUMA VCD 
(RESEPI & CARA MEMASAK MENGGUNAKAN PRESSURE COOKER NOXXA)
Image result for periuk noxxa

Fungsi Periuk Noxxa

Berikut adalah senarai fungsi butang dan tugas kegunaan periuk noxxa:-

High Pressure - fungsi memasak dalam tekanan tinggi untuk bahan mentah seperti daging, ayam dan lain-lain

Low Pressure - fungsi memasak dalam tekanan rendah untuk bahan seperti kentang, apple, dan lain-lain (yang mungkin meletup/pecah dalam tekanan tinggi)

Warm/Reheat - memanaskan dan mencairkan masakan yang disejukbeku selepas dimasak

Stir-Fry - fungsi yang memudahkan anda menumis atau menggoreng dalam periuk Noxxa sebelum disambung dengan fungsi masakan lain

Steam - fungsi memasak dengan cara memanggang makanan seperti nasi kukus atau pau kukus dengan mengguakan air mendidih

Slow Cook - memasak secara perlahan untuk mendapatkan hasil masakan yang lembut dengan rasa yang meresap jauh kedalamnya.

Delay Timer - sangat berguna jika anda ingin memulakan masakan yang perlu diperap. Delay masa maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 8 jam dan kemudian proses memasak berjalan dengan sendiri secara automatik.


Cara Menggunakan Fungsi High & Low Pressure Periuk Noxxa

-  Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
-  Masukan makanan yang hendak dimasak kedalam pot periuk. Pastikan bahan masakan tadi dicampur dengan air minimum 250ml (8oz) untuk lakukan fungi masakan tekanan ini.
-  Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
-  Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan PRESSURE
-  Pilih fungsi High atau Low Pressure pada butang panel, tekan beberapa kali untuk menentukan berapa masa memasak yang diperlukan dalam kiraan minit (rujuk nombor pada panel)
-  Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai. Kemudian bunyi BEEP akan kedengaran menandakan masakan anda sudah siap.
-  Keluarkan tekanan dalam pot dengan meletakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM, biarkan sehingga tekanan habis (selepas knob jatuh pada kedudukan pressure). Kemudian buka penutup mengikut arah putaran jam.

Cara Menggunakan Fungsi Warm/Reheat Periuk Noxxa

-  Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
-  Masukan makanan yang hendak dipanaskan kedalam pot.
-  Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
-  Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
-  Tekan butang WARM/REHEAT pada panel.
-  Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Steam Periuk Noxxa

-  Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
-  Letakkan bekas /bakul penahan kedalam pot memasak.
-  Masukkan minimum 250ml air kedasar pot, pastikan kedudukan bekas tadi lebih tinggi daripada paras air.
-  Letak makanan yang ingin dikukus/stim diatas bekas tadi.
-  Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
-  Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
-  Tekan buang STEAM dan set masa.
-  Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Stir-Fry Periuk Noxxa

-  Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
-  Masukan sedikit minyak memasak (ikut resepi) kedalam pot.
-  Tekan butang STIR-FRY pada panel
-  Tekan butang ON/OFF, setelah minyak cukup panas masukan makanan yang hendak ditumis atau goreng.
-  Jangan tutup dengan penutup tekanan ketika fungsi ini untuk elak letupan atau kemalangan.
-  Setelah selesai, tekan butang ON/OFF semula untuk menamatkan sesi, kemudian boleh dicampur dengan bahan lain atau disambung dengan fungsi masakan yang lain.

Cara Menggunakan Fungsi Slow Cook Periuk Noxxa

-  Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
-  Masukkan makanan yang hendak dimasak kedalam pot.
-  Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
-  Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
-  Tekan butang SLOW COOK pada panel dan set masa masakan (maksimum 9.5 jam).
-  Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Delay Timer Periuk Noxxa

-  Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
-  Masukan makanan yang hendak dimasak kedalam pot.
-  Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. (mengikut keperluan fungsi masakan)


Itulah dia kegunaan periuk noxxa atau periuk ajaib ni. Senang je kan nak masak guna ni? Saya hari-hari masak guna periuk ni, buat masak nasi. Sebab cepat dan pantas jeeee! Nak tanya pasal periuk, Klik Wasap di sini.


1 Ulasan

ray berkata…
memang ajaib betul ni.