Nasi Briyani Ayam Merah Weyhhhh! Restoran Sri Wangsa Briyani



Image result for restoran sri wangsa briyani batu pahat kl

Alang-alang pergi Jakel Mall dengan mak mertua tadi mencari kain, kami pun makan diluar hari ni sebab tak larat nak masak. Haaa, dekat Jakel Mall di Masjid India tu, Jalan Abdullah Munshi tu, sesak dengan kereta dan jalan raya yang besar. Nak cari makanan pun macam susah sikit bila difikirkan. Sambil tengah membayar di kaunter Jakel, tetiba terpandang Flyers Nasi Briyani. Tambah-tambah time tu perut tengah memanggil-manggil.

Image may contain: food

Rupa-rupanya Flyers nasi briyani tu menunjukkan alamat restoran yang dekat sangat dengan kami. Lintas jalan dari Jakel tu sahaja dah jumpa restoran tu, so apa lagi.  Kami pun nak pi makan kat situ. 

No automatic alt text available.

Pada mulanya, memang ramai sangat sampaikan rasa tak cukup tempat nak duduk. Tapi rupanya restoran ni besar, dah macam 2 lot yang besar. Kami duduk di bahagian dalam yang lengkap dengan aircond dan servis layanan bak hotel pun rasa ye juga. Dia punya letak sudu garfu dengan tisu tu buat rasa macam mem besar pulak. huuuuu. Terima kasih waiter yang baik hati.  

Menu sampai pada kami, saya dan ibu mertua pun membuat pesanan nak makan Nasi Briyani Ayam Masak Merah. Btw, macam-macam menu dia, nasi briyani dengan daging dan lain-lain lagi semua ada. Harganya pula memang setimpal dengan kualiti, kelazatan dan keadaannya. RM15 kalau tak salah untuk 1 pinggan nasi briyani tu. Tapi, bila nasi briyani tu datang,, Ya Allah, ada 3 ketul ayam wehhhh. Taktaula dia letak 3 ketul tu sebab ayam tu kecil atau apa. Tapi takla kecil sangat time makan tu. Memang kenyang sangat.  Nasi briyani dia letak memang banyak, dah macam nasi + nasi tambah bagi saya. Pendek kata memang terbaiklah.

Image result for restoran sri wangsa briyani batu pahat kl

Related image

Kesedapan - Terbaik 5 bintang
Kelazatan - Terbaik 5 bintang
Tempat - Terbaik 5 bintang
Kualiti - Terbaik 5 bintang
Harga - Terbaik 5 bintang
Keselesaan - Terbaik 5 bintang
Layanan Waiter - Terbaik 5 bintang
Kebersihan - Terbaik 5 bintang

Dah cerita pasal makanan, sekarang jom tengok pasal Restoran ni pula.  Restoran Sri Wangsa Briyani nama diberi. Nama penuhnya Restoran Sri Wangsa Briyani Batu Pahat, Kuala Lumpur. Tudiaaa. Panjang betul namanya.  Restoran Sri wangsa briyani ni memang femes aih, artis Siti Nurhaliza dan juga ahli VVIP pun pernah mai makan kat sini.

Image may contain: 1 person, standing

Kat sini bukan saja ada nasi briyani, tapi semua makanan lengkap dan ada disini seperi mee bandung muar, laksa johor dan banyak lagi. Air jus pun best-best, macam-macam pilihan.  Wallawey, nampak saja kedai ni macam biasa, tapi ramai, meriah, sedap dan terbaik sangat restoran ni. Patutlah jadi pilihan ramai pelanggan dan orang-orang terkenal.


Image may contain: food

Image may contain: food
Related image

Image result for restoran sri wangsa briyani batu pahat kl


Haritu makan duduk kat tempat Chinese tu duduk. Senang nak basuh tangan dan menikmati hidangan nasi briyani sedap di Kuala Lumpur ni.




Selain makan bersama keluarga, anda boleh makan beramai-ramai dengan kawan-kawan sekerja juga, tempat dan ruang yang disediakan sangat sesuai dan selesa.




Tengok brader ni makan sini weh, berselera giler dia pulun makan lamb shank dan nasi briyani tu.



Jom Nikmati Nasi Briyani Restoran Sri Wangsa Briyani 


Lot 016,MYFOODLOFT,8 (Persiaran Capsquare)

50300 Kuala LumpurKuala Lumpur


+60 3-2602 3770

Tiada ulasan:

Pages